CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Boleh Je Tak Sebut Kelantan, Macamlah Orang Negeri Lain Tak Pernah Langgar Adab!

27-11-2018 01:43 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7341| Komen: 31|Original author: Oleh: Whitney

Description: Setiap orang mempunyai negeri kelahiran masing-masing yang menjadi asal usul keturunan. Dari situ, akan timbul semangat kenegerian yang mana menjadi identiti mereka walau di mana mereka berada. Setiap ...
Setiap orang mempunyai negeri kelahiran masing-masing yang menjadi asal usul keturunan. Dari situ, akan timbul semangat kenegerian yang mana menjadi identiti mereka walau di mana mereka berada. Setiap negeri pula mempunyai perbezaan budaya, adat dan makanan yang menjadikan ia lebih istimewa. 



Bagaimanapun, sikap kenegerian yang dilihat keterlaluan boleh menimbulkan pandangan negatif sehingga menimbulkan kebencian bagi sesetengah orang. Jadi, tidak hairanlah jika ada antara netizen yang sering memainkan isu kenegerian dalam segala hal sehinggakan memukul rata pada seluruh rakyat negeri itu. 

Malah, rakyat negeri Kelantan adalah antara golongan yang lebih menonjol dalam sentimen kenegerian. Semangat kenegerian yang menebal di kalangan orang Kelantan memang sedia ada dalam diri mereka dan bukannya sengaja dibuat-buatnya. Buktinya, apabila orang Kelantan berada di perantauan, mereka begitu mudah membina hubungan yang baik dan cepat mesra. 


Kredit foto: Google (gambar hiasan)
Seorang pengguna twitter telah memuat naik satu status tidak berpuas hati dengan kelakuan dua orang perempuan yang menggunakan nombor plat kereta negeri Kelantan. Mereka dikatakan telah mengambil petak parkir yang sedang ditunggu oleh lelaki ini untuk memarkir keretanya. Lelaki ini sangat bengang dan menegur kelakuan mereka yang dilihat begitu mementingkan diri sehingga menimbulkan isu kenegerian kerana memukul rata sikap buruk semua orang yang berasal dari Kelantan. 


Cakap elok-elok tak nak dengar!

Akhirnya kereta dialihkan dari parkir

Orang Kelantan memang macam tu
Bukan lelaki ini sahaja yang mempunyai pengalaman yang buruk dengan orang Kelantan, netizen lain turut mengakui yang mereka pernah mengalami pengalaman yang sama. Malah ada netizen yang menuduh orang Kelantan sememangnya mempunyai perangai yang buruk. 

Kenapa perlu cakap orang Kelantan?
Tetapi mengapa pula perlu memainkan isu kenegerian dalam hal ini? Netizen percaya, hal sebegitu sering sahaja berlaku tetapi isunya tidak diperbesarkan apabila ia melibatkan individu dari negeri lain selain Kelantan. Nampaknya, lelaki ini sengaja ingin menimbulkan kekecohan dan mewujudkan kebencian orang ramai pada rakyat Kelantan.


Sepatutnya, selesaikan masalah tersebut dengan baik dan jangan terlalu prejudis. Tidak kiralah individu tersebut berasal dari negeri mana sekalipun. Sikap seseorang tidak sepatutnya dinilai mengikut negeri kelahiran atau nombor plat kenderaan tetapi pada diri individu itu sendiri. Setuju tak? - CARI 

9

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
19

Sedih
9

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 27-11-2018 02:04 PM
Geram sgt kot..
Tp no plat x melambangkan orangnya org mana...
Sebab ayah iols org kedah suka pakai plat johor..
Dia kata senang..kalau sesat kt kl org x menyumpah...
Tu dolu ..tahuh 90an lah


