CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Sempat Mandi Dan Tidur, Penceroboh Rumah Taylor Swift Dihukum Penjara 6 Bulan

14-12-2018 01:48 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4153| Komen: 6|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Nampaknya Taylor perlu meningkatkan tahap keselamatan di semua kediamannya . Inilah harga yang perlu dibayar untuk hidup sebagai seorang selebriti ternama.
Hidup penyanyi Taylor Swift, 28, tidak pernah sunyi daripada cabaran peminat fanatik. 

Selepas episod seorang lelaki bernama Frank Andrew Hoover, 40, dihukum 10 tahun tempoh percubaan untuk menjauhi Taylor pada Januari lalu kerana mengirim beratus email ugutan untuk merogol dan membunuhnya, kini Taylor berdepan kes seorang penceroboh yang memecah masuk ke kediamannya di New York.


 
Kredit foto: Pegitboard News

Penceroboh tersebut, Roger Alvarado, 22, didakwa memecah masuk ke kediaman Taylor dengan niat untuk melakukan jenayah telah dibicarakan di Mahkamah Daerah Manhattan beberapa minggu lalu. 

Tertuduh mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan lima tahun tempoh percubaan. Alvarado juga diminta menjalani pemeriksaan mental.



Kredit foto: DailyMail

Mengikut pertuduhan, Alvarado memecah masuk ke dalam rumah penyanyi itu di SoHo ketika ketiadaanya. Dia dilihat memanjat sebuah tangga sebelum memecahkan tingkap untuk menyusup masuk. Selepas menggeledah barang berharga, Alvarado sempat mandi dan tidur di atas katil penyanyi berkenaan.


Kredit foto: DailyMail

Seorang jiran Taylor yang menyedari kejadian terus melaporkannya kepada polis sebelum anggota menangkap Alvarado di tempat kejadian. 

Siasatan mendapati Alvarado pernah cuba memecah masuk sebelumnya, tetapi gagal memecahkan pintu depan dengan penyodok tanah.

 
Kredit foto: The Sun

Memetik sumber TMZ, Taylor jarang menginap di rumah ini sejak membelinya pada 2017 dengan harga ASD18 juta (RM75 juta) kerana mempunyai beberapa kediaman mewah lain New York.

 
Kredit foto: 6sqft

Nampaknya, Taylor perlu meningkatkan tahap keselamatan di semua kediamannya. Inilah harga yang perlu dibayar untuk hidup sebagai seorang selebriti ternama terutama di pentas global. - CARI 
15

Bagus
11

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 14-12-2018 02:03 PM
Brpe ramai la security dia agaknya. Tokti yg taraf famous Malaysia tu je pun berkoyan bodyguard peribadi dia....,.
Quote buapakperut 14-12-2018 03:19 PM
nasib baik sheols duduk umah lain
Quote Artemesiaa 14-12-2018 03:25 PM
Susah jadi orang terkenal ada risikonya
Quote Quinharley 15-12-2018 12:17 AM
sian, high risk jadi pemes ni. be careful taytay
Quote CiliPadiSedap 15-12-2018 01:47 AM
Kisah benar: kimm kardashian pernah hire akak jd dia. Tujuan security. Insurans nyawa akak rm2.6 billion
Quote miemiecha 17-12-2018 09:24 AM
perhhhhh
mek 2/3 kali baca nama pesalah..
alvocado

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.113902 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top