CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Adakah Rakyat Mempunyai Hak Untuk Berhimpun Dari Perspektif Undang Undang?

10-12-2018 06:35 PM| Diterbitkan: nbtech78| Dilihat: 4862| Komen: 29|Original author: Oleh: zada

Description: hak berhimpun dijamin oleh perlembagaan persekutuan dan rakyat mempunyai kebebasan utk berhimpun

Adakah rakyat mempunyai hak untuk berhimpun dari perspektif undang undang?


Rakyat berhak untuk berhimpun sempena Himpunan Aman 812.


Rakyat ada hak untuk berhimpun secara aman, hak ni diperuntukkan bawah Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.



Di sini disertakan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan utk makluman semua.


Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.


(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)--


(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;


(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;


(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.


(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan--


(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;


(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;


(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.


(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.


(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.



Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak rakyat utk berhimpun aman.


Hak berhimpun ni bagi peluang kepada rakyat untuk memberi pandangan dan respon terhadap segala keputusan dan dasar kerajaan.


Di dalam kes Meor Safizal Meor Mohamed Amin & Yang Lain lwn. PP [2015] 4 CLJ 709, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: "Berhimpun secara aman bukanlah satu kesalahan, malah satu hak yang dijamin oleh per.10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan."


Foto: Astro Awani

Namun kita kena sedar bahawa hak berhimpun yang diperuntukkan bawah Perlembagaan Persekutuan bukanlah hak mutlak.


Maksud hak berhimpun bukan hak mutlak adalah hak berhimpun ni tertakluk kepada syarat tertentu iaitu:-


1.Himpunan adalah secara aman; yang mana perhimpunan yang mengganggu gugat ketenteraman awam tak diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.


2.Sesiapa yg menghadiri perhimpunan tu dilarang membawa sebarang bentuk senjata. Jika bawa senjata dan keadaan menjadi kacau bilau, tu sudah mengganggu ketenteraman awam. Jadi ini dilarang.



Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah salah satu contoh akta yang mengawal perhimpunan di negara ini.


Perhimpunan awam di Malaysia dikawal selia oleh Seksyen 27 hingga 27 C Akta Polis 1967. Tanpa permit polis, satu perhimpunan atau perarakan lebih daripada tiga orang dianggap tidak sah dan menyalahi undang-undang di bawah Akta Polis 1967.



Hak Parlimen untuk mengekang kebebasan berhimpun menurut Artikel 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan mestilah munasabah. Dalam kes Nik Nazmi Nik Ahmad v. PP [2014] 4 CLJ 944, Hakim Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: "I have earlier referred to the decisions of our courts in Sivarasa Rasiah v. Badan Peguam Malaysia, supra, and Dr. Mohd. Nasir Hashim v. Menteri Dalam Negeri, supra, as requiring laws passed imposing fetters on the right of peaceable assembly under art. 10 to satisfy the test of reasonable restrictions. Sesuatu undang-undang yang tidak munasabah boleh diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak menurut Perlembagaan dan tidak sah.


Jadi semua pihak kena bekerjasama untuk menjadikan perhimpunan aman ni berjalan lancar.


Yang menghadiri perhimpunan kena patuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.


Manakala pihak berkuasa kena pastikan ketenteraman awam terjaga.


Akhir kata, semoga Allah permudah segala urusan yang berada dalam Himpunan 812 tempoh hari. - CARI



8

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 10-12-2018 10:41 PM
Nice write up
Quote nbtech78 11-12-2018 06:21 AM

tq puan moderator....

walau article ni lambat di publishkan...tetapi sebagai rakyat malaysia...ramai yang masih lagi belum memahami hak kita sebagai warganegara...

kerana seolah2 undang-undang itu hanya exclusive pada golongan tertentu sahaja....


Quote nbtech78 11-12-2018 06:38 AM
keluarkan apa yang netizen perlu laku kan...demokrasi...
Quote noraidil_06 11-12-2018 08:03 AM
nbtech78 replied at 11-12-2018 06:21 AM
tq puan moderator....

walau article ni lambat di publishkan...tetapi sebagai rakyat malaysia... ...

Bkn mslh undang-undang hak milik pihak tertentu.
Tp nk memahami istilah undang-undang itu sendiri memeningkan
Quote nbtech78 11-12-2018 08:59 AM
noraidil_06 replied at 11-12-2018 08:03 AM
Bkn mslh undang-undang hak milik pihak tertentu.
Tp nk memahami istilah undang-undang itu sendiri ...

itu lh pentingnya pengamal undang2 keluar dan sampai kan kepada orang awam untuk kefahaman bersama
Quote noraidil_06 11-12-2018 09:05 AM
nbtech78 replied at 11-12-2018 08:59 AM
itu lh pentingnya pengamal undang2 keluar dan sampai kan kepada orang awam untuk kefahaman bersama ...

