CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dah Terbukti, Nak Sembunyi Apa Lagi?" - KJ Gesa UMNO Akui Skandal 1MDB

19-11-2018 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7784| Komen: 45

Description: "1MDB bukan satu persepsi atau fitnah tetapi merupakan satu kes yang terbukti di Amerika Syarikat, apa yang ada untuk disembunyikan? Hanya mengakuinya."
"1MDB bukan satu persepsi atau fitnah tetapi merupakan satu kes yang terbukti di Amerika Syarikat, apa yang ada untuk disembunyikan? Hanya mengakuinya."


Khairy Jamaluddin menggesa ahli UMNO supaya menerima hakikat mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam temubual bersama Utusan Malaysia seperti dipetik The Star, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, penafian mengenai isu berkenaan hanya akan terus menjejaskan UMNO, sekali gus menyukarkan parti dan Barisan Nasional untuk bangkit selagi isu 1MDB berlegar di fikiran.



Khairy menolak tanggapan bahawa kerja amal seperti program penajaan haji menggunakan dana 1MDB akan memberi manfaat kepada rakyat dan membatalkan jenayah itu.


"Kita tidak boleh membersihkan dosa rompakan itu dengan menggunakan sebahagian daripada duit yang dirompak untuk melakukan kebaikan.

"Kalau kita terus menafikan realiti, saya rasa kesannya kepada UMNO lagi teruk, sebab rakyat akan kata 'dah kalah, dah didedahkan segala-galanya pun tak boleh nak terima'," katanya.

Khairy menegaskan beliau lebih senang bersikap realistik walaupun terdapat dakwaan menuduh beliau seorang oportunis.

"Apabila kita berdepan dengan realiti macam ni dan kita tidak mahu menerima realiti, ada sesuatu yang tidak kena.

"Mereka yang masih mahu menyokong, memberikan alasan dan menafikan realiti, mereka sebenarnya adalah liabiliti sangat besar terhadap Umno," tegasnya. - CARI
30

Bagus
43

Marah
29

Terkejut
13

Sedih
30

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (171 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 19-11-2018 10:18 AM
KJ ni dalam gambau apsal rembes klu jumpa live berkerak.. eh tiba2..
Quote besarkecik 19-11-2018 11:05 AM
Aku dah tak tau nak percaya mana satu dah
Quote akusukaq 19-11-2018 11:09 AM
soal yg rakyat nak tau siapa yg betul betul merompak tu. kalu betul sijho low n the geng mengapa plk umno yg terima padah.
Quote harizs 19-11-2018 11:11 AM
Bodoh khairi ni.  Nak jadi hakim ka.. Mahkamah belum bicara dia dah jatuh hukum.  Dia x baca ke pasal isu IPIC tu
Quote harizs 19-11-2018 11:12 AM
Cepat2 la kau lompat join bersatu. Bagi hint dah lama dah..
Quote debab76 19-11-2018 11:17 AM
buragazz replied at 19-11-2018 10:18 AM
KJ ni dalam gambau apsal rembes klu jumpa live berkerak.. eh tiba2..

filter chuolss. janji sedp sis
Quote arnauld 19-11-2018 11:32 AM
Politik bang, dia nak kill off another threat hahaha kalau tak der Najib senang sikit masa dpn hahaha
Quote harizs 19-11-2018 11:35 AM
arnauld replied at 19-11-2018 11:32 AM
Politik bang, dia nak kill off another threat hahaha kalau tak der Najib senang sikit masa dpn hahah ...

Terbukti di amerika?  Dia sendiri x tau apa yg terbukti tu.    Mmg opportunis kj ni
Quote JamesDeen 19-11-2018 11:43 AM
besarkecik replied at 19-11-2018 11:05 AM
Aku dah tak tau nak percaya mana satu dah

percayalah pada sains yang terbukti..bukannya teori sains yang dipuja etis menggeletis...wakakakakakakakak
Quote nobito 19-11-2018 01:17 PM
Bila nak keluar UMNO nye?????
Quote Redskin 19-11-2018 02:02 PM
Edited by Redskin at 19-11-2018 02:04 PM
"1MDB bukan satu persepsi atau fitnahtetapi merupakan satu kes yang terbukti di Amerika Syarikat, apa yang ada untukdisembunyikan? Hanya mengakuinya."

