CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipenjara 5 Tahun Kerana Bawa Senjata Buku Lima Ke Tempat Kerja Isteri

22-11-2018 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4436| Komen: 18

Description: Seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun mulai tarikh tangkapan selepas didapati membawa senjata buku lima ke tempat kerja isterinya, minggu lepas.
Seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun mulai tarikh tangkapan selepas didapati membawa senjata buku lima ke tempat kerja isterinya, minggu lepas.

Memetik BERNAMA, Mohd Husin Ujang, 45, mengaku bersalah di hadapan hakim Rohatul Akmar Abdullah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.



Mengikut fakta kes, Mohd Husin membawa senjata itu di ruang legar Pejabat Pentadbiran Kanan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jam 8.50 pagi pada 13 November lalu.

Tertuduh didakwa meninggikan suara ketika berada di ruang legar pejabat dan meminta isterinya mengambil cuti.

Difahamkan, isteri tertuduh ternampak suaminya memegang buku lima di tangan kanannya.


Malah, Mohd Husin mengugut rakan sekerja isterinya supaya meminta beliau berjumpa dengannya di luar pagar pejabat itu sebelum wanita berkenaan membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada hari sama.

Tertuduh didakwa mengikut mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun.

Terdahulu, Mohd Husin yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan menuntut di kolej. - CARI
8

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ana_una 22-11-2018 10:16 AM
Ingatkan buku utang 555
Quote Burong_Hantuk 22-11-2018 10:23 AM
apa tuh senjata buku 5?
Quote cHimo 22-11-2018 10:25 AM
Set2 kuli sotong memang macam tuh..
Quote Artemesiaa 22-11-2018 10:34 AM
Bila ada cuti panjang tapi nak sambung cuti atau cuti sekolah yang panjang mulalah mak pak berebut bertekak masam muka gigih melobi sebab masing2 nak cuti pada tarikh yang sama.  Jadi tak heran kalau ada yang sanggup bertindak sampai sebegini.
Quote sukacactus 22-11-2018 10:46 AM
Buku lima ni pakai kat tgn, masukkan jari kat lubang2 tu, skali bila menumbuk mmg padu la kena dgn tajam2 kat ats tu.
Malu betul dapat laki samseng camni. Sampai ke tempat keje wife pun nak bw samseng dia
Quote meklalala 22-11-2018 10:48 AM

ni sis..orang pakai kat jari..so kalau pakai ni then kasi penumbok kat muka boleh pecah la itu muka..hihi
Quote riyadhK 22-11-2018 10:57 AM
Dah kenapa samseng sangat bang. Tak pepasal meringkuk.

P/s : orang kata kalau sabun jatuh jangan kutip.
Quote AsMalaysia 22-11-2018 11:39 AM
dah ada keje elok2... tetiba muncul hero filem tamil depan ofis. pakcik o pakcik
Quote RatuDunia94 22-11-2018 02:11 PM
Burong_Hantuk: apa tuh senjata buku 5?

Quote precious_chicas 22-11-2018 02:50 PM
Laki tunjuk samseng tak kena tempat. Bini juga yg dapat malu dengan kawan2 sekerja.
Biasanya ini spesis laki tak guna.
Quote giyomi 22-11-2018 06:52 PM
dah kena tangkap nak rayu kata ada anak bagai....harkkkthuiii...yg ko ajak isteri balik sesuka hati dah kenapa, nak ajak layan nafsu setan ko ker, jantan tak guna
Quote jpbstarlife 23-11-2018 10:43 AM
apooo lah punya perangai mcm ni... org baran mcm ni sampai ketuo di bw nya... haissshhhh sian anak bini... mcm mn la kat rmh...
Quote munchkin 23-11-2018 10:12 PM
Apa cerita?

Mohd Husin mengugut rakan sekerja isterinya supaya meminta beliau berjumpa dengannya di luar pagar pejabat

Apa kena rakan sekerja bini yg dia suruh jumpa
Quote eyansss 23-11-2018 11:41 PM
munchkin replied at 23-11-2018 10:12 PM
Apa cerita?

Mohd Husin mengugut rakan sekerja isterinya supaya meminta beliau berjumpa dengannya ...

ni kes bini tanak keluar kot lantas dia pun ugut kawan opis bini supaya bini keluar...
Quote munchkin 24-11-2018 03:52 AM
eyansss replied at 23-11-2018 11:41 PM
ni kes bini tanak keluar kot lantas dia pun ugut kawan opis bini supaya bini keluar...

Mendapatlah 5 tahun eloklah. Dulu macam law of the jungle. Sesuka hati boleh buat. Now eloklah polis penguatkuasa berkeras enforce law
Quote eyansss 24-11-2018 04:01 AM
munchkin replied at 24-11-2018 03:52 AM
Mendapatlah 5 tahun eloklah. Dulu macam law of the jungle. Sesuka hati boleh buat. Now eloklah pol ...

aku gelak je baca part dia ugut kawan opis bini... menda yang paling bodo weih... ugut bini boleh lagi pujuk jangan report... hahaha...
Quote munchkin 24-11-2018 04:49 AM
eyansss replied at 24-11-2018 04:01 AM
aku gelak je baca part dia ugut kawan opis bini... menda yang paling bodo weih... ugut bini boleh ...

Kena buku ngan ruas. Eloklah
Quote weezerfan 24-11-2018 05:26 AM
Padan muka hangggg

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.082153 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top