Kami sibuk.hehehehehe
Quote Simunggu 11-12-2018 09:42 AM

kenapa tak tulis time perhimpunan Bersih dulu???
Quote nbtech78 11-12-2018 10:10 AM
Simunggu replied at 11-12-2018 09:42 AM
kenapa tak tulis time perhimpunan Bersih dulu???

article ni boleh di gunakan d mana2 perhimpunan....

812 sbg contoh paling latest  
Quote nbtech78 11-12-2018 02:13 PM
Edited by nbtech78 at 11-12-2018 02:29 PM

Polis siasat Fadiah bawah Akta Perhimpunan AmanFaisal Asyraf  |  Diterbitkan 12 Jul 2018, 6:55 petang  |  Dikemaskini 12 Jul 2018, 6:58 petang

Fadiah Nadwa Fikri, peguam dan aktivis hak asasi manusia dipanggil polis untuk memberikan keterangannya sekali lagi, sehari selepas disoal siasat berikutan hantaran kontroversi di blognya yang mempersoalkan monarki di Malaysia.
Fadiah berkata polis merekodkan kenyataannya pada Selasa mengenai perhimpunan solidariti bagi menunjukkan sokongan kepada beliau di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.


"Sebenarnya ini memang jelas... kononnya ada ruang demokratik... penipuan semata. Polis salah guna kuasa... satu intimidasi... jelas halang rakyat seperti saya untuk nyatakan pandangan untuk saya excercise my democratic right," beliau memberitahu Malaysiakini.
Fadiah disiasat di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA), Fadiah berkata PAA perlu dikaji semula kerana pihak penganjur perlu menyediakan suatu notis 10 hari sebelum perhimpunan, yang disifatkan beliau sebagai tidak adil.
"Seksyen ini menghalang orang ramai daripada berhimpun secara aman. Jika terdapat kes yang perlukan kesegeraan, rakyat tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk berkumpul secara aman," katanya.
Semalam, polis memanggil Fadiah untuk disiasat selepas beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau berikutan mempersoalkan institusi beraja di dalam blognya bernama Malaysia Muda.
https://www.malaysiakini.com/news/433927



Quote nbtech78 12-12-2018 04:55 AM
Edited by nbtech78 at 12-12-2018 04:57 AM

sejauh mana yang di kata kan kita ini selamat untuk berhimpun....

saya buka kan persoalan....setiap kali perhimpunan besar....pasti ada peguam yang di tugaskan...

jika perhimpunan adalah selamat dan di beri kebebasan kepada rakyat...kenapa kita perlukan peguam untuk bertugas sewaktu perhimpunan...?

tahu kah kita bahawa perhimpunan hanya selamat apabila kita ada permit....

teringat dulu jika berhimpun seperti mana orang kampung berhimpun untuk tunjuk rasa tidak puas hati...adakah perhimpunan itu di katakan sebagai perhimpunan haram...

dan bila terlibat dengan perhimpunan haram...adakah kita akan boleh di sabitkan kesalahan di bawah akta apa?

Quote nbtech78 12-12-2018 03:11 PM
Edited by nbtech78 at 12-12-2018 03:13 PM

Hidup harmoni serta saling bantu membantu merupakan elemen yang sudah sebati dengan rakyat Malaysia.

Inilah amalan yang bukan sahaja dipraktikkan sewaktu menuntut kemerdekaan, bahkan diteruskan dari satu generasi ke generasi lain.

Sebenarnya, rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan saling bantu membantu.

Keharmonian dapat dipelihara dengan adanya toleransi antara pelbagai etnik termasuk kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta minoriti lain di seluruh negara.

Lihatlah di sekeliling kita – semua kaum tanpa mengira agama mudah bergaul dan saling mesra antara satu sama lain.

Di sekolah, kolej, universiti malah di pejabat, kita saling berinteraksi dan boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan.

Di kedai-kedai makan, kita boleh lihat rakyat dapat menikmati hidangan etnik lain. Nasi Lemak – juadah etnik Melayu sememangnya menjadi makanan kegemaran semua kaum. Begitu juga Nasi Ayam yang diperkenalkan kaum Cina serta Tosei – juadah etnik India yang sering menjadi sarapan ramai.

Ringkasnya, makanan menjadi alat penyatuan semua kaum sehinggakan sapaan “Dah makan?” sudah menjadi sinonim dalam perbualan selain ‘Apa khabar’.

