CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pusingan Suku Akhir Grand Slam of Darts Kecoh, Pemain Saling Menuduh 'Siapa Kentut'?

2-1-2019 04:51 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2723| Komen: 6|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Pertandingan suku akhir Grand Slam of Darts yang menemukan pemain Scotland, Gary Anderson, 47, bekas juara dunia dua kali dengan pemain Belanda, Wesley Harms, 34, kecoh seketika apabila kedua-dua pema ...

Pertandingan suku akhir Grand Slam of Darts yang menemukan pemain Scotland, Gary Anderson, 47, bekas juara dunia dua kali dengan pemain Belanda, Wesley Harms, 34, kecoh seketika apabila kedua-dua pemain berbalah tentang bau busuk yang dilepaskan di atas pentas pertandingan.

 

Kredit foto: BBC


Pertandingan yang berlangsung di Aldersley Leisure Village, Wolverhampton itu terpaksa dihentikan seketika apabila Wesley menuduh Gary membuang angin sehingga menyebabkan tumpuannya terganggu.

 


Kredit foto: Sporting Live



Selepas kekalahannya, Wesley yang ditemubual oleh Stesen TV Belanda, RTL7 memberitahu bau kentut tersebut sangat busuk. ‘Mungkin dua hari baru bau busuk ini akan hilang dari hidung saya’ katanya lagi.


 

Kredit foto: Shroposhire Star



Tetapi Gary yang kini menduduki tangga ke 4 dalam ranking dart dunia menyatakan tuduhan Wesley itu tidak benar. ‘Saya tahu Wesley yang kentut, ini satu teknik kotor’ katanya menafikan. ‘Saya bersumpah bukan saya, saya rasa Wesley yang kentut kerana tertekan dengan permainannya’ kata Gary lagi.

 

Kredit foto: Daily Express


‘Kalau saya kentut, saya akan angkat tangan dan mengaku, walaupun sebusuk telur tembelang, tapi kali ini saya pasti bau-bauan tersebut datangnya daripada pihak lawan kerana dari awal lagi saya memang terhidu bau telur busuk setiap kali dia melintasi saya ’ tambah Gary .

 

Kredit foto: TalkSport



Selepas perbalahan mereka diredakan pengadil, Gary menewaskan Wesley 10-2 dan berjaya mara ke pusingan seterusnya. - CARI 

 

10

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 2-1-2019 04:58 PM
sekali baca mcm kelakar, 2x baca baru mcm serius. weh, isu kentut busuk ni bukan perkara main2 ok. hanya org pernah terkena jer memahaminya
Quote Sang_Pencinta 2-1-2019 05:00 PM
Jangan main2 ya, kentut busuk memang merosakkan tumpuan

Paling tak best masa exam kawan sebelah buang angin
Quote Artemesiaa 2-1-2019 05:15 PM
Bab buang angin ni memang ramai akan jadi marah
Quote pokaibanktokyo 2-1-2019 07:47 PM
Tukar terus la nama pertandingan jadi  "Grand Slam of Farts"
Quote Supersirap 3-1-2019 11:51 AM
taktik yang menjadi, boleh dijadikan contoh
Quote Sang_Pencinta 3-1-2019 11:53 AM
Supersirap replied at 3-1-2019 11:51 AM
taktik yang menjadi, boleh dijadikan contoh

Senak nak tahan perut untuk bekalan kentut ketika games

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053034 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top