CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Senarai Restoran Korea Halal di Malaysia Yang Boleh Anda Kunjungi. Nampak Sedap Betul!

26-11-2018 11:55 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 34330| Komen: 51|Original author: Oleh: nameera

Description: Fenomena KPOP, K-Drama dan Variety Show seperti Runningman telah membawa ramai rakyat Malaysia mengidamkan masakan Korea dan tertanya-tanya bagaimanakah rasanya masakan Korea kerana setiap makanan yan ...
Fenomena KPOP, K-Drama dan Variety Show  seperti Runningman telah membawa ramai rakyat Malaysia mengidamkan masakan Korea dan tertanya-tanya bagaimanakah rasanya masakan Korea  kerana setiap makanan yang ditayangkan dari drama atau program tv korea kelihatan begitu menyiurkan. Selain restoran Seoul Garden dan Dubu-Dubu yang sudah sedia maklum oleh ramai orang mengenai makanan di restoran ini. Ini beberapa senarai restoran korea lain yang menjadi pilihan pengunjung.



1. Sweetree
Kredit Foto : thereallifestoryof-marliyana.blogspot.com   dan https://www.wanista.


Restoran yang pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan TV3 ini, adalah restoran makanan Korea yang menghidangkan pelbagai makanan  sesuai untuk dinikmati seisi keluarga kerana portion yang besar. Selain dari makanan yang disajikan dengan pelbagai jenis makanan korea dari BBQ  hinggalah ke makanan sampingan, Sweetree juga mempunyai masakan lain seperti nasi goreng kampung Malaysia, pasta Itali dan juga mi  daging Vietnam. 

Sajian makanan korea di Sweetree. Sumber dari internet.

Malah restoran ini juga mempunyai hiasan dalaman ala Tropical yang cukup sesuai untuk anda bersantai di persekitaran yang selesa atau mengadakan majlis parti.

Hiasan dalaman di restoran Sweetree


2. KStreet Cafe/ Street Cafe

Kafe ini lebih mengkhususkan kepada makanan jalanan di Korea dan makanan tradisional harian. Di The Street/ Kstreet Cafe anda boleh mencuba hidangan klasik seperti Samgyetang (ayam ginseng), Beef Bimbibap, Bulgogi, ayam popcorn crunchy dan  kek ikan odeng yang popular. Jika anda berani, bolehlah mengambil cabaran untuk mencuba On Fire Ramyeon 🔥. 


Hiasan dalaman di cafe ini, lebih kepada santai dan penuh dengan memori bersama artis KPOP kesukaan. Di sini terdapat banyak poster dan gambar selebriti kpop  yang ditampal lantaran boleh membuatkan pengunjung yang berada di sini, berada lebih dekat dengan dunia KPOP. Malah pengunjung juga boleh meninggalkan signature atau kata-kata hikmat di dinding-dinding atau menampalkan note sticker di ruang yang disediakan.

Website : TheStreetCafe


3. Gangnam Station

Bermula sebagai restoran serdehana di Shah Alam, restoran yang diusahakan oleh Encik Samsuddin Abd.Aziz kini telah melebarkan pintunya ke 19 USJ City Mall, dengan makanan yang berkonsepkan Korean stick BBQ dan banyak lagi. Restoran ini juga pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan TV3.


Dengan kepelbagaian masakan Korea, Restoran Gangnam Station menawarkan  hidangan dari bulgogi Dubap ke Jajangmyeon, Kimchi Jjigae, Dolsot Bulgogi dan banyak lagi.  Untuk itu, anda pasti dapat menangkap rasa masakan Korea.

Suasana di restoran Gangnam Station yang lebih bersahaja dan agak kelihatan eksklusif.

Website :gangnamstation


4. K'Fry Urban Korean

K'Fry mencipta makanan keselesaan Korea dengan sentuhan yang sihat dan moden. Kepada anda penggemar ayam Korea viral yang di makan bersama gulungan cheese, di sinila tempatnya. Terdapat pelbagai ayam goreng Korea yang dimasak dengan pelbagai citarasa yang pasti membuatkan anda menyukainya. 


Website : kfry.my


5. 4 Fingers

Jika ingin makan ayam korea viral yang sedang popular ini, anda boleh dapatkannya juga 4 Fingers. Di sini anda boleh menikmati ayam goreng rangup yang sememangnya disahkan halal. Sekiranya anda bukan peminat ayam atau inginkan sesuatu yang lebih sihat, pilihan hidangan makanan laut dan  salad juga terdapat dalam senarai menu.

Sumber dari internet


6. Mr.Dakgalbi

Bagi anda yang tidak tahu, Dakgalbi adalah hidangan Korea popular dilakukan dengan memerap ayam dalam gochujang (pes cili). Makanan ini dikacau dan digoreng dengan sayur-sayuran dan Tteok (kek beras). Proses ini boleh dilakukan sendiri di setiap meja makan anda. Wah! Menarik bukan?

Hiasan dalam di dalam restoran Mr. Dalba

Selain itu terdapat beberapa restoran korea lain yang anda boleh anda kunjungi untuk menikmati keenakannya. Antaranya, 

10. B Station
dan banyak lagi.

(Untuk melihat lokasi restoran anda boleh pergi ke link yang diberikan.)

Dah ada yang pernah berkunjung ke restoran yang disenaraikan? Mana satu pilihan anda? Makanan Korea apa yang anda suka? Jom share... - CARI


21

Bagus
22

Marah
16

Terkejut
26

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (120 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 26-11-2018 12:11 PM
Mr Dakgalbi sedap tp muak sbb keju byk. Lg satu, makanan kpop ni x dap, try hard nak lawan Jepun.
Quote tagas 26-11-2018 12:18 PM
da try megi goreng dakgalbi

kat table customer depa goreng live

taste not bad la
Quote EvieWanKenobi 26-11-2018 12:28 PM
laaa.. 4 Fingers tu Korea rupanya..
patut lah rasanya  lebih kurang Kyochon je..

