CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Bosan Dengan Drama PPRT Malaysia? Nah, 3 Drama Seram Terbaru Dan Terbaik Netflix!

30-11-2018 12:16 PM| Diterbitkan: Ferr_Remy| Dilihat: 1958| Komen: 0|Original author: Oleh: Ferr_Remy

Description: Bosannya apabila menonton lambakan drama tempatan yang selalu berkisarkan kisah cinta semata-mata. Apatah lagi kisah cinta yang klise seperti berebutkan teman wanita atau lelaki mahupun mengenai kisah ...
Bosannya apabila menonton lambakan drama tempatan yang selalu berkisarkan kisah cinta semata-mata. Apatah lagi kisah cinta yang klise seperti berebutkan teman wanita atau lelaki mahupun mengenai kisah cinta di antara dua darjat. 

Sampai bila penerbit dan stesen televisyen tempatan mahu menjual kisah cinta murahan yang tidak berkualiti untuk dihidangkan ke kaca mata penonton? Kekeringan idea mungkin? 

Nah, berikut merupakan siri drama seram terbaik terbitan Netflix yang mungkin boleh anda layan di hujung minggu!


The Haunting of Hill House


Related image

Penulis amat mengagumi drama 10 episod ini yang baru saja ditayangkan di saluran Netflix. Jalan cerita berkisarkan mengenai Crane sekeluarga yang dibesarkan di dalam sebuah rumah berhantu. 


Biarpun tema seram ini acap kali diguna pakai sejak sekian lamanya di dalam siri terbitan Hollywood, ia masih mampu menampilkan kelainan walaupun berpaksikan konsep sama. 

Gaya penceritaan yang kemas dan juga kerja kamera serta suntingan yang mengagumkan seharusnya menjadi inspirasi untuk pengarah-pengarah tempatan untuk menghasilkan siri drama sebaik ini. Mike Flanagan sememangnya seorang pengarah yang amat mementingkan kualiti. Barisan pelakonnya terutamanya pelakon kanak-kanak membawakan watak-watak mereka dengan cemerlang sekali! 


Chilling Adventures of Sabrina


Image result for chilling adventures of sabrina

Biarpun ia merupakan versi baru atau remake kepada sitkom asal berjudul Sabrina The Teenage Witch yang pernah ditayangkan suatu masa dahulu, pengarah dan penerbit bertindak genius apabila tidak terlalu mengikuti versi asal. 

Malah, Sabrina yang kelakar dan manis pernah kita kenali suatu ketika dahulu ditonjolkan sebagai pengikut ajaran syaitan di dalam siri ini! Versi baru ini ternyata lebih 'gelap' dan jalan ceritanya dikupas dengan lebih teliti dan mendalam. 


Haunted


Image result for haunted netflix

Drama ini bukan sebarang drama, ianya lebih berbentuk kepada dokumentari. Berdasarkan kisah benar, setiap episod menonjolkan sebuah cerita yang akan disampaikan seorang individu berdasarkan pengalaman mereka. 

Dokumentari yang diselang-selikan dengan selingan drama lakonan semula, sudah tentu mampu menaikkan bulu roma anda. Tetapi, drama dokumentari ini juga mencipta kontroversinya tersendiri. Tular di internet di mana netizen tidak berpuas hati dan meragui kesasihan cerita disampaikan di dalam episod ketiga untuk siri ini. Nak tahu? Kenalah tonton sendiri!

Tetapi awas! Mungkin ada adegan tidak sesuai ditonton seisi keluarga. Terdapat banyak adegan berbaur seks, jadi sila pastikan anda tidak menonton bersama anak-anak anda! 

Mungkin anda juga ingin berkongsi siri relevisyen kegemaran anda di bawah? Apa lagi, tinggalkan komen anda, ya! - CARI
15

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
20

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055038 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top