CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Stres Monyet Asyik Datang Rumah! Nah Tips Untuk Halaunya Jauh-Jauh

25-2-2019 01:22 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5910| Komen: 4|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Description: Monyet sebenarnya boleh dijinakkan namun majoritinya lebih suka mengacau aktiviti manusia dan ada juga spesies yang membahayakan dan boleh mengancam nyawa.
Monyet sebenarnya boleh dijinakkan namun majoritinya lebih suka mengacau aktiviti manusia dan ada juga spesies yang membahayakan dan boleh mengancam nyawa.

Kredit foto :pexels.com
Adakah kawasan rumah anda sering didatangi monyet? Jika ya, maka tips di dalam artikel ini sememangnya untuk anda. Bagaimana caranya untuk menghalau monyet?

1. GUNAKAN TONG SAMPAH BERTUTUP

Bukan setakat di luar rumah anda, bahkan kejiranan anda seharusnya mempunyai tong sampah yang berpenutup. Ini kerana jika makanan mudah didapati di kawasan longgokan sampah yang terbuka, pastinya senang menarik kedatangan monyet.

2. JANGAN BIASAKAN BERI MAKANAN


Jangan biasakan memberi makanan kepada monyet  di kawasan rumah anda contohnya memberi pisang. Ini kerana monyet akan kembali semula ke tempat di mana anda memberinya makan dan perkara ini akan sentiasa berulang.

3. SENTIASA PETIK DAN KUTIP BUAH

Jika anda mempunyai pokok buah di kawasan rumah anda, pastikan buah sentiasa dipetik apabila sudah masak. Pokok buah akan menjadi tarikan kepada monyet. Jika masalah ini berlanjutan, mungkin anda perlu fikirkan semula sama ada perlu atau tidak meneruskan tanaman buah tersebut.

Jika anda ada menanam sayur-sayuran di atas tanah, mungkin anda boleh memasang gelung dawai untuk menghalau binatang.

Foto: Healthline.com
4. PASANG LANGSIR ATAU PENUTUP JARING PADA TINGKAP

Adalah lebih baik jika anda menutup tingkap dengan sesuatu supaya makanan di dalam rumah tidak menarik perhatian monyet. Monyet tidak dapat melihat serta masuk ke rumah melalui tingkap.

5. ELAKKAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK

Bunyi beg plastik akan menarik perhatian monyet. Monyet mempunyai rasa ingin tahu dan akan merampas beg plastik dari tangan anda kerana menyangka ada makanan di dalamnya. Monyet sememangnya gemar mencuri dan melarikan makanan. 

6. CUBA TAKUTKAN MONYET

Cara menakutkan monyet ialah menggunakan alatan tertentu. Sentiasa pastikan anda mempunyai sesuatu untuk menakutkan mereka. Contohnya, sediakan kayu besar, hos paip atau apa-apa penyembur air di rumah anda untuk menakut-nakutkan monyet yang datang ke rumah secara tiba-tiba. Buat mereka rasa kedatangan mereka tidak dialu-alukan.

7. PASANG TEMBOK ELEKTRIK

Hasil kajian mendapati tembok elektrik dapat mengelakkan kehadiran monyet tanpa membunuhnya. Namun anda harus mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu tentang cara pemasangan yang betul. 

Ayuh amalkan tips di atas jika tak mahu lagi diganggu monyet!  -CARI
4

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sinalegna 25-2-2019 02:26 PM
Funny la stress monyet dtg rumah? Eh korang amik rumah dia ko pikir dia tak stress plak..
Quote CiliPadiSedap 25-2-2019 02:28 PM
nak block monyet kt cariforum naikkan RP je sis

RIP ahchong
Quote Andyscenes 25-2-2019 03:44 PM
CiliPadiSedap replied at 25-2-2019 02:28 PM
nak block monyet kt cariforum naikkan RP je sis

RIP ahchong

Hahaha... sis
Quote Juju89 6-3-2019 04:08 PM
jangan terlalu berani sebab takut kena  serang dengan monyet menangis tak berlagu nanti.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.048880 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top