CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Pointer Rendah Takpe Asalkan Dapat Kerja" - Netizen Berbalah Dengan Kenyataan Viral Ini..

6-12-2018 05:46 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 13111| Komen: 20|Original author: Oleh: Whitney

Description: Setiap tahun, ribuan graduan menamatkan pengajian di seluruh institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Senario ini telah meningkatkan persaingan dalam kalangan mereka untuk mendapatkan pekerjaan ker ...
Setiap tahun, ribuan graduan menamatkan pengajian di seluruh institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Senario ini telah meningkatkan persaingan dalam kalangan mereka untuk mendapatkan pekerjaan kerana calon yang memohon pekerjaan begitu ramai sedangkan kekosongan jawatan begitu terhad. 


Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)
Tidak dinafikan, ada graduan yang bernasib baik kerana mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian tetapi dalam masa yang sama, ramai juga yang menganggur atau terpaksa bekerja dalam bidang yang lebih rendah daripada kelayakan mereka. Bagaimana pun, adakah mendapat pointer atau CGPA yang lebih tinggi dapat menjamin graduan mendapat pekerjaan?

Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tidak bersetuju dengan  status seorang pengguna twitter lain yang mengatakan bahawa pointer yang tinggi tidak menjamin seseorang graduan untuk mendapat pekerjaan. Graduan yang mendapat pointer yang lebih rendah adakalanya  lebih bernasib baik. Ia dilihat seolah-olah mahasiswa tidak perlu belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pointer yang tinggi tetapi memadai dengan pointer biasa-biasa sahaja. 


Kredit foto: Google(gambar hiasan)
Ramailah mahasiswa malas belajar
Ada netizen yang bersetuju bahawa sepatutnya kenyataan sebegitu tidak patut diperkatakan. Jika begitulah, maka ramailah mahasiswa yang akan hanya belajar dan tidak kisah dengan pointer yang diperoleh. Masing-masing akan bergantung kepada nasib dan rezeki yang mereka tanpa perlu berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh. 


Percaya pada rezeki masing-masing
Bagaimanapun, ada netizen yang tetap percaya bahawa ianya bergantung kepada rezeki dan pointer yang tinggi bukanlah satu kelebihan untuk mendapatkan pekerjaan. Banyak lagi aspek lain yang dinilai oleh majikan untuk mengambil pekerja bekerja di syarikat mereka. 


Pointer tinggi dan bagus tetap diambil kira
Apa-apa pun, banyak syarikat yang masih melihat kepada pointer calon yang memohon pekerjaan terutamanya yang memohon untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Ia turut diakui oleh individu yang bekerja di agensi pengambilan pekerja dalam pelbagai bidang. Pointer adalah perkara yang akan dilihat terlebih dahulu. 


Jangan hanya bergantung kepada nasib mahupun rezeki jika kalian tidak berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh. Benarlah rezeki itu berbeza-beza setiap orang tetapi ada baiknya kalian berusaha dengan sebaiknya dan seterusnya bertawakkal. Pointer yang tinggi adalah bonus buat para graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus. - CARI 

11

Bagus
19

Marah
16

Terkejut
25

Sedih
19

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 6-12-2018 06:07 PM
Kalau mcm tu baik ko cakap.. belajar tinggi2 tp x dpt kerja. Baik belajar takat spm je..
Quote kroit92 6-12-2018 06:56 PM
bukan saingan di kalangan graduan je, fresh grads, old grads (?)
even pegi mana2 open interview, orang tua pun ramai,
rata-ratanya hilang pekerjaan sebab company lingkup, gulung tikar, kurangkan pekerja, etc etc etc

budak2 nak kerja pun, orang amik orang tua sebab kesian, nak tanggung family takde duit
budak2 panjang lagi hidup katanya, amboih sedap cakap, macam dia tau je nasib umo orang.

