CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Lelong Anak Di Facebook Untuk 500 Lembu Dan 3 Kereta

22-11-2018 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3184| Komen: 10

Description: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Sudan Selatan dilelong bapanya untuk dikahwinkan menerusi laman Facebook.
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Sudan Selatan dilelong bapanya untuk dikahwinkan menerusi laman Facebook.

Ketika pihak Facebook menyedari mengenai aktiviti itu, ia sudah terlambat dan kanak-kanak itu sudah dijual.




Menurut organisasi hak asasi kanak-kanak, Plan International seperti dipetik METRO, lelaki terbabit menerima 500 ekor lembu, tiga buah kereta dan ASD 10,000 (RM42,000) sebagai pertukaran untuk anak perempuannya.

Rangkaian sosial itu berkata, terdapat lima lelaki membida remaja itu dan ada di antara mereka merupakan pegawai kerajaan berpangkat tinggi.

Lelongan itu bermula pada 25 Oktober dan mangsa dijual pada 3 November, namun Facebook hanya menyedarinya pada 9 November.


Menurut Facebook, pihaknya telah memadam posting lelongan berkenaan dalam masa 24 jam selepas rangkaian sosial itu menyedarinya.

Jurucakap Plan International, George Otim berkata, tindakan melelong remaja berkenaan menerusi laman sosial adalah satu perbuatan kejam dan zalim.



"Remaja yang masih di bawah umur itu telah dilayan tidak kurang seperti sebuah objek untuk dijual kepada pembida yang bersedia menawarkan wang dan barangan berharga sebagai pertukaran," katanya.

Membayar mas kahwin untuk pengantin perempuan di Sudan Selatan adalah perkara biasa, tetapi ia telah dikecam sebagai 'pemerdagangan manusia' oleh Facebook dan kumpulan hak asasi manusia lain.

"Sebarang bentuk pemerdagangan manusia di Facebook adalah tidak dibenarkan sama sekali dan kami telah memadam posting berkenaan serta menyekat akaun individu terbabit," kata jurucakap Facebook.

Berdasarkan data dari Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2017, lebih 52 peratus wanita Sudan Selatan dikahwinkan sebelum mereka berusia 18 tahun, manakala sembilan peratus lagi dikahwinkan sebelum mencecah usia 15 tahun.


Kredit foto: METRO/Getty

Difahamkan, Plan International telah menghubungi kerajaan Sudan Selatan untuk melancarkan siasatan berhubung kes itu dan menggantung tugas mana-mana pegawai mereka yang terbabit. - CARI
25

Bagus
25

Marah
15

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 22-11-2018 12:01 PM
Apakah nasib budak tu gamaknya
Quote kurga 22-11-2018 12:11 PM
perghh.. 500 ekor lembu ngn 3 biji kereta pastu duit Rm42000... berapa jumlah rega lelongan dia tu..?
kalau malaysia 500 ekor lembu, sekor amik la dlm rm3000 dah RM1.5 juta.. kereta lagi.. teringin nak tengok muka anak dia..
Quote Zaien 22-11-2018 12:12 PM
kesiannya.. fmily nk duit harta snggup jual anak..
ape la nsib anak dijual tu.. kalau jaga elok xpe la..
buat dpt kt laki yg dera ???
Quote meklalala 22-11-2018 12:18 PM
kesiannya lahai...harapnya orang yang beli tu berniat baik nak jaga budak tu..
Quote sharlenetexas 22-11-2018 12:21 PM
Sudan selatan ni kawasan majoriti kristian mcm supermodel alek wek tu.
Quote giyomi 22-11-2018 06:48 PM
sian budak tu, ntah camne dia diperlakukan sekarang ni...bapak gampang lak, aman2 jer hidup mewah
Quote onexox97 22-11-2018 08:10 PM
berbaloi ke
Quote akusukaq 22-11-2018 10:24 PM
sekurang kurang kurang nya mak bapak dia dpt harta. lg rugi bagi anak kawen dgn jantan tak guna.duit anak habes disapu laki mak bapak dpt sakit hati. anak plk didera jadi abdi
Quote missDollie 22-11-2018 10:25 PM
kurga replied at 22-11-2018 04:11 AM
perghh.. 500 ekor lembu ngn 3 biji kereta pastu duit Rm42000... berapa jumlah rega lelongan dia tu.. ...

Tu la biar betik sampai 500 ekor..mana nak sumbat banyak2 tu..
Quote kurga 26-11-2018 10:42 AM
missDollie replied at 22-11-2018 10:25 PM
Tu la biar betik sampai 500 ekor..mana nak sumbat banyak2 tu..

jenjangan tu baru pelan perniagaan kot? bagi 2 ekor lembu.. kasi mengawan pastu beranak dan beranak..sehingga cecah 500 ekor..nak bg hot citer tu..dia amik trus figure 500..nmpak cam bnyk sikit...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.226466 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top