CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tekan $20 Dapat $100! Apa lagi, Mesin ATM 'Ajaib' Kena Serbu

3-12-2018 12:31 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 3671| Komen: 17|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Description: Kata orang, rezeki jangan ditolak. Sempena Krismas yang akan menjelang tiba, ramai yang sudah mengeluarkan duit dari akaun bank masing-masing untuk membuat persiapan sambutan Krismas.Kredit foto: crit ...
Kata orang, rezeki jangan ditolak. Sempena Krismas yang akan menjelang tiba, ramai yang sudah mengeluarkan duit dari akaun bank masing-masing untuk membuat persiapan sambutan Krismas. 

Seorang lelaki dari United States mendapat rezeki lebih dari sebuah mesin ATM apabila mesin itu mengeluarkan sekeping not berjumlah $100 sedangkan lelaki tersebut hanya ingin mengeluarkan $20 sahaja. Apa yang menariknya, baki akaun hanya merekodkan pengeluaran duit sebanyak $20 sahaja dari akaun beliau.

Oleh kerana terlalu teruja, beliau memuat naik status berkenaan hal itu di media sosial lalu tular. Berikutan itu, orang ramai berpusu-pusu pergi ke mesin ATM tersebut dengan harapan perkara sama akan berlaku kepada mereka sebelum pihak bank menyedari hal itu dan menyelesaikan isu tersebut. 


Foto: techinside.com
Menurut pihak Bank of America, mereka telah menangani masalah itu dan para pelanggan yang telah pun mengeluarkan duit dari mesin ATM terbabit boleh menyimpan sahaja wang itu dan tidak perlu memulangkannya kepada pihak bank. 

Ini kerana jika bank meminta wang itu kembali, kemungkinan ada pelanggan yang tidak mahu berbuat demikian. Jika itu berlaku, mereka boleh didakwa atas kesalahan mencuri. Pihak bank tidak mahu menyulitkan lagi keadaan, jadi pelanggan boleh menyimpan wang yang telah diambil. 

Kesilapan pada mesin ATM itu berpunca daripada kesilapan pihak vendor yang memasukkan duit $100 pada slot $10. Pihak bank dimaklumkan mengenai masalah ini setelah dua jam orang ramai sempat mengeluarkan duit di mesin ATM itu. 

Bayangkan, pasti pihak bank sudah banyak kerugian. Bagaimana kalau anda di tempat pelanggan, adakah anda juga akan ambil kesempatan atas situasi sebegini? -CARI
11

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
16

Sedih
19

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 3-12-2018 01:02 PM
rezekiii.. kalau aku buat withdraw byk2 sorang dh la sibuk nk viral tu dh kenapa? {:nose
Quote insulin 3-12-2018 01:03 PM
Ni berita lama ke?
Quote Sang_Pencinta 3-12-2018 01:07 PM
Lama ke?


Tak beritahu pula US di sebelah state mana

Kalau tak boleh serbu
Quote highcastle 3-12-2018 01:13 PM
Bila lah nak berlaku kat Malaysia.......

Tapi kalau tekan RM100 keluar RM10 lagi haru...........
Quote taniabecks92 3-12-2018 01:21 PM
insulin replied at 3-12-2018 01:03 PM
Ni berita lama ke?

berita baru
Quote insulin 3-12-2018 01:24 PM

Oooo. OK.

Quote Buritan 3-12-2018 01:33 PM
highcastle replied at 3-12-2018 01:13 PM
Bila lah nak berlaku kat Malaysia.......

Tapi kalau tekan RM100 keluar RM10 lagi haru....... ...

Hari ni tekan rm10 kuar rm100.. esok ko tekan rm1000 keluar rm10.. nangis.. yg penting amik je hak kome udah laaa
Quote bangcak 3-12-2018 01:48 PM
highcastle replied at 3-12-2018 01:13 PM
Bila lah nak berlaku kat Malaysia.......

Tapi kalau tekan RM100 keluar RM10 lagi haru....... ...

mmg dah berlaku kat tabung haji.
simpan 1000, simpanan 10 je sbb da kene songlap.
sib baik da tukar gomen, bleh la pegawai tabung haji buat ripot.
Quote melava$$ 3-12-2018 01:50 PM
bangcak replied at 3-12-2018 01:48 PM
mmg dah berlaku kat tabung haji.
simpan 1000, simpanan 10 je sbb da kene songlap.
sib baik da  ...

pembohong, tahun lepas je dividen dari capital TH aku cecah rm25000
capital tetap ada.









Quote raxief 3-12-2018 01:56 PM
pernah berlaku dlm uia zmn aku belajar dulu
Quote kaoru44 3-12-2018 02:34 PM
Mcm movie komedi thai..atm er rak error
Quote awexgaban7 3-12-2018 07:23 PM
Bahagiaaanyaaaaa
Quote Skuau 3-12-2018 07:43 PM
highcastle replied at 3-12-2018 01:13 PM
Bila lah nak berlaku kat Malaysia.......

Tapi kalau tekan RM100 keluar RM10 lagi haru....... ...

Aku pernh tekan 100...duit tak kuar...chek baki...meme tolak 100 pon...haru biru nar..dibuatnya.
Quote PristineOne 3-12-2018 08:08 PM
melava$$ replied at 3-12-2018 01:50 PM
pembohong, tahun lepas je dividen dari capital TH aku cecah rm25000
capital tetap ada.


Kaya ko lava.... bulih la aku jadik macai ko....makan minum rokok dah ko tanggung..


Kih...kih..kih
Quote highcastle 3-12-2018 09:07 PM
Skuau replied at 3-12-2018 07:43 PM
Aku pernh tekan 100...duit tak kuar...chek baki...meme tolak 100 pon...haru biru nar..dibuatnya.

Abis, dpt balik tak duit hang tu?
Quote Skuau 3-12-2018 09:26 PM
highcastle replied at 3-12-2018 09:07 PM
Abis, dpt balik tak duit hang tu?

repot kat bnk..drng 'ganti blk' krg drp 10 ari.
Quote MissNigga 3-12-2018 09:36 PM
tak apa ... christmas gift kpd suma konsumer bank berkenaan ....

merry xmasssss

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083725 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top