CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Acer Lancar 4 Peranti Baharu Untuk Golongan Profesional Dan Perniagaan

5-12-2018 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2738| Komen: 15

Description: Acer Malaysia menawarkan lebih banyak pilihan buat pengguna dalam persekitaran profesional serta perniagaan apabila menambah beberapa model dan varian ke dalam portfolio perantinya iaitu Acer Veriton ...
Acer Malaysia menawarkan lebih banyak pilihan buat pengguna dalam persekitaran profesional serta perniagaan apabila menambah beberapa model dan varian ke dalam portfolio perantinya iaitu Acer Veriton Z, Acer Veriton N, siri TravelMate dan Chromebook Spin bersaiz 13 inci.


Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasaran Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Chan Weng Hong berkata, “Pasaran komersil sangat penting buat Acer kerana ia merangkumi lebih 40% hasil global kami. Kami sentiasa menawarkan komputer meja, komputer riba dan monitor yang boleh membantu perniagaan meningkatkan produktiviti dan kecekapan mereka dalam persekitaran yang cukup kompetitif pada hari ini. Pengenalan penambahan peranti baharu ke dalam siri popular sedia ada nyata dapat mengembangkan lagi tawaran kami untuk memenuhi keperluan pasaran. 


“Dalam sektor Chromebook, Acer menerajui pasaran menerusi rangkaian rekaan yang luas dan reka bentuk menarik untuk memenuhi keperluan pelanggan yang kian berkembang. Chromebook Spin 13  baharu ialah Chromebook pertama di dunia yang menggunakan pemproses Intel® CoreTM i5-8250U Generasi ke-8. Saya harap ia akan memulakan trend penawaran Chromebook gred perniagaan yang lebih banyak kepada pelanggan,” kata Chan. 

Acer Veriton Z4660G All-In-One

Dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM i+ Generasi ke-8 yang dipadankan dengan teknologi Intel® OptaneTM dan hadir dengan M.2 PCIe SSD, Acer Veriton Z4660G menawarkan pengalaman perkomputeran yang lebih lancar, responsif dan pantas. Sekali gus menjadikannya sebuah komputer meja semua-dalam-satu yang ideal untuk hamparan lebar, pembentangan berganda atau menyunting grafik-grafik bersaiz besar. 

Dengan M.2 PCle SSD, komputer meja ini menjanjikan tempoh boot-up lebih pantas, laju dan prestasi terbaik untuk meningkatkan produktiviti.  


Boleh didapati dengan pemproses Intel® Core™ i3 dan Intel® Core™ i5, Acer Veriton Z4660G ditawarkan pada harga RM2,899 dan RM3,199. Kedua-dua varian itu sudah boleh dibeli mulai sekarang di semua kedai jualan rasmi Acer dan penjual sah Acer terpilih.


Komputer Meja Acer Veriton N4660G 

Komputer meja Acer Veriton N4660G ialah sebuah PC mini yang direka untuk menjimatkan ruang, tetapi mampu menawarkan kuasa dan prestasi mengagumkan. Dengan pemproses Intel® CoreTM i+ Generasi ke-8 yang dipadankan bersama teknologi Intel® OptaneTM dan M.2 PCIe SSD, ia boleh menjalankan tugasan dan aplikasi yang intensif untuk memberikan pengalaman perkomputaran yang pantas, responsif serta lebih lancar.  


Sudah boleh dibeli mulai sekarang di semua kedai jualan rasmi Acer dan penjual sah Acer terpilih, Acer Veriton N4660G ditawarkan pada harga RM2,899 dan RM3,399 untuk varian Intel® Core™ i3 dan Intel® Core™ i5. 


Acer TravelMate X3310

Direka untuk golongan profesional, Acer TravelMate X3310 merupakan komputer riba kelas perniagaan sebenar yang berkuasa dan boleh dipercayai untuk melaksanakan pelbagai tugasan dan menyempurnakan tugas harian yang banyak.

Dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM i Generasi ke-8 bersama Windows® 10 Professional, Acer TravelMate X3310 dilihat mampu meningkatkan produktiviti perniagaan ke tahap lebih tinggi. Ia didatangkan dengan memori sehingga 32GB DDR4 dan 256GB M.2 PCIe SSD untuk produktiviti sebenar dan prestasi lebih pantas. Dengan jangka hayat bateri sehingga 15 jam, pengguna boleh menyiapkan semua tugasan sepanjang hari tanpa perlu membawa pengecas. 



Acer TravelMate X3310 ditawarkan pada harga RM4,099 serta sudah boleh dibeli mulai sekarang di semua kedai jualan rasmi Acer dan penjual sah Acer terpilih.