Quote miszclassique 26-11-2018 12:41 PM
Pernah pergi Sweet Tree dengan Dakgalbi je. Kt sweet tree topokki sedappppp dakgalbi pulak muak sbb cheese dia. Iols memang peminat topokki nanti nak try restoran lain pulakss
Quote salmon-suki 26-11-2018 12:56 PM
Ada tak restoren jepun y halal?kwn ckp sushi king tak halal?konfius asenye..ermmm
Quote matchstick 26-11-2018 01:19 PM
salmon-suki replied at 26-11-2018 12:56 PM
Ada tak restoren jepun y halal?kwn ckp sushi king tak halal?konfius asenye..ermmm

kalu x silap sushi king dh dpt status halal jakim..jakim dh buat kerja dia. kalu nk ragu2 lagi payah lah. kena masak sendiri kt rumah
Quote kucing02 26-11-2018 01:25 PM
tagas replied at 26-11-2018 12:18 PM
da try megi goreng dakgalbi

kat table customer depa goreng live

betul tu.. diaorg ikut cara kt korea.. tp dakgalbi ni tgk tmpt jgk.. ada tmpt yg sedap ada x..
Quote smeetasmitten 26-11-2018 02:18 PM
Berdasarkan selera tekak i & service ranking seperti dibawah
1. Dubuyo
2. Myongdong topokki
3. Mr dakgalbi
4. K fry
5 4 fingers
6. Sweet tree
7. Yogane
8. Kyochon

Yg lain belum try.  Bulgogi brothers tak sempat

Seoul garden tak masuk list?
Quote NmeeraR 26-11-2018 04:18 PM
EvieWanKenobi replied at 26-11-2018 12:28 PM
laaa.. 4 Fingers tu Korea rupanya..
patut lah rasanya  lebih kurang Kyochon je..

macam bukan korea punya. tp ayam dia ada ayam korea.
Quote NmeeraR 26-11-2018 04:20 PM
matchstick replied at 26-11-2018 01:19 PM
kalu x silap sushi king dh dpt status halal jakim..jakim dh buat kerja dia. kalu nk ragu2 lagi pay ...

tak pernah rasa ragu2 pun sebelum ni makan..
Quote akudracula 26-11-2018 04:52 PM
smeetasmitten replied at 26-11-2018 02:18 PM
Berdasarkan selera tekak i & service ranking seperti dibawah
1. Dubuyo
2. Myongdong topokki

Sopoong tak masuk? Sopoong kat BTS Sedap....
Quote Jajabeans 26-11-2018 05:27 PM
akudracula replied at 26-11-2018 04:52 PM
Sopoong tak masuk? Sopoong kat BTS Sedap....

aku penah try makan ramen dan gimbap kat sopoong. rasa mcm megi kari masak kat rumah jah, udang lala sotong nak tak nak je buh. aku dah ban kedai ni. kt ioi mall tu pun dh tutup.
Quote smeetasmitten 26-11-2018 06:50 PM
akudracula replied at 26-11-2018 04:52 PM
Sopoong tak masuk? Sopoong kat BTS Sedap....

Belum. Will do.
Quote salmon-suki 26-11-2018 07:13 PM
matchstick replied at 26-11-2018 01:19 PM
kalu x silap sushi king dh dpt status halal jakim..jakim dh buat kerja dia. kalu nk ragu2 lagi pay ...

Ye ek?sbb ada kwn kpd kwn ni keje SK ni,tp dia sendiri y reveal ckp xde sijil halal y diiktiraf..sy sblm ni mmg melantak kt SK ler,especially time bonanza tu...

Tp lps je taw psl ni,terus x pegi..tp tingin nye lahai nk mkn smoked salmon ngn salmon mayo y roll bulat comel tu..hihi
Quote myakayina 27-11-2018 11:44 AM
setakat ni pernah  mkn kat dubuyo dgn street kafe tuje..not bad la..kena dgn tekak ni.. nak try ayam goreng korea plak..mana yg sedap dan harga reasonable ya?
Quote dekmieDandy 27-11-2018 12:18 PM
myeondong toppoki kat sunway velocity dah x sedap

manager dia sama je, tukang masak kot dok tukar2

toppoki smpi x masak keje dek staff
Quote wadiunong 27-11-2018 12:22 PM
Edited by wadiunong at 27-11-2018 12:26 PM
NmeeraR replied at 26-11-2018 04:20 PM
tak pernah rasa ragu2 pun sebelum ni makan..


akak makan je kat Sake Sushi & Pasta Zenmai
Quote wadiunong 27-11-2018 12:24 PM
Ferr_Remy replied at 26-11-2018 12:11 PM
Mr Dakgalbi sedap tp muak sbb keju byk. Lg satu, makanan kpop ni x dap, try hard nak lawan Jepun.



japanese food the best. sedapnya sushi salmon with mayo
Quote NmeeraR 27-11-2018 02:56 PM
myakayina replied at 27-11-2018 11:44 AM
setakat ni pernah  mkn kat dubuyo dgn street kafe tuje..not bad la..kena dgn tekak ni.. nak try ayam ...

ayam korea ni lebih kurang je harga nya.. tak murah sangat tak mahal sgt. try la dekat 4 fingers, kyo chan, kfry or sweetree...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.070527 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top