CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Review Polis Evo 2: Aksi Memukau, Lebih Mendebarkan. Tak Perlu Boikotlah!

6-12-2018 12:16 PM| Diterbitkan: hdrsli| Dilihat: 7085| Komen: 30|Original author: Oleh: John Wick

Description: Polis evo telah pun ditayangkan pada 22 November lalu, belum pun filem ini ditayangkan sudah ada kontroversi yang melanda filem ini, ada sesetengah pihak yang sudah mengajak rakyat Malaysia secara ber ...
Polis Evo telah pun ditayangkan pada 22 November lalu, namun belum pun filem ini ditayangkan sudah ada kontroversi yang melanda filem ini.

Ada sesetengah pihak yang sudah mengajak rakyat Malaysia secara berjemaah boikot filem ini. Betul ke filem ini seperti yang diperkatakan? Jom reviu filem Polis Evo 2 ini.

kredit foto : rojakdaily
Polis Evo 2 masih mengekalkan isu yang sama seperti Polis Evo yang lalu iaitu menbanteras sindiket dadah yang ada di dalam negara, Inspektor Sani dan Inspektor Khai kembali dalam satu pasukan yang mana ingin menumpaskan kumpulan penganas Al-Minas yang mana merupakan pengamal ajaran sesat serta memproses dadah jenis syabu diketuai Hafsyam/Saif (Hasnul Rahmat). 
Pada pendapat penulis cerita ini hampir tiada ruang kosong yang ditinggalkan kerana telah diisi dengan aksi yang memukau serta mendebarkan jantung penonton. Plot filem sangat berat kerana menyentuh isu ekstremis ajaran sesat, susah untuk sesetengah pihak yang sensitif isu ini akan terima. Susunan sangat kemas, penonton takkan penat berfikir kerana cerita ini lebih kepada 'straight to the point'.


kredit foto : google
Untuk aksi filem ini tidak mengecewakan, aksi bermula dari seawal minit pertama filem ini bermula. Aksi seperti baling bom, tembak menembak seperti 'real' ini kerana pelakon seperti Shaheizy Sam mengatakan keseluruhan lagak aksi dilakukan sendiri oleh pelakon yang terlibat dalam filem, jadi tidak hairan la ianya seperti nampak 'neutral' begitu. 

Lakonan pelakon Indonesia Raline Shah juga tidak kurang hebatnya nampak dia seperti tidak kekok berbahasa Malaysia, jadi ia nampak meyakinkan di dalam filem ini. Filem ini juga pertama kali kita akan dapat menyaksikan aktor Zizan Razak menangis kesedihan atas kegagalan pelan yang dirancangnya. Ayat ayat dialog Hafsyam/Saif dalam cerita ini agak berani dan boleh buat penonton tergamam.

kredit foto: astro gempak
APA YANG KURANG DALAM FILEM INI?

Bagi pendapat, penulis rasakan jika bahasa yang digunakan di dalam filem ini lebih santai penonton mungkin lebih menarik, penulis terganggu dengan perkataan yang jarang kita gunakan dalam kehidupan seharian. Ada satu scene di mana lakonan Hasnul Rahmat dan Shaheizhy Sam berbual menggunakan walkie talkie seperti tak nampak macam pengganas kerana panggilan 'kamu'. Penulis merasakan ianya seperti tidak kasar seperti watak seorang pengganas. 

Selain itu, ini merupakan filem pertama penulis saksikan yang Sofi Jikan tiada satu patah perkataan keluar dari mulutnya, adalah sesuatu menarik jika Sofi Jikan mengeluarkan perkataan perkataan yang mungkin akan menjadi 'viral' kerana semua tahu kemampuan pelokan hebat ini. Di samping itu, penonton akan penat menunggu pasukan penyelamat yang tidak muncul mungkin kerana lebih nak tonjolkan watak watak hero.

kredit foto: astro gempak
Secara keseluruhan penulis merasakan filem ini amatlah puas hati untuk ditonton, tak perlu untuk boikot kerana karakter pengganas berserban dibawa oleh Hasnul Rahmat sebenarnya memberikan mesej bahawa orang sebeginilah yang buat orang Islam disalah tafsir sebagai pengganas, padahal orang sebegini sudah terpesong akidahnya dari ajaran Islam yang sebenar. 