Acer Chromebook Spin 13

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5-8250U Generasi ke-8, Acer Chromebook Spin 13 didatangkan dengan memori 8GB LPDDR3 dan storan dalaman eMMC sehingga 64GB. Ia merupakan Chromebook pertama menggunakan pemproses Intel® CoreTM I Generasi ke-8 di dunia. 

Ia dibina dengan kerangka aluminium yang kukuh dan bergaya untuk menambah baik aspek ketahanan serta mengurangkan lenturan. 

Chromebook Spin 13 yang boleh ubah mempunyai selak 360 darjah untuk digunakan sebagai sebuah tablet, komputer riba, paparan atau dalam mode tent. 

Sentuhan Acer Chromebook Spin 13 ditawarkan pada harga RM3,599 serta sudah boleh dibeli mulai sekarang di semua kedai jualan rasmi Acer dan penjual sah Acer terpilih.


Maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat). 
11

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote armin 5-12-2018 04:56 PM
Mahal gila 5k baik beli macbook. Dulu pernah pakai hp acer tp asyik lag he sampai terus padam xleh on dah. Worst hp ever
Quote hanakikan 5-12-2018 05:18 PM
akak tak kisah brand, macbook ke hp ke dell ke. yg penting spec ssd 1tb ram 32gb puas buat kerja
Quote gigahertz 8-12-2018 08:16 PM
armin replied at 5-12-2018 08:56 AM
Mahal gila 5k baik beli macbook. Dulu pernah pakai hp acer tp asyik lag he sampai terus padam xleh o ...

bende bende macam ni singapore pakai dulu. cukup bulan tolak kat malaysia. harga dah murah sikit.
Quote batmana 8-12-2018 11:15 PM
Beli lar laptop compatible hackintosh.spec tinggi.harga 1/2 murah dari MacBook.pstu install osx
Quote alesandra 8-12-2018 11:21 PM
cadang nak tukar monitor.monitor acer neh bagus ke?kebetulan tadi  beriya je budak tu  rekemen aku asus dari acer.betul ke  acer neh kurennng dari asus.aku cadang samada nak beli dell atau acer.
Quote ultra78 9-12-2018 08:47 PM
armin replied at 5-12-2018 04:56 PM
Mahal gila 5k baik beli macbook. Dulu pernah pakai hp acer tp asyik lag he sampai terus padam xleh o ...

Aku baca artikel tu tak ada pun tulis harga sampai RM5,000.

Kalau RM5,000 ngam-ngam tak cukup pun untuk beli Macbook Air lowest spec yg baru.
Quote Alais 9-12-2018 09:01 PM
wah bagus ni
Quote tungkai 9-12-2018 09:03 PM
Yg aku tau ramai student beli laptop Acer sebab murah tapi menyesal sebab member aku cakap Aku CEpat Rosak...
Quote armin 10-12-2018 12:17 AM
ultra78 replied at 9-12-2018 08:47 PM
Aku baca artikel tu tak ada pun tulis harga sampai RM5,000.

Kalau RM5,000 ngam-ngam tak cukup p ...

Masa aku baca mula2 artikel tu tulis 5k. Takkan la aku salah baca siap salah komen lg
Quote highcastle 10-12-2018 12:43 AM
tungkai replied at 9-12-2018 09:03 PM
Yg aku tau ramai student beli laptop Acer sebab murah tapi menyesal sebab member aku cakap  Aku CEpa ...

Aku belikan anak aku jenama HP, kalau bukak bawah laptop tu nak ganti hardisk atau Ram warranty masih boleh pakai lagi, kalau Acer bukak belakang nak ganti hardware warantty terus terbatal. Itu hari motherboardnya rosak, technician HP datang sendiri betulkan......
Quote ultra78 10-12-2018 08:58 AM
Artikel ini tentang product untuk professional dan business. Kebiasaannya laptop business lebih mudah untuk repair atau upgrade. Ia juga lebih reliable berbanding consumer laptop
Quote ultra78 10-12-2018 08:59 AM
https://www.laptopmag.com/articles/laptop-brand-ratings


Quote ultra78 10-12-2018 09:34 AM
highcastle replied at 10-12-2018 12:43 AM
Aku belikan anak aku jenama HP, kalau bukak bawah laptop tu nak ganti hardisk atau Ram warranty ma ...

Laptop murah biasanya fragile dan dan mudah rosak. Bila dah rosak susah nak repair sebab design dia yg bukan serviceable. Bila rosak,expectation adalah beli baru. Bagi negara maju tak kisahlah sebab harga laptop baru pun dalam beratus dollar aje. Tapi di malaysia harga dah beribu walaupun low end.
Quote hanalisa 10-12-2018 11:28 AM
ultra78 replied at 10-12-2018 08:59 AM
https://www.laptopmag.com/articles/laptop-brand-ratings

ofis weols pakai lenovo, tak best pon.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.056350 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top