Tidak hairanlah kepelbagaian makanan menjadi pemangkin kepada perpaduan pelbagai kaum Malaysia dan menjadi antara alat perpaduan yang paling berkesan.

Kayu ukur perpaduan

Justeru itu, mengapa kini timbul suara-suara sumbang mendakwa perpaduan sudah ‘mati’ di negara kita?

Malah, tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 di Subang Jaya dekat sini pada 26 Nov lalu tidak wajar dijadikan kayu pengukur bagi perpaduan rakyat.

Perhimpunan anjuran beberapa badan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia dan Gerakan Pembela Ummah pada Sabtu berikutan tindakan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) juga bukanlah petanda wujudnya persengketaan antara kaum di Malaysia.

Pengarah Komunikasi Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin berkata secara umumnya, keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia masih pada tahap baik dengan rakyat hidup dalam suasana aman dan harmoni serta saling hormat menghormati.

Beliau berkata ini dapat dilihat dengan rakyat meneruskan urusan kehidupan masing-masing seperti bekerja, menjalankan urusan perniagaan, menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial tanpa berasa takut atau bimbang.

“Keharmonian kaum membawa kepada keamanan dan kestabilan politik, sosial dan agama. Hal ini terbukti apabila sejak merdeka, rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi dan kekayaan.

“Rakyat sewajarnya bersyukur kerana Malaysia terus aman dan makmur berbanding negara lain walaupun penduduk negara ini unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Menurutnya keharmonian rakyat boleh dilihat menerusi penyertaan bersama mereka dalam aktiviti sukan dan riadah, aktiviti-aktiviti penjagaan alam sekitar, kesedaran dan penjagaan kesihatan serta program kejiranan selain sambutan perayaan-perayaan utama.

Kes terpencil

Mohd Yahya juga berkata insiden kekecohan dan penganjuran perhimpunan atau demonstrasi tidak boleh dianggap sebagai rakyat tidak bersatu.

Beliau berpendapat ia merupakan tindakan sekumpulan masyarakat yang mahu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isu-isu tertentu.

“Insiden-insiden yang berlaku merupakan kes terpencil yang masih dapat dikawal pihak berkuasa,” katanya sambil menjelaskan bahawa hak kebebasan bersuara sememangnya termaktub dalam Perlembagaan negara.

Mengulas dengan nada yang sama, Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Syed Agil Syed Alsagoff mengakui keharmonian kaum tetap wujud di negara ini walaupun berlakunya beberapa insiden membabitkan kaum.

Beliau berkata insiden berkenaan hanyalah isu terpencil akibat salah faham sebilangan kaum.

“Saya masih percaya perpaduan kaum di negara ini masih teguh, walaupun diuji dengan pelbagai cabaran,” katanya.

Menurutnya perubahan drastik dalam kemajuan teknologi dan perkembangan berhubung kesamarataan kaum menjadi agenda kepada aspirasi kebebasan yang diperjuangkan pihak tertentu.

Mereka, antaranya, memilih untuk mengadakan demonstrasi bagi mempertahankan atau memperjuangkan sesuatu isu.

“Mempertahankan sesuatu isu dengan berdemontrasi secara aman adalah petanda prinsip demokratik di negara ini masih tetap segar dan menjadi amalan biasa bagi sesebuah negara demokrasi. Ia membenarkan rakyatnya berhimpun dan berdemontrasi secara aman serta tidak menganggu ketenteraman rakyat dan negara,” jelasnya.

Pentingnya perpaduan

Perpaduan kaum sebenarnya amat penting bagi rakyat dan negara. Rakyat yang hidup dalam keadaan aman dan damai membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik selain membantu kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Bersandarkan alasan itu, kata Mohd Yahya, rakyat perlu memahami, menghormati dan mengamalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan negara termasuklah yang melibatkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, agama Islam dan Raja-raja Melayu.

“Ini merupakan perkara asas yang perlu dihormati oleh kaum lain…malah orang Melayu dan Bumiputera perlu mengakui hak-hak orang bukan Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negara serta sentiasa menjaga dan menghormati kaum bukan Melayu.

“Jika ini tidak dapat diamalkan, rasa tidak puas hati terhadap kaum Bumiptera dan sebaliknya akan berpanjangan dan boleh menjadi ‘duri dalam daging’ kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini,” tegasnya.

Syed Agil pula berpendapat kerajaan perlu memperbanyakkan lagi kempen perpaduan kaum, menstrukturkan semula persatuan komuniti supaya amalan perpaduan kaum terus diamalkan dengan baik.

