CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulut Hancur, Gigi Bersepai Gara-Gara Rokok Elektrik Meletup

17-12-2018 12:11 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5312| Komen: 20|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Seorang remaja Christopher Krein, 21 dari New Orleans kehilangan hampir kesemua giginya apabila pen vapingnya meletup dan memecahkan rahangnya di tiga bahagian.
Seorang remaja Christopher Krein, 21 dari New Orleans kehilangan hampir kesemua giginya apabila pen vapingnya meletup dan memecahkan rahangnya di tiga bahagian.

 
Kredit foto: Fox
Menurut  Mailan Krein, ibu kepada Christopher, dia menegur tabiat anaknya yang kuat merokok dan dalam usaha untuk mengurangkannya, anaknya mencuba vaping pula. 

Mailan berkata dia dikejutkan dengan panggilan daripada suaminya memaklumkan bahawa anak mereka berada di wad kecemasan kerana mulutnya hancur gara-gara pen vapingnya meletup. ‘Suami saya berkata, kamu harus ke hospital segera’ kata Mailan.

 

Kredit foto: Fox
Christpoher dikejarkan ke hospital di mana rahangnya didapati pecah di tiga bahagian, beberapa serpihan logam melekat di mulutnya dan hilang hampir kesemua giginya. ‘Dia juga memerlukan darah tambahan kerana terdapat pendarahan teruk, tetapi saya paling bimbangkan dia akan kehilangan lidahnya, syukur ianya masih OK’ tambah Mailan.

 
Kredit foto: Fox
Menurut Christopher, dia sedang bersiap untuk ke tempat kerja apabila tiba-tiba letupan kuat berlaku. ‘Seperti ada tembakan ke mulut saya’ katanya. Dia kini masih menunggu untuk menjalani beberapa pembedahan susulan dan kehilangan berat badan kerana terpaksa menelan makanan berbentuk cecair sahaja. ‘Dia juga mengalami kemurungan’ kata ibunya.


Kredit Foto: Google
Christopher menyalahkan jenama pen vapingnya, VGod. Laman web jenama ini pernah memuat naik amaran bahawa bateri pen vaping boleh gagal dan meletup. 

Kegagalan biasanya berlaku apabila pengguna menggunakan bateri dengan cara yang salah. Keluarga Christopher kini telah melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan perundangan dan berhadapan dengan bill perubatan setinggi RM1.25 juta. 

Ini bukan kali pertama insiden pen vaping meletup, sebelumnya terdapat beberapa kes membabitkan kemalangan yang hampir sama.

Nampaknya para peminat vaping perlu berhati-hati supaya tidak mendapat nasib malang; mulut hancur dan gigi bertaburan seperti Christopher. -CARI
17

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 17-12-2018 12:37 PM
Smpai hilanh semua gigi {:cryrun
Quote insulin 17-12-2018 12:39 PM
Ayoyo. Dah tak hensem dibuatnya. Semoga kecacatan dia ni dapat dipulihkan.
Quote Artemesiaa 17-12-2018 12:39 PM
Sian terus rongak
Quote supermum 17-12-2018 12:41 PM
Degil dorang ni. Ko tunjok mcm2 jenis gambar n berita pun tak jalan. Rasa nak cepuk je kdg2
Quote Sang_Pencinta 17-12-2018 12:43 PM
Terpaksa pasang gigi palsu ni
Quote chinta89 17-12-2018 12:53 PM
alahaiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote buapakperut 17-12-2018 12:58 PM
bahayanya .... kesian gigi dah rompoang
Quote Jajabeans 17-12-2018 01:03 PM
Gig tu xpe lgi. Tu mulut tu tgk pun dh rasa pedih. Kesiann..
Quote Minami2013 17-12-2018 01:17 PM
Hilang nikmat makan...
Quote hanalisa 17-12-2018 01:20 PM
pengajaran paling memberi kesan. salahkan diri sendiri.
Quote makneng 17-12-2018 01:25 PM
X tau la nak ketawa ke nak kesian..
Quote whitePoison 17-12-2018 01:41 PM
Sakittt tuuuu..muda-muda dah hilang gigi dengan skala banyak
Quote DollahRepek 17-12-2018 02:39 PM
Gi la beli mod yang boleh control temperature. Bukannya mahal pun. Nie gi pakai mechanical mod pastu batery pun kecik & nk pakai tank yang byk coil. mmg mendapat la ko
Quote Sang_Pencinta 17-12-2018 03:01 PM
Pen vaping murahan ke?
Quote AbukRokok 17-12-2018 09:26 PM
jom rokok dunhill
dijamin selamat
Quote sharlenetexas 17-12-2018 09:41 PM
AbukRokok replied at 17-12-2018 09:26 PM
jom rokok dunhill
dijamin selamat

Rokok daun nipah
Quote bangcak 17-12-2018 09:45 PM
DollahRepek replied at 17-12-2018 02:39 PM
Gi la beli mod yang boleh control temperature. Bukannya mahal pun. Nie gi pakai mechanical mod pastu ...

lainkali tambah la buluh sbg perantara untuk sedut.
kalu kebetulan nak meletop takde la pecah mulut.


Quote Jorja 17-12-2018 10:41 PM
No worries, kalau kt sana dental surgery ny ngetop
Quote emelia1509 17-12-2018 11:55 PM
Ouchhh sakitnye tuhh di mulutss

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.079544 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top