CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Buat Apa Sediakan Tandas Awam Khas Untuk LGBT?'

21-11-2018 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2511| Komen: 1

Description: "Kita tidak bercadang untuk memperkenalkan tandas awam khas kepada golongan Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian bagi kegunaan golongan berke ...
"Kita tidak bercadang untuk memperkenalkan tandas awam khas kepada golongan Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian bagi kegunaan golongan berkenaan."


Kerajaan negeri Pahang menegaskan tidak akan memperkenalkan kemudahan tandas awam khas bagi golongan LGBT.


Gambar Hiasan

Memetik Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, tiada kepentingan bagi kerajaan menyediakan kemudahan berkenaan di negeri itu.

"Isu ini (LGBT) perlu diselesaikan dengan pendekatan yang sudah dan sedang dilaksanakan pihak berwajib, termasuk peranan dimainkan badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan Pusat," katanya bagi menjawab soalan tambahan Datuk Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 berhubung kemudahan tandas khas kepada golongan LGBT di Pahang.


Khairuddin sebelum ini mengutarakan soalan mengenai tindakan pihak berwajib bagi membanteras masalah sosial termasuk LGBT serta isu 'Mak Nyah' di bandar Kuantan.

Bagi menjawab persoalan itu, Shahaniza berkata, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sudah menjalankan operasi secara berterusan mengikut Seksyen 33 dan 34Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013.

"Selain itu, pelbagai aktiviti dan program kesedaran atau pemulihan membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Persatuan Insaf Pahang juga diadakan seperti program Mukayyam sejak 2011 dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan diteruskan sehingga kini," katanya. - CARI
32

Bagus
28

Marah
25

Terkejut
30

Sedih
28

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PristineOne 21-11-2018 05:27 PM
Apa kata...kalao aritu heshe drag ngan pakai lipstik...bulu kaki pun cukur...masuk tandas pompuan... Kalao heshe pakai slack unisex ngan lipgloss jah....masuk tandas laki.... Kalao tak selesa gak...buat buat berdiri main fon, bila acik cleaner tak ada jerr....trus tumpang kat tandas OKU...
( sarkastik mode..)

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.049184 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top