tu tak campur lagi cronyism.. kroni, anak, pakcik, makcik, anak sedara, pak long, mak ngah, semua kat situ

belajar sungguh la semua adik-adik, biar dapat minimum 3.0, dapat 4.00 lagi terbaik
tapi kalau kau dapat 3.0 pointer pun, tapi assignment plagiat, kelas ponteng, suruh member sign, exam meniru, mengabis duit ptptn, duit mak bapak berfoya-foya,
toksah bangga masuk universiti, patutnye, nak convo amik scroll pun malu kalau perangai gitu

pointer tinggi rendah tu cerita lain
macam mana kau dapat pointer gitu pun lain cerita
nak lari mana menipu pointer tinggi? kat dunia boleh la lepas, orang tak tau
tapi yang dapat sebab hasil usaha tekun, jujur, memang salute, you earn my respect
Quote Jorja 6-12-2018 07:16 PM
Cgpa degree @ ism sgt penting ya dik so score la tinggi tinggi nanti bila sambung ma & phd baru biaq pi la asal tak dapat pointer 3.0 ke bawah. Nanti U ada phd pun biasany org akan tengok balik ur degree
Quote belilies 6-12-2018 07:36 PM
Jenis ni yg sama spisis mengharap ptptn dmansuhkan. Generasi bengap.
Quote edee_91 6-12-2018 07:48 PM
kena tanya jugak, yang pointer 2.8 tu dapat kerja kat mana je?
Quote whitePoison 6-12-2018 08:30 PM
Kalau macam tu kau jangan sambung belajar la dik..Daripada mak ayah perabis duit hantar kau belajar dan rasa selesa di fasa kemalasan kau tu,better jangan sambung..
Yang berlagak dapat keje tu cuba cerita sikit kau keje ape?
Quote sinalegna 6-12-2018 11:31 PM
Eh baru dpt keje dah berlagak.. kang suh buat mende pon rak reti. Sembang
Quote buapakperut 7-12-2018 12:03 AM
banyak guna kabellll maaaa. memang iols phuikan aje. orang penat3 study dapat dekan pun tak dipandang. lagi2 keje gomen
Quote Nonones 7-12-2018 08:21 AM
Edited by Nonones at 7-12-2018 08:59 AM

Pendapat aku, ada aku setuju dgn statement tu & ada aku tak setuju. Aku antara yg pointer rendah sbb aku mengaku aku bukan tak pandai tp aku malas. dari sem 1 lagi pointer aku bawah 2.0, tp aku berjaya catch up slow2 utk cantikkan balik pointer aku walaupun tak pernah jejak 3.0. sampai 8 sem la aku tibai belajar tp aku tak patah semangat.

& Yes aku antara yang dapat kerja lepas 3 bulan habis belajar dari kwn2 aku yang pointer tinggi sampai skg pun masih menganggur. mungkin ini dinamakan rezeki. bukan nak berlagak tp ni observation aku lah, setengah ni yang dapat pointer tinggi ni demand terus nak kerja company top, nak jawatan tinggi setaraf dgn sijil & pointer yang ada. aku paham dah bertungkus lumus belajar nak dapat pointer cantik.  bagi aku zaman skg bkn zaman demand mcm tu lagi, majikan banyak tgk experience. kalau first job kau dapat secured kerja company biasa2, grab the chance, belajar dari company tu sehabis mungkin. insyaAllah itu akan menolong kau nanti. sikit2 kau naik. lagi satu communication skills kena tip top! english berterabur pun lantak, kau tibai je janji kau ada self esteem yang tinggi lama2 nanti kau akan byk lagi belajar.

tp jangan plak jadikan perkara ni alasan utk tak dapatkan pointer yang tinggi, maksudnya kena balance lah semunya. dapat pointer tinggi, sejuk hati mak ayah dah keluar duit utk kita sambung belajar. dapat pointer tinggi, silap2 loan jadi biasiswa hidup pun senang tak payah fikir nak bayar loan.

