CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Ramai Enggan 'Speaking' Bahasa Inggeris, Ini Antara Puncanya

21-11-2018 03:09 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4011| Komen: 9|Original author: Oleh: Azza

Description: Ramai rakyat Malaysia boleh berbahasa Inggeris dengan sempurna. Ia turut disokong oleh pelancong yang menyatakan Malaysia antara negara Asia yang mesra dikunjungi. Bagaimanapun, tetap ada sesetengah i ...




Ramai rakyat Malaysia boleh berbahasa Inggeris dengan sempurna. Ia turut disokong oleh pelancong yang menyatakan Malaysia antara negara Asia yang mesra dikunjungi. Bagaimanapun, tetap ada sesetengah individu yang kurang fasih berbahasa Inggeris terutamanya dalam menggunakan nahu yang betul. Namun, keinginan untuk bercakap bahasa Inggeris tetap meluap-luap. Jadi galakan sangat penting supaya mereka lebih yakin.

Sebaliknya, lebih ramai yang membunuh keinginan tersebut dengan cara memalukan golongan ini seperti menyindir dan sarkastik tanpa membetulkan kesalahan tersebut. Lebih malang apabila membuat perumpamaan yang tidak kena mengena langsung dalam konteks perbualan.

Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Carian Internet

Komen dari pemuda tersebut membuatkan netizen marah. Ini kerana kesalahan nahu tersebut sebenarnya boleh diperbetulkan jika dia ikhlas membantu. Tetapi disebabkan dia menyindir ia membuatkan situasi menjadi lebih buruk.

Kredit foto: Carian Internet

Lebih-lebih lagi apabila bahasa yang digunakan oleh pemberi komen tersebut juga tidaklah sebagus mana membuatkan netizen makin menyampah. Kesilapan menulis perkataan melinting, gila menjadi giler antara kesalahan yang dikesan oleh netizen. Oleh itu, tidak sepatutnya dia membetulkan kesilapan orang lain dikala dia sendiri pun banyak kesalahan tatabahasa. 
Kredit foto: Carian Internet

Malahan memberi analogi kereta dengan bahasa adalah alasan yang tidak boleh diterima sama sekali. Pastinya belajar bahasa dan belajar memandu adalah dua perkara berbeza, malahan dalam pembelajaran bahasa, kesilapan adalah perkara biasa, namun dari situ kita belajar menggunakan ayat yang lebih bagus.




Kredit foto: Carian Internet

Hal ini membawa kepada sikap yang sudah sebati dalam diri orang Melayu bahawa jangan bertutur dalam bahasa Inggeris jika tidak pandai menggunakan nahu dengan betul. Walhal, ramai sebenarnya yang handal berbahasa Inggeris tetapi tidak merasakan satu kesalahan untuk bertutur dalam nahu yang salah, asalkan mahu belajar.





Sedih jika masih ramai berfikir di dalam kepompong bahawa tidak boleh berbahasa Inggeris jika tidak menguasai tatabahasa. Walhal kita lebih memerlukan keyakinan untuk terus memecah tembok bijak berbahasa itu. - CARI 
2

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PristineOne 21-11-2018 03:26 PM
Pokchik bulih skeeping....tapi pas..prezen tense out.....plural singular out!!  


Kih..kih..kih
Quote fushimi 21-11-2018 03:51 PM
PristineOne replied at 21-11-2018 03:26 PM
Pokchik bulih skeeping....tapi pas..prezen tense out.....plural singular out!!  

letihlah kalau nak pikir past ten singular plurals bagai

tapi kat opis iols memang speaking sebab major pek jinjang tak berapa reti melayu


Quote mystica 21-11-2018 05:24 PM
yang tegur tu tah pape... dia samakan dgn belajar memandu tpi mana ada dia betulkan pun. dia cuma gelak je. sampai sudah tak betulkan.. lol
Quote idakamaruddin 21-11-2018 05:56 PM
Its abt communication..setakat speaking ngn rakyat msia ni normal je grammar ke laut..lain la ko karang email formal.. aku kalau email suka la jugak google dulu...

nak belajar english ni senang je..kene sllu dgr conversation in english termasuk dgr radio, dgr news in english n yg penting tak malu nk ckp... mula2 mesti kelaut tp lama2 ok je

walaupun x bombastik sgt...
Quote makita 21-11-2018 07:30 PM
Seteruk org melayu broken english, tak seteruk cina bukit punya english. Habis tak rupa english dah..ng dorg x kisah lah broken asalkn x ckp cina.
Hey, u go where ha?
Cannot one lah.

Quote mdhelmi 22-11-2018 09:37 AM
xyah jd hebat english
asal org paham sudah
broken tahap gaban pon org xkisah
yg penting kene buka mulut
melainkan mmg kerja yg perlu english formal
Quote Artemesiaa 22-11-2018 10:24 AM
Nak belajar bahasa ni bukan sekadar tahu membaca dan menulis dalam bahasa tu je tapi kenalah selalu bertutur dalam bahasa tu barulah akan jadi mahir.  Ia bagaikan satu kemahiran kalau tak selalu menggunakan pasti akan tak bagus hasilnya atau lupa caranya.
Quote jpbstarlife 22-11-2018 12:15 PM
tak sarcam tak sah netizen malaysia..
Quote MeghanK 22-11-2018 12:21 PM
normal kalau kita sebagai rakyat malaysia yang guna bahasa melayu sebagai bahasa rasmi bila spekim english grammar tunggang langgang - yang penting orang paham

tapi tak normal kalau dah english tunggang langgang begitu masih nak ngaku tak reti cakap melayu..ewww sangat

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.056163 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top