CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Jangan Gopoh..." - Pesanan Michelle Obama Buat Meghan Markle

3-12-2018 12:43 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 6228| Komen: 19|Original author: Oleh: Ain

Description: Sejak berkahwin dengan Putera Harry, semakin menjadi-jadi isu serangan peribadi terhadap Meghan Markle.

Sejak berkahwin dengan Putera Harry, semakin menjadi-jadi isu serangan peribadi terhadap Meghan Markle.


Kredit foto: Mirror/WireImage
Banyak cerita tidak enak didengari mengenai Duchess of Sussex itu terutama mengenai sikapnya yang dikatakan mendesak, 'mengikut kepala sendiri' dan sering 'menyimpang' dari protokol diraja.

Malah, hubungannya dengan kakak iparnya, Kate Middleton turut dikatakan dingin hingga menjejaskan hubungan adik-beradik antara Harry dan Putera William sebelum Duke dan Duchess of Sussex itu memilih untuk keluar dari istana.



Kredit foto: Mirror/Getty Images

Terbaru, Telegraph melaporkan, bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama yang juga berkawan baik dengan Harry memberi pesanan kepada Meghan.

Dalam satu temu bual bersama Good Housekeeping, Michelle menasihati Meghan supaya tidak terburu-buru dalam mengambil sebarang tindakan dan beliau perlu ingat bahawa perjalanannya masih panjang.

Kredit foto: Telegraph/AFP/GETTY IMAGES

"Seperti saya, Meghan mungkin tidak pernah mengimpikan kehidupan seperti ini dan dihimpit tekanan daripada diri sendiri dan orang sekeliling.

"Jadi, nasihat saya jangan terlalu gopoh ketika melakukan sesuatu.

"Beberapa bulan pertama di Rumah Putih, banyak perkara saya fikirkan terutama anak-anak. Saya akan pastikan mereka pergi ke sekolah dengan baik dan dapat kawan baru sebelum memulakan tugasas sesuai dengan kedudukan saya.


Kredit foto: GOOD HOUSEKEEPING

"Apa yang saya mahu sampaikan adalah, terdapat begitu banyak peluang untuk berbuat baik dengan platform seperti itu dan saya fikir, Meghan boleh memaksimumkan impaknya terhadap orang lain serta kebahagiannya sendiri, jika dia melakukan sesuatu uyang melambangkan personalitinya," katanya. - CARI
13

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 3-12-2018 12:51 PM
jadilah perempuan bijak dan classy
Quote armin 3-12-2018 12:53 PM
Baju hitam atas tu mcm baju aku gi clubbing zaman 2000 dulu.
Quote Artemesiaa 3-12-2018 01:31 PM
Kalau masih tak pandai menyesuaikan diri pasti akan makin banyak masaalah akan timbul dimasa depan
Quote azwanaliori 3-12-2018 01:47 PM
Kenapa mcm byk gila pressure dr semua org dekat meghan ni. Will she end up like Diana?
Quote cikgujun 3-12-2018 02:06 PM
kadang2 ada baiknya ikut ckp org dulu2, klu boleh cari org sekufu, sbb bukan nk berlagak ke apa,tapi kadang2 tak boleh masuk dgn adat dan protokol, nnti memberontak

ini pendapat umum je ye,ntah2 gosip liar towards Megan
Quote buapakperut 3-12-2018 02:20 PM
michelle nampak lagi classy walaupun muka macam jantan gitu
Quote awexgaban7 3-12-2018 05:25 PM
Meghan dah berpatah arang berkerat rotan ka camna ni....
Quote Jorja 3-12-2018 05:41 PM
Elok la Meghan da preggy..semoga anak tu bila lahir nanti bole jadi penimbal antara dia & the ever demanding royal family
Quote vee_zara 3-12-2018 09:26 PM
Knapa i still rasa true luv harry ni si chelsy tu.. Nmpk sesuai sgt meghan ni mcm trlalu dominan
Quote shoyuna 3-12-2018 10:30 PM
Meols suka michelle ni. classy
Quote whitePoison 4-12-2018 01:24 AM
Suka tengok wajah meghan ni..lembut je wajah2 keibuan gituu..
Quote cik-jaja 4-12-2018 11:11 AM
Tak tau kenapa tapi iols kuat sangat berasa yang Meghan ni fake gila...
Quote 234126 4-12-2018 07:59 PM
Edited by 234126 at 4-12-2018 08:02 PM

Apa yang kena kat meg ni bukan sebab ‘royal family curse’ ala2 the late diana. Diana ada hak nak rebel sebab charles seksa dia emotionally dia berhak nak rasa bahagia in her own way. Masa kawin she patuh je and ikut protokol selagi boleh. Meg ni sendiri buat hal macam2 mendiva tak tahu nak ikut adab royal.

Jangan nak acah2 ko ala2 teraniaya mcm lady D ye. berlakon la selagi boleh tu tapi sampai bila. William tu agaknya dah nampak her dark side. Bagus la separate je rumah. Iols paling benci orang tak beradap pastu rasa diri tak bersalah lacking sensitivity  
Quote PristineOne 4-12-2018 08:03 PM
armin replied at 3-12-2018 12:53 PM
Baju hitam atas tu mcm baju aku gi clubbing zaman 2000 dulu.

Ehhh....rasa macam nampak la awek cun pakai baju tuh masa kelabing tahun 2000 tuh...
Tak ingat kat mana...kalao tak Modesto mungkin El Nino...tak pung DV8...

Kih...kih...kih..kih..
Quote PristineOne 4-12-2018 08:05 PM
Michelle ada right nak bagi advice..... position dia lagi glam....First Lady USA tuh..
Quote Miming2 4-12-2018 08:32 PM
Classy lah Michelle nie.. And bijak
Quote Miming2 4-12-2018 08:32 PM
Classy lah Michelle nie.. And bijak
Quote wadiunong 5-12-2018 09:39 AM
PristineOne replied at 4-12-2018 08:03 PM
Ehhh....rasa macam nampak la awek cun pakai baju tuh masa kelabing tahun 2000 tuh...
Tak ingat ka ...



ehhh2 uols pon pernah pegi kah tempat2 ni? thn 2000an tempat cucuk langit iols gak tu
Quote miemiecha 5-12-2018 11:15 AM
vee_zara replied at 3-12-2018 09:26 PM
Knapa i still rasa true luv harry ni si chelsy tu.. Nmpk sesuai sgt meghan ni mcm trlalu dominan

kan.. pastu cam stedy je compare ngan megan ni..
mcm tergesa2 nk kawen, nk ada baby, mcm takutkan sesuatu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.241634 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top