Aku antara yang cgpa bawah 3.0 tp alhamdullilah byk belajar tentang kehidupan, bermula dari bawah naik sikit2, now I must say I am very proud of myself! kena balance! tp loan ptptn totap aku bayor k
Quote mdhelmi 7-12-2018 08:27 AM
dpt keje bukan sbb pointer
tapi rezeki
ada fresh grad terus target company besar2
ada fresh grad target company kecik utk experience 3 tahun then baru apply company besar
yg penting jgn lupa bg duit kat mak ayah walaupon sikit
pintu rezeki akan dibuka seluas2nya dan gaji bertambah berkat
yg blom dpt keje teruskan mencari
yg dah dpt keje bekerjala dgn tekun
yg pasti dah dpt atau blom bukan menjamin masa depan yg cerah
masa depan yg cerah bergantung pada amalan kita utk dunia dan akhirat
Quote abadi84 7-12-2018 09:38 AM
Klu boleh belajar smp pandai, belajarlah. Tak ade siapa pun yg boleh mnjamin rezeki utk org lain.
Quote bungamelurindah 7-12-2018 09:44 AM
TAK SETUJU, KAWAN IOLLS KEJE KAT SYARIKAT SEMI GOV, POINTER BAWAH 3.00, DAPAT JE KEJE NAK TAHU RAHSIA DIE APE??????? MASA G IV, PLEASE PLEASE PLEASE PERFORMMMM HABES2 TUNJUK YG KAU MEMANG TAHU AND PANDAI, GORENG JE PAPE, SBB HR TU BUKANNYE TAHU SGT, DIE PUN NERVOUS TIME NAK IV ORG TU, I HR I TAHU CMNE RASANYE, HAHAHAHAHAH
Quote annehuda 7-12-2018 09:48 AM
kpd bbnu zaman skrang ni
cubala berusaha skit nk upkan pointer
takyah fikir pasal keje
fikirla pasal makbapak korang mesti happy anak diorg dpt pointer tinggi
bapak akak dulu pun nangis akak dpt dekan
ke makbapak zaman skrang tak kisah kt anak2?
Quote coolie83 7-12-2018 10:27 AM
n then kita sambung debate dalam sini pulak
Quote groundfloor 7-12-2018 11:04 AM
Pointer kena jaga...belajar jgn malas...jgn memilih kerja...cari pengalaman dulu dkt mana2...lpstu boleh apply dkt syarikat yg lebih besar...rezeki Allah SWT  yg tentukan tapi seiring dgn usaha...
Quote kucingitam 7-12-2018 11:05 AM
kalau pointer tinggi, tak reti buat kerja pun tak guna...
Quote dHoney 7-12-2018 07:28 PM
I dlu pointer tak smpai 3 ,Alhamdulillah rezeki Allah, sebelum konvo dah dapat keja. kawan2 yg 3pointer atas, ramai skang jadi cikgu or keja gomen. Mungkin diorang rasa lebih terjamin masa depan
Quote wirazam 7-12-2018 08:34 PM
pointer CGPA ni based on Uni jugak...

kalau pointer 2.3 tp dari Harvard...mmg kasta lagi tinggi lar dr pointer cgpa 3.5 dr uni yg tak pernah nak dengar kannnn

pada aku, Malaysia nak kena centralizedkan exam by kementerian...sama mcm SPM, STPM semua tuh...baru boleh nak comparekan graduan sapa yg hebat

masa tu, baru boleh nilai byk faktor kat graduan kat Mesia ni..kalau ini jd kenyataan, mesti akan ada..

top Universiti utk kursus sekian 2...

tp implementation mcm susah sikit  tp ianya boleh dilaksanakan..
Quote hyie 7-12-2018 09:54 PM
ada orang sambung belajar sebab minat yang mendalam terhadap ilmu, ada yang sebab ikut orang lain kalau tak nanti malu kat sedara-mara/kawan2/jiran mulut laser, ada yang sebab terpaksa - desakan parents/pihak ke-tiga, dan bermacam2 lagi lah.

ingatlah, menuntut ilmu tu kan satu ibadah. Kau share ilmu kat orang lain pon kau dapat pahala, selain dapat kembangkan lagi ilmu yang ada.

fresh grad banyak yang poyo yach esp yang lepas grad terus dapat kerja good2 (gaji besar, ada nama, etc)...padehal skill kerja pon nan hado dan buat kerja sambalewa...senang cakap sampah lah...

kalau nak murah rezeki, banyakkan menderma. Haa gittewww...duit gaji selambak pon, tapi kalau kau tak reti urus, ujung2 habis gitu je lah...nikmat rezeki tu tak terasa.

so, dah alang2 kau sambung belajar, berusahalah buat yang terbaik. Nanti automatik diri kau akan jadi lebih baik.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.063181 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top