CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Tahun Gaya Hidup Di Media Sosial Diciplak Gadis Misteri

21-11-2018 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8104| Komen: 49

Description: Seorang penuntut Universiti Dundee berasa bimbang apabila menyedari seseorang telah meniru gaya hidupnya di sosial media selama dua tahun.
Seorang penuntut Universiti Dundee berasa bimbang apabila menyedari seseorang telah meniru gaya hidupnya di sosial media selama dua tahun.



Memetik Mail Online, seorang wanita bukan saja didakwa meniru gaya, malah pakaian serta kapsyen Chloe Cowan di Instagram turut 'diciplak' gadis misteri itu.






Lebih menakutkan, gadis misteri itu turut meniru video serta beberapa gambar Chloe dan bapanya yang sudah meninggal dunia.

Gadis itu juga dipercayai meniru nama akaun Instagram Chloe @chloecowan17xo dengan menggunakan akaun @honeybasra18xo.





Pada Isnin, kakak Chloe, Linzi Cowan memuat naik sebuah posting mendedahkan kejadian pelik yang berlaku kepada adiknya itu, sekali gus memberi amaran mengenai bahaya media sosial kepada orang ramai.

Dalam perkongsian itu, Linzi sertakan beberapa gambar perbandingan adiknya dan gadis misteri berkenaan sebagai bukti sokongan dakwaannya.





"Adik saya, Chloe menuntut di Universiti Dundee dan terdapat seorang gadis lain yang juga tinggal di Dundee telah meniru kehidupannya di Instagram selama hampir dua tahun.

"Tingkah lakunya sudah melampau hingga sanggup meniru video daripada album foto yang dikongsikan Chloe ketika ayah kami meninggal dunia (ia membuatkan saya berasa seram sejuk apabila berfikir tentangnya).

"Gadis ini tidak mengikuti Chloe di Instagram, namun mencipta satu akaun palsu untuk menghendap adik saya tanpa pengetahuannya.

"Adik saya tidak sepatutnya bersembunyi kerana bimbang dihendap seseorang yang meniru gaya hidupnya. Ini sudah melampau!" katanya.




Kredit foto: FB Linzi

Bagaimanapun, posting yang dikongsi sebanyak 11,000 kali itu dilaporkan sudah dipadam selepas mendapat perhatian media tempatan.

Malah, honeybasra18xo juga didapati telah memadam akaun Instagramnya.

Menurut polis Scotland, mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu dan masih belum mengenal pasti identiti pengguna Instagram terbabit serta motif dia melakukannya. - CARI
31

Bagus
26

Marah
38

Terkejut
22

Sedih
27

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (173 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 21-11-2018 11:01 AM
kenapa aku nampak honey lagi lawa dari chloe
Quote minguk 21-11-2018 11:05 AM
alah icon fesyen, biasa la ditiru haha
Quote fliphair8 21-11-2018 11:07 AM
Apakah implikasi hasil peniruan tak berfaedah ni?
Adakah taraf sosial peniru meningkat?
Adakah kehidupan sosial yg ditiru boleh dicontohi?

Tiada kena mengena dengan yg idup atau mati.
Quote paz 21-11-2018 11:09 AM
Macam tu sekali dia nak tiru yer.
Quote bangcak 21-11-2018 11:17 AM
Kalu meniru pasal benda yg baik, contohnya sblh pihak percumakan air bawah 20 cubic meter.
Pihak peniru percumakan elektrik bawah rm10 penggunaan.
Benda baik, ramai dpt faedah kira ok la.
Quote mieymiey 21-11-2018 11:30 AM
Memang niat sheols meniru untuk dibandingkan ker caner?
Quote whadda 21-11-2018 11:36 AM
kalau tiru takat bergambar posing je ok la.. ni caption pon tiru sejibik sejibon.. agak creepy di situ
Quote kikuri 21-11-2018 11:37 AM
tapi honey basra nampak lagi cantik...
Quote nisako 21-11-2018 11:46 AM
ishhhhhhhhh creepy le pulak……….
Quote goss79 21-11-2018 12:02 PM
yg meniru tu lagi cantik dr yg ditiru. tp dah nape life ko x best ke sampai nak meniru bagai tu
Quote lolipopi 21-11-2018 12:21 PM

Sebenarnya ramai yg tiru gaya orang lain cuma tade la sebiji sejibun camnih..

Quote 234126 21-11-2018 12:31 PM
Ada je jenis manusia yang takda originality. Diorg bukan jahat just mmg jenis nak apa yg orang lain ada tapi taktahu cara so dia tiru bulat2. iol penah kena 2x kat 2 tempa keja berasingan.

Ofis 1 : suka tiru iol punya gaya rambut. Kalau iol potong dia potong sama, warna pun sama. Iol ada juge rimas and tegur tapi dia kata dia suka so lantakkan je iol xnak gaduh haahaha and lepas tu iol quit tapi still kawan dgn dia.

Ofis 2: yang ni severe. Dia suka tiru apa iol pakai head to toe. iol layan je maybe kebetulan or she nak comel2 twinning kan tapi lama2 mcm scary pulak siap paksa iol bwk dia shopping kat tempat2 iol shopping dia nak beli THE EXACT SAME THING. yg ni mmg iol lari terus quit the job block her from my life rimas ok?
Quote dokupangg 21-11-2018 12:33 PM
Yang meniru tu lg cantik? Sbb sheols lebih putih je ke di mata hakak la... yg ori tu nampak original vogue dia. Ya lah ya lah beauty is in the eyes of the beholder gitchewwww... But hakak setuju ini perempuan mmg creepy because sheols copycat habis2an sampai caption pun di copy nya. Serem
Quote babydoll 21-11-2018 12:33 PM
byk effort si honey ni buat semata2 nk tiru chloe. nak beli baju & accessories, pegi ke tempat  yg hampir sama semata2 nak ambil gambar
Quote dekmieDandy 21-11-2018 12:44 PM
ingat ke tiru 100% macam impostor  
Quote reddots 21-11-2018 02:08 PM
padah viral ...sikit sikit nak viral..

klu tau benda ni boleh buat badan kau seram sejuk.. buat police report je lah.. biar police yang buat kerja sampai dpt apa motive dia buat mcm ni..

ni dah viral, acc pun dahx aktif..fake acc pun x tau nama apa.. lambat la sikit keja  nak siasat.

simpan la bodoh tu sikit..
Quote Zaien 21-11-2018 02:09 PM
xde identiti si peniru nih...
Quote AsMalaysia 21-11-2018 02:54 PM
sebenarnya fenomena ni dah biasa berlaku cuma tak sekerap. cuba tengok filem Single White Female.

sebenarnya satu idea yang bagus untuk buat filem atau drama thriller.
Quote kroit92 21-11-2018 03:24 PM
menakutkan..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.069218 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top