Umno nak mengaku apa?

Tiada apa yg nak disembunyikan oleh Umno
dan mengapa KJ (ahli umno) sendiri nak salahkan Umno??

Apa yg dibuktikan di US mengenai 1mdb ada kena mengena dgn Umno ke??
Mengapa pula Umno yg nak di persalahkan ???


KUALALUMPUR: Bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, TimLeissner mengaku bersalah atas dua tuduhan jenayah melibatkan syarikat1Malaysia Development Berhad.

Sementara itu, Jho Low dan bekas pegawaiGoldman Sachs Roger Ng didakwa di Amerika Syarikat oleh Jabatan Kehakiman(D.O.J.) atas tuduhan konspirasi untuk mengubah wang haram dari 1MDB.

Sebanyak tiga dakwaan jenayah telah difailkanoleh D.O.J. di sebuah mahkamah di New York terhadap Jho Low dan Roger Ng.

Tuduhan yang difailkan adalah konspirasi untukmengubah wang haram dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan konspirasi untuk melanggar Akta Rasuah Luar Negara (Foreign Corrupt Practices Act atauFCPA) melalui bayaran rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan di Malaysia danAbu Dhabi.

Roger Ng juga didakwa menipu pihak berkuasaA.S. dengan tujuan untuk melanggar Akta FCPA.




Ada ka disebut nama Najib atau ahli2 Umno dlm siasatan kes 1mdb di US??

KJ bahalol nak suruh Umno akui apa? DSN pon bukan lagi presiden Umno.

Malah DSN pon belom dibicarakan lagi utk disabitkan kesalahan mengenai 1mdb.


A man is innocent until proven guilty.

Sudah la KJ badigol…. jadi musang berbulu ayam, prinsip macam lalang
kaki bodek utk menjaga periuk nasik sendiri dan bukannya utk kebaikan rakyat..




Quote harizs 19-11-2018 02:07 PM
Redskin replied at 19-11-2018 02:02 PM
Umno nak mengaku apa?
Tiada apa yg nakdisembunyikan oleh Umnodan mengapa KJ (ahli umno ...

jenis musang mcm ni yg  bahaya kan umno. klu awal2 declare keluar parti kan senang...
Quote mbhcsf 19-11-2018 02:07 PM
oh i ingatkan dia nak ckp pasal iCERD.
Quote Sham143 19-11-2018 08:44 PM
1st time aku tengok pemimpin umno lain dari yg lain..walaupun aku tk suka kj ni.. Biasanya dia orang akan cover antara satu sama lain supaya tk diketahui rakyat walaupun penyelewengan jelas berlaku..
Quote nobito 19-11-2018 08:46 PM
Cepat2 keluar dari umno....tak payah pura pura
Quote anarina 20-11-2018 10:20 AM
Kesian ramainya denial kj lg tau la kan apa yg jd, bonus gtu for us, insiders info
Quote kelana36 20-11-2018 11:18 AM
yang aku paham KJ ni kata umno kena terima hakikat yang 1MDB tu memang bermasalah dan penuh penyelewengan, dia tak kata umno terlibat. Bukan tutup sebelah mata atau ambil sikap couldnt be  bothered .
orang kalah PRU ni cepat betul melenting, meroyan ..

Quote xy_daen 20-11-2018 12:44 PM
buragazz replied at 19-11-2018 10:18 AM
KJ ni dalam gambau apsal rembes klu jumpa live berkerak.. eh tiba2..

Orang yang fotogenik memang selalunya gitu...
Quote badaksumbu 20-11-2018 02:36 PM
kj ni akan berckp perkara yg org suka dengar. kes 1mdb ramai yg kutuk. nada kj pun sama, kutuk 1mdb. icerd, ramai yg kutuk, pun kj join sekali kutuk.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.112568 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top