Selain itu, kurikulum pendidikan di sekolah harus diperluas dengan menitikberatkan aspek perpaduan kaum bagi mendidik tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan pelajar.

“Penubuhan Sekolah Pemimpin Masa Hadapan bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara merupakan suatu pendekatan kerajaan untuk merealisasikan semangat perpaduan kaum menerusi program rangsangan patriotisme yang pastinya memberi manfaat besar kepada generasi muda hari ini,” katanya.

Pada masa sama, Syed Agil berkata rakyat juga perlu memainkan peranan dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian termasuk berusaha menghindarkan isu-isu sensitif yang boleh memecahbelahkan kaum.

Hakikatnya, rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama masih bersatu padu. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan yang dinikmati kini.

Persefahaman yang terjalin dalam kalangan rakyat perlulah dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia boleh menjejaskan keharmonian yang kita pelihara sejak sekian lama.

Janganlah dek kes terpencil yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab, majoriti rakyat menjadi mangsa seperti kata pepatah ‘hanya kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/12/perhimpunan-jalanan-demonstrasi-hanya-kes-terpencil-rakyat-malaysia-kekal-bersatu/


Quote dizekni 12-12-2018 03:17 PM
hak untuk berhimpun sokong harimau malaya lawan bola di bukit jalil

hak untuk berhimpun bagi amaran kat PHundet
pasal pentingnya jaga Perlembagaan Persekutuan

semua itu HAK ASASI

bukan BERSHIT je ada hak nak demo bodo
Quote nbtech78 12-12-2018 03:21 PM
dizekni replied at 12-12-2018 03:17 PM
hak untuk berhimpun sokong harimau malaya lawan bola di bukit jalil

hak untuk berhimpun bagi amar ...

boleh je sapa2 nak berhimpun....

tp kalo ingat...sbb bersih lah ramai yang berani untuk berhimpun sekarang...

dulu-dulu orang takut...
Quote dizekni 12-12-2018 03:25 PM
nbtech78 replied at 12-12-2018 03:21 PM
boleh je sapa2 nak berhimpun....

tp kalo ingat...sbb bersih lah ramai yang berani untuk berhimp ...

bukan sebab BERSHIT sangat

sebab PHundet dah langgar lampu merah dalam isu
ICERD

ko ingat majoriti Melayu takut sangat ke setakat berhimpun

mengamuk pun boleh kalo sampai tahap dipijak
kepala maksimum

so dont play with fire lah


Quote nbtech78 12-12-2018 03:29 PM
dizekni replied at 12-12-2018 03:25 PM
bukan sebab BERSHIT sangat

sebab PHundet dah langgar lampu merah dalam isu

melayu dari dulu lagi pantang di cabar...tetapi untuk apa...

nak tgk pertumpahan darah...

nak tgk sapa lebih kuat.....

skrng ni kita dah tak perlu itu semua....yang kita perlu adalah semua ikut undang-undang..

sbb kalo tak ikut undang2...siapa nak ikut...undang2 itu di buat untuk mendisiplinkan manusia...
Quote judicata 12-12-2018 03:32 PM
nbtech78 replied at 12-12-2018 03:21 PM
boleh je sapa2 nak berhimpun....

tp kalo ingat...sbb bersih lah ramai yang berani untuk berhimp ...

bukan time reformasi orang dah start berhimpun? ke aku salah ingat nih?
Quote dizekni 12-12-2018 03:33 PM
nbtech78 replied at 12-12-2018 03:29 PM
melayu dari dulu lagi pantang di cabar...tetapi untuk apa...

nak tgk pertumpahan darah...

nak tunjuk Melayu boleh BERSATU
tanpa kira latar ideologi politik kepartian
bila tiba masanya untuk PERTAHAN ummah

as simple as that
Quote dizekni 12-12-2018 03:35 PM
judicata replied at 12-12-2018 03:32 PM
bukan time reformasi orang dah start berhimpun? ke aku salah ingat nih?

budak baru nak naik gamaknya
masa lawan british, nak tentang malayan union
tahun 1946 dulu lagi Melayu dah berhimpun secara besar-besaran
Quote nbtech78 12-12-2018 03:38 PM
judicata replied at 12-12-2018 03:32 PM
bukan time reformasi orang dah start berhimpun? ke aku salah ingat nih?

dah..tp tu kan water canon dan segala keganasan....
sehingga bersih 2.0 pun masih ada lg keganasan....

bila kita persoalkan undang undang baru kerajaan mula kendur....



Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054592 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top