Iols penah tgk.org kena gini...
Cermin kete kena.oecah...nasib la kiasu sama kiasu jadi xde cetusan racist di situ
Quote irish_ieka 27-11-2018 02:05 PM
sorry to say... bukan nak cakap org kelantan ke ap tp kejadian ini penah berlaku kat aku jgk. dkt KB mall. aku dh tunggu lama kete kuar dr parking n dh signal, tibe2 kereta plate D ni laju je masuk parking aku. dlm kereta aku n akak2 aku terkejut mcm ehhh die ni takde kesedaran sivik ke? gedebey sgt mung.
Quote mrs_salvatore 27-11-2018 02:46 PM
bkn pasal parking tp byk kali la jugak aku berhadapan ngan org negeri K ni

senior bercinta dgn lelaki kelate, boyfriend die grad dulu terus kawen ngan pompuan negeri die jugak. kesian senior aku tu nyaris2 nk repeat sem sbb frust
housemate member org kelate, terus die hangkut sanak sedara die dari negeri tu jugak masuk rumah tu. yelah mmg bilik asing-asing, tapi dgn barang dapur, motor kawan aku pun kene sembat, senyap2 diorg amek kunci motor kawan aku tu. balik je lampu motor terbakar, minyak ofkos la tak isi
member kelantan ni, pinjam motor budak blok aku. parking tapi handle tak lock. kene curik. rupenye member tu takde lesen.  budak blok aku tu frust, sbb dahle tak mintak maap, siap campak duit gantirugi motor tu kt budak blok aku tu. mcm takde adab pun ye. alasan member kelantan tu, takpe ada insurans leh beli motor baru. the hell???
kes aku sendiri, budak kuliah aku, nk pinjam pendrive. aku kasik la. rupenye die pegi curik assignment aku, print and hantar dulu kt lecturer. tak pasal2 aku dituduh plagiat.n mmg die ngaku kt aku sendiri kot, siap bangga senyum-senyum. mmg taubat nasuha aku takpela kalau org ckp aku kedekut taknak kasi pinjam pendrive kt org

sorry to say kalau ada org kelantan kt sini, tp dh mmg perangai org kelantan dr 10 aku kenal sorg jelah yg mcm berbudi bahasa. yg lain tu sek kito jange pecah.
Quote vender 27-11-2018 03:41 PM
Bertahun aku duduk rumah sewa dgn semua negeri dari malaysia, roomate org kelantan lah satu-satunya yg curi brg aku, yg tukar kunci bilik dia yg dah rosak dgn kunci aku (padahal kalau duplicate baru kos rm3 jek) yg tak jujur bawak member selamba badak bergolek kat katil aku, yg tinggalkan kesan sterika kat cadar aku.
Pastu yg menipu ckp nak tolong aku tp sebenarnya tak nak tolong pun, bermuka-muka.

Aku taknak stereotype kan org kelantan tp yg aku jumpa hampir semuanya tak boleh dipercayai. Maaflah org kelantan.
Quote Sham143 27-11-2018 03:59 PM
Sorry to say.. Mentaliti paling jumud dn very narrow minded diantara negeri2 di Malaysia..
Quote uda 27-11-2018 04:07 PM
Sorry to say, i pun bengang dgn org kelantan
My kelantanese semua nak minta tukar balik negeri.
Antara alasannya : buat rumah kat sana, mak sakit lah.
Masa nak minta kerja boleh pulak sanggup kalau dihantar kemana2 negeri
Ni bila dah confirm, berangkai2 minta tukar
Dlm minggu lepas, dpt email dr sorang staf ni, dia akta i tak adil tak sokong dia pindah
Mmg standard i tulis agreed with replacement . Marah sampai jumpa bos besar
I nak cakap aje - lain kali buka opis sendiri lah. Tak yah kerja kat kl ni
Orang lain ramai lagi nak kerja.