Apa pun penulis ingin mengatakan filem ini telah mengatasi dari filem Polis Evo yang lepas dari semua aspek. Jadi kepada yang belum menonton jangan ketinggalan untuk menonton filem tempatan yang hebat seperti Polis Evo 2 ini. 

Rating penulis: 4/5 - CARI 
20

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
21

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Spicymami 6-12-2018 12:25 PM
Oooo ok nnt nk tgok. Dulu tgok no 1 best gile bg iols
Quote chicozinn 6-12-2018 12:38 PM
org tak boikot sbab watak hasnul tapi org boikot tgok si peghak buih pun ade berlakon skali..

cc : kekkung..huhuhu
Quote mohdcrow 6-12-2018 01:11 PM
Naper x masuk kat thread filem?
Quote Kangkung1M 6-12-2018 01:47 PM
chicozinn replied at 6-12-2018 12:38 AM
org tak boikot sbab watak hasnul tapi org boikot tgok si peghak buih pun ade berlakon skali..

cc  ...

Maaf penulis aka wartawan CARI, filem dah hampir sebulan tayang kat pawagam, 'kamu' baru bukak thread pasal review dan isu boikot?
Quote saviour_09 6-12-2018 01:51 PM
paskal pun tak tengok2 lagi
ni kan pulak polis evo

tunggu la aku habis kan dulu luther kat netflix tu haaa
Quote kibodwatriuh 6-12-2018 01:51 PM
Kangkung1M replied at 6-12-2018 01:47 PM
Maaf penulis aka wartawan CARI, filem dah hampir sebulan tayang kat pawagam, 'kamu' baru bukak thr ...

AHAHAHAHAHAHAHA

"kamu"
Quote chicozinn 6-12-2018 02:07 PM
Kangkung1M replied at 6-12-2018 01:47 PM
Maaf penulis aka wartawan CARI, filem dah hampir sebulan tayang kat pawagam, 'kamu' baru bukak thr ...

reputs CARI tido barangkali..huhuhuhu..
Quote manehnya 6-12-2018 03:07 PM
tunggu nanti astro sedekah je la time raya nanti
Quote Sham143 6-12-2018 03:21 PM
Sikit2 nk boikot..sikit2 nk boikot.. Orang melayu ni sensitif sangat..mcmana bangsa melayu nk maju kalau macam ni..nanti bertambah layu ada la.. Aduhai melayu..melayu..
Quote Sham143 6-12-2018 03:21 PM
Sikit2 nk boikot..sikit2 nk boikot.. Orang melayu ni sensitif sangat..mcmana bangsa melayu nk maju kalau macam ni..nanti bertambah layu ada la.. Aduhai melayu..melayu..
Quote jin_lampu 6-12-2018 03:45 PM
aku boikot sebab ada yindon belakon..babi sgt
Quote miemiecha 6-12-2018 03:53 PM
mek tgk je..
smbil sbuk kne terangkan kat anak menakan.. sbb ape x blh dadah.. sbb ape x leh syabu..
sbb ape itu
sb ape ini..

ujg2 mek x tau ujg pangkal cite..

hwaaaaaa

#menyesal p tgk ngan anak buah
Quote makbedah 6-12-2018 04:14 PM
Not bad lah cerita ni. Lagi satu I tgk guang pasal autism and cinematography dia cantik gila ,cerita indie.
Quote mawibotak 6-12-2018 04:25 PM
chicozinn replied at 6-12-2018 12:38 PM
org tak boikot sbab watak hasnul tapi org boikot tgok si peghak buih pun ade berlakon skali..

cc  ...

siapakah gerangan yg dimaksudkan? mesti kekrul kan..kikiki
Quote jusperia 6-12-2018 04:31 PM
hero semua bantut belaka, terbantut keinginan saya nak tengok filem ni
Quote lasagna 6-12-2018 04:35 PM
kenapa tak masuk dlm bod movie? (filem & wayang)
Quote chicozinn 6-12-2018 04:55 PM
mawibotak replied at 6-12-2018 04:25 PM
siapakah gerangan yg dimaksudkan? mesti kekrul kan..kikiki

mohon baca bebenang kekrul and mamasawan families..hehe
Quote AmandaRollins 6-12-2018 05:00 PM
Nama n pic pelakon dlm poster tu cm x selari je....wtf
Quote Syd 6-12-2018 05:32 PM
i dah tengok.

dah nak p tgk buat kali ke-2 dan ke-3

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.082636 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top