CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Henry Golding Bintang Asia Pertama Terima Penghargaan 'Men Of The Year' Majalah GQ

19-11-2018 06:04 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10481| Komen: 45|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Henry Golding adalah nama baru dalam industry perfileman Hollywood tetapi beliau sekali lagi mencipta sejarah. Isnin lalu majalah GQ mengumumkan bahawa bintang ‘Crazy Rich Asian’ itu dipilih sebagai ...

Henry Golding adalah nama baru dalam industri perfileman Hollywood tetapi beliau sekali lagi mencipta sejarah. Isnin lalu majalah GQ mengumumkan bahawa bintang Crazy Rich Asian itu dipilih sebagai salah seorang daripada 4 pemenang anugerah tahunan 'Men (and Woman) of the Year' dan menghiasi muka depan majalah terkenal itu.


Kredit Foto: GQ


Pemenang lain tahun ini termasuklah pelakon Michael B. Jordan, Jonah Hill dan pemain tenis handalan Serena Williams. Ini adalah kali pertama majalah unggulan itu memilih warga Asia sebagai pemenang anugerah 'Men of The Year'.


Kredit Foto: GQ


Pemilihan Henry disambut dengan penuh kegembiraan oleh komuniti netizens warga Asia. Ini kerana selama ini media Barat selalu memaparkan imej lelaki Asia sebagai lemah dan tidak menarik. Menurut artikel dalam majalah tersebut, Henry dilabel sebagai 'bintang filem paling menyinar tahun ini' dan pemilihannya adalah kerana kejayaannya menempa nama hanya dengan satu filem sahaja.


Kredit Foto: Twitter


Menurut majalah itu lagi, filem Crazy Rich Asian ditunggu-tunggu oleh penggiat Hollywood dan ramai menjangkakan ianya akan sukses besar. 'Ternyata telahan itu tepat, dan Henry kini antara bintang baru paling laris di Hollywood, kerana banyak faktor; kacak, berkarisma dan punya loghat yang mempesonakan' tambah majalah itu lagi.


Kredit Foto: GQ


Dalam muka depan majalah tersebut Henry mengenakan pakaian dengan nuansa retro. Henry menyatakan penganugerahan ini satu penghormatan buatnya. Kemenangan Henry turut dikongsi oleh rakannya dalam filem Crazy Rich Asian.


Kredit Foto: Twitter


Bintang Henry semakin menyinar. Selepas filem  Crazy Rich Asian meletup di pawagam, Henry kemudian muncul dalam ,A Simple Favor bersama Blake Lively dan Anna Kendrick, disusuli dengan filem British 'Monsoon'. Tidak lama berehat Henry bakal memulakan penggambaran filem 'The Last Christmas' dan disusuli 'Toff Guys'.


Nampaknya bintang kacukan British-Malaysia kelahiran Sarawak ini semakin gah di persada filem Hollywood.- CARI


13

Bagus
14

Marah
20

Terkejut
22

Sedih
15

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orgkgdukobesi 19-11-2018 06:17 PM
Tahniah Henry Golding
Quote cahaya_almas 19-11-2018 06:47 PM
Dia dah kawinke..
Quote Sang_Pencinta 19-11-2018 07:48 PM

Dah dengan Liv Lo, pengacara TV juga, kacukan Italy-Taiwan
Quote Ketypurry 19-11-2018 08:20 PM
tahniah. tak sangka dia ni pergi  holiwood walaupun agak who are yus kat malaysia
Quote borrow 19-11-2018 08:56 PM
Edited by borrow at 19-11-2018 09:30 PM

Awal karier heols jd host 8tv Quickie. Bertenggek ai dpn tv nak tgk bam Henry. Tak sangka 9 thn later heols mendunia.


the-8tv-quickie-6b4a80d6-e164-4bdc-8981-0b4d859a25c-resize-750.jpg


Congratz

Quote cahaya_almas 19-11-2018 09:01 PM
Sang_Pencinta replied at 19-11-2018 07:48 PM
Dah dengan Liv Lo, pengacara TV juga, kacukan Italy-Taiwan

Ooo msti cun mcm dia jgk....hehe
Quote tipuware 19-11-2018 09:55 PM
cahaya_almas: Dia dah kawinke..