Sapa suruh beli or buat rumah kat kelantan!! Kat kl ni byk pilihan. Saje nak menyusahkan diri
Pastu ada yg buat scandallah, mcm2 ragam
Quote mawar_mustika 27-11-2018 04:14 PM
zmn blajar dlu ramai kwn2 aku bdk klantan...diorg baik2 je....roomate aku dlu pun baik & pembersih...bg aku bukan sbb negeri tp sbb individu tu sendiri....
Quote mdhelmi 27-11-2018 04:34 PM
jgn ada pemikiran mcm tu
semua sama je
negeri x melambangkan sifat individu
kita yg kene buat baik kat semua
xyh nk fikir org lain sgt
Quote bakingsoda 27-11-2018 04:57 PM
kalau orang klate wt taik je wajib mention negeri asal. kalau dah setiap kali kena provoke dengan nama negeri, mana la tak jadi #sekkitojangeppecoh
Quote BoongaKertas 27-11-2018 05:25 PM
again, iols rasa ni semua berbalik pada individu dan peringkat pemikiran dia. tak semua mcm tu. iols baru kena last week dgn no plat KL. hahaha! nak mrh, kozzer plak nak gaduh kan. tp gigih brader tu nak malukan kelantan tu demi RT yg tggi kat twitter.

bukan tu kira memalukan org tu ke camner? siap x cover lgsg the whole plat number kat twitter tu ha
Quote meisapoya 27-11-2018 05:48 PM
Kenapa ada mentaliti mcm ni eh? Sebab serata negeri kawan2 i, perangai elok ngan tak elok, sama rata je semua. Semua negeri pon ada yang berperangai jelik. Tak de nya i nak stereotype kan asal negeri mana sebab manusia berperangai buruk ada di mana2 saja.

So, depends on individu lah kot semua tu.. masing2 dah besar kot, takkan tak reti nak fikir lagi. Unless kau tak matang, memang hanat lah perangai sorang2.
Quote LautBiru52 27-11-2018 06:09 PM
Ala brader ni marah sgt kot. Mau tak berangin kan. Lepas tu dah sahih2 brader ni jumpa depan2. No plate kete pun kelantan. Tak kan nak marah orang perlis pulak. Adoi la
Quote Sham143 27-11-2018 06:16 PM
Mengikut survey orang kelantan yg paling tak pandai berbahasa inggeris di malaysia..
Quote awexgaban7 27-11-2018 08:27 PM
Meolz ada byk pengalaman dgn mek2 klate.... tak terluah rasanyaa....
Quote febreze 27-11-2018 08:38 PM
ade pengalaman gak..housemate pengotor n berangkut satu negeri tumpang umh seminggu..sgt x selesa okeh!! pastu blom lg speaking mcm langau kt ruang tamu 0
Quote akumak 27-11-2018 09:25 PM
Apa sebenarnya dalam fikiran orang yg suka potong Q ni ya? Mcm mana lah kehidupan seharian dia
Quote Lolalala 27-11-2018 10:53 PM
febreze replied at 27-11-2018 08:38 PM
ade pengalaman gak..housemate pengotor n berangkut satu negeri tumpang umh seminggu..sgt x selesa ok ...

Hahaha sama la. Dah makan x reti basuh pinggan berhari2. Busuk wei. Tiap kali pasar malam mesti ada baru. nak basuh balik mangkuk dia tu tunggu next pasar malam. Aku yg baik hati ni bawak laaa mangkuk dia ke toilet sbb x nak bilik bau bangkai. Solat 5 waktu x tinggal tp malas mandi.
Quote cikanggun 27-11-2018 10:55 PM
Aku dulu2 kalo iklan rumah sewa bila yg dtg tu pompuan kelantan, mmg aku reject. Hahahaa... perangai mmg hanat... tak kuasa aku nk layan perangai depa2 ni.. cuma sorg jer ex osmet aku kelantanese yg berjenis. Yang lain2 semua mcm ungka perangai... tobat aku mmg elak dpt osmet or bf dr negeri K ni. Dah laa pengotor.. perangai mcm hikhok..
Quote arianakhalid 28-11-2018 12:09 AM
Sorry org kelantan, aku pun nak menambah cerita...

Pernah roommate / housemate dgn org sabah, johor, perak, pahang, negeri sembilan, selangor, kl dan KELANTAN.

Ikut pengalaman aku org kelantan pengotor, serabut. Terseksa jiwa raga aku masa housemate dgn org kelantan hahahahahaa. Tutup aurat bagai, muka ayu, cakap lembut2... tapinyaaa pengotor gile...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.086011 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top