CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Dilarikan Monyet, Maut Berlumuran Darah Atas Bumbung Rumah

15-11-2018 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5720| Komen: 31|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Bayi lelaki berusia 12 hati menemui ajal selepas dilarikan seekor monyet.
Bayi lelaki berusia 12 hati menemui ajal selepas dilarikan seekor monyet.

Kejadian yang berlaku di pinggir bandar Agra itu menyakasikan bayi lelaki tersebut mengalami kecederaan parah selepas haiwan tersebut memasuki rumah mangsa.


Daily Mail melaporkan, ibunya, Neha sedang menyusukan Arush di dalam rumah semasa monyet tersebut masuk melalui pintu yang terbuka.

Kredit foto: Daily Mail
Suami Neha yang dikenali sebagai Yogesh berkata, "Pintu utama rumah terbuka dan ketika itu isteri saya sedang menyusukan Arush.

"Seekor monyet tiba-tiba masuk dan menerkam serta menggigit kepala anak saya sebelum membawanya lari.

Isteri saya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika itu." 


Dia dan beberapa penduduk kampung yang lain bertindak mengejar monyet tersebut sebelum ia meninggalkan mangsa di atas bumbung rumah jiran.

mangsa ditemui berlumuran darah dan segera dikejarkan ke hospital.

Namun malangnya mangsa meninggal dunia sejurus selepas tiba di situ. -CARI
16

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 15-11-2018 10:55 AM
aduhai..binatang memang sukar diramal
Quote Orgkgdukobesi 15-11-2018 10:57 AM
Monyet memang suka baby ka  kucing ka even anak ayam pun boleh dikelek seperti anak monyet itu sendiri
Quote intan_smsb 15-11-2018 10:57 AM
mesti dia ingat baby tu makanan dia
Quote meklalala 15-11-2018 11:17 AM
allahu..kesiannya baby..monyet tu ingat tu anak patung kaa
Quote mzzenma 15-11-2018 11:19 AM
Hari tu ada monyet masuk perkarangan rumah mzz. Selamat pintu grill, pintu kaca semua tutup rapat. Dah lah ada anak kecik and baby 2 bulan masa tu. Monyet tu selamber je lepak atas pangkin. Kucing mzz pun dah lari gi mana entah. Mzz tunggu depan pintu sampai monyet tu blah.
Quote lolita737 15-11-2018 11:23 AM
kesian baby comel tu..
Quote zulka 15-11-2018 11:28 AM
mzzenma replied at 15-11-2018 11:19 AM
Hari tu ada monyet masuk perkarangan rumah mzz. Selamat pintu grill, pintu kaca semua tutup rapat. D ...

baik2 sis, kalau nak halau jangan acah2 pakai mulut atau tangan kosong je...monyet ni kalau kita halau dgn tangan kosong melawan...lagi agresif, ambil penyapu ke kayu ke, baru dia takut...
Quote Burong_Hantuk 15-11-2018 11:33 AM
ngeri lah!!!!
Quote naina 15-11-2018 11:36 AM
Ini seramm. Rumah mak aku memang banyak monyet. Dh pasang grill pon dorg suh anak kecik dorg masuk plakk. Aku dhla ada bby.. Mak aku plak jenis suka pintu rumah terbuka biar angin masuk. Yela rumah kg kan. Dulu2 xde pon. Skng menjadi2
Quote shi_jewel 15-11-2018 11:53 AM
monyet ni mmg jahatla...pernah dulu i dikejar segerombolan monyet. entah, maybe diorg pantang tgk pmpn. huh.nasib i lari laju lagi dari monyet2 ni
Quote buapakperut 15-11-2018 12:01 PM
kesiannya,ingatkan bolehla jadi tarzan atau mowgli ke apa. masa kecik selalu monyet macaca tu dtg masuk umah, dari yg kecik sampai la yg besar gorilla, diap ngawan2 lagi,ingat umah iols touch n go ke
Quote jalfa 15-11-2018 12:16 PM
Kawasan taman aku pon banyak monyet datang cari makan waktu pagi dan petang...tong sampah kena tutup rapat ..rumah kena pastikan tingkap ttup...lat week rmah jiran satu papan telur dia rembat...tp dia x kaco manusia laa..buah buahan jgn mimpi nak tanam...yg dia tak rembat buah mangga...mashamm kot
Quote Bujat 15-11-2018 12:37 PM
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.

Mana la tau baby laki ni dh besar nanti jd perogol penjenayah bagai.

Eh, bukan kah monyet ini dewa dewi hindu khenn?
Quote Skuau 15-11-2018 12:39 PM
Bujat replied at 15-11-2018 12:37 PM
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.

Mana la tau baby laki ni dh besar nanti jd perogol pen ...

hanuman???
Quote Bujat 15-11-2018 12:44 PM

Khenn. Myb dewa hanuman dlm usaha mengurangkan bilangan perogol di india.
Quote jue10 15-11-2018 12:45 PM
allah... kesian baby
Quote K_Lily 15-11-2018 12:57 PM
opis I dekat dengan bukit. memang banyak sangat monyet, lotong, ular, tikus bagai ni..
kami letak patung harimau untuk takutkan monyet/ lotong..
tapi tiba-tiba patung harimau tu hilang kena culik dengan monyet.
tau-tau jumpa pecah perut rimau tu dikerjakan.
habis keluar isi perut span ke hapa dalam tu...

tak takut dia weyhh.... kalau nak jalan, pastikan jangan bawa plastik makanan
memang dikejarnya la.
Quote orgsepang 15-11-2018 01:21 PM
Monyet kera tak takut perempuan akak jerit halau lagi dia acah2 nak dekat. Sekali suami jerkah mencicit semua lari sampai jatuh dari pokok
Kampung ibu bapa akak pernah kena serang kera, habis pokok2 dirosakkan. Jabatan haiwan datang pasang perangkap, setiap hari ada je yang masuk dalam tu tapi jumlahnya tak berkurangan. Kemudian diaorang guna air sirap letak racun sebab kalau letak dalam buah kera boleh rasa dan luahkan tapi air dia sedut terus telan. Senyaplah beberapa bulan sebelum mula balik sebab kera membiak pantas.
Tak pasti ada orang kata kera ni haiwan yang dilindungi, tak faham kenapa nak dilindungi, biarlah orang yang makan kera ni tangkap untuk dimakan atau dijual. Bukan saja terlalu banyak dan merosakkan tanaman malah menceroboh rumah
Quote Tweety_Senrose 15-11-2018 01:47 PM
Rumah iols pun selalu ada monyet. Rumah kampung lah katakan, dekat rumah ada hutan. Nenek iols bnyk je tanam buah2an belakang rumah habis di makan oleh monyet2 kuang hajo itu. Lepastu kan, pintu rumah blakang iols memang selalu buka kalau pgi hingga petang. Beberapa kali hilang Maggi kari dicuri oleh mereka. Last2 ayah iols ikut petua entah dari mana, masukkan belacan dalam kontena pastu masukkan gagat (xtau apa nama dia, yg mcm bubble gum tu tapi untuk harumkan jamban) dan gantung kat pokok buah2an. Hahhh menjadi lah jugak

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059079 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top