Dah.  Dia dah kawen
Quote Choc-chip 19-11-2018 10:01 PM
Tak sangka Henry ni meletop kat Hollywood... i suka tengok dia jadi host... dia jadi host untuk channel Go Asean... kadang2 sanggup tengok repeat sebab suka sangat dia hosting program tu...
Quote dua_chzy 19-11-2018 10:33 PM
Moga bam Henry sentiasa keeps his head grounded dan tidak lupa diri oleh instant success ini. ALL THE BEST IN LIFE HENRY EWAN GOLDING!
Quote dua_chzy 19-11-2018 10:36 PM
Ketypurry replied at 19-11-2018 08:20 PM
tahniah. tak sangka dia ni pergi  holiwood walaupun agak who are yus kat malaysia

Takda maknanya whoareyus zaman meletop sebagai Cleo's Most Elligible Bachelor dan host 8TV Quickie dolu siap gosip minah hudoh berangan gilpren heol masuk tered gosip tempatan hingga tahap diCSI forumer. Ko tak tau?
Quote dua_chzy 19-11-2018 10:37 PM
borrow replied at 19-11-2018 08:56 PM
Awal karier heols jd host 8tv Quickie. Bertenggek ai dpn tv nak tgk bam Henry. Tak sangka 9 thn late ...

Alahaiiiii satu ketika dulu!

Awek Cina tu sapa nama ya? Ai suka sheol dolu. But takleh tanding gandingan Rina ngan Phat Fabes. Klaka namamps.
Quote RatuDunia94 19-11-2018 10:38 PM
This is just a beggining.. masih jauh lg perjalanan heols kat hollywood sana. Semoga terus sukses membawa nama malaysia.
Quote Ketypurry 19-11-2018 10:42 PM
dua_chzy replied at 19-11-2018 10:36 PM
Takda maknanya whoareyus zaman meletop sebagai Cleo's Most Elligible Bachelor dan host 8TV Quickie ...

tau jah. tapi pencapaian takdelah macam keith foo, fatah amin etc
Quote borrow 19-11-2018 10:44 PM
dua_chzy replied at 19-11-2018 10:37 PM
Alahaiiiii satu ketika dulu!

Awek Cina tu sapa nama ya? Ai suka sheol dolu. But takleh tanding  ...

Belinda.  A ah Rina best , but sheols byk kerja blkg tabir.

Quote dua_chzy 19-11-2018 10:48 PM
Ketypurry replied at 19-11-2018 10:42 PM
tau jah. tapi pencapaian takdelah macam keith foo, fatah amin etc

Ler, sah2 karna heols bukan berkecimpung sepenuhnya sebagai pelakon dan tak berapa nak terer cakap BM so susah nak dapat role dalam derama ka filim Melayu. Tapi heols ada jah buat cameo dalam filim Pisau Cukur. Heols juga ada berlakon filem seram thriller indie yang akak tak ingat ape dah tajuknya but berlatarkan hutan tropika Sarawak. Hada tered gak pasal movie heols di board filem dan wayang dolu.
Quote dua_chzy 19-11-2018 10:49 PM
borrow replied at 19-11-2018 10:44 PM
Belinda.  A ah Rina best , but sheols byk kerja blkg tabir.

Yaaaa Belinda Chee!

Ai paling nyampah si Moyan tu jadik host 8TV dolu. Macam kuntrol cun sangat.
Quote belilies 20-11-2018 11:01 AM
Bagi iols isu ni tak significant. Sebab gq taruh serena williams is the man (woman) of the year.
Quote fazamania 20-11-2018 03:22 PM
Salah satu faktor sbb dia kacuk kot..  Faktor utama of cos lah bakat, rezeki,  takdir...
Quote robinmosby 20-11-2018 09:45 PM
Takdelah who are yous sangat dia kat sini. Dia ada standard tersendiri. Lepas tv local, terus pergi BBC. Mengacara pun bagus

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.083803 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top