CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sayunya Umrah Nora, Tercari-Cari Kelibat Arwah Suami Di Tanah Suci

13-12-2018 11:50 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 13373| Komen: 99|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: ‘Arwah Johan selalu berpesan untuk mengahrgai pemberian ikhlas seseorang kecil atau besar, saya hanya mampu membalas dengan berdoa semoga DS Vida diberikan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik, ...
Penyanyi Nora Arrifin, 45, berpeluang menunaikan umrah ke Tanah Suci atas tajaan usahawan kosmetik  Datuk Seri Vida (DS Vida) di bawah pengurusan Zainal Kembara tetapi kali ini beliau keseorangan tanpa suami di sisi, Allayarham Johan Nawawi yang meninggal dunia 24 Mac tahun lalu.


Kredit foto: Instagram
Memuatkan beberapa gambar kenangan bersama arwah suami di Instagram, Nora menulis kapsyen ‘Inilah kehidupan, inilah ketentuan Allah, Dia lebih mengetahui’. Kapsyen sayu Nora itu disambut oleh peminatnya yang turut berkongsi cerita kehilangan orang yang tersayang.

 


Pemergian Nora atas tajaan DS Vida ini turut disertai ibu saudara kepada Allayarham Johan Nawawi dan ahli rombongan lain. Mengucapkan terima kasih kepada DS Vida, Nora berkata dia tidak sangka berkesempatan untuk ke Tahan Suci tahun ini. Ucapan Nora itu disambut dengan doa dari DS Vida agar beliau mendapat umrah yang mabrur.

Kredit foto: Instagram
Umrah Nora kali ini banyak mengingatkan beliau kepada arwah suaminya. Dalam satu gambar yang dimuatnaik, Nora berkata beliau tercari-cari kelibat suaminya di Tanah Suci. Wajah Nora juga dilihat membengkak, mata dan hidungnya merah kerana banyak menangis. 


Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada jemaah wanita dalam rombongan Zainal Kembara yang faham keadaannya serta banyak memebrikannya ketenangan. ‘Walaupun dalam keadaan penuh sesak, kami dapat peluang untuk menunaikan solat hajat, solat taubat dan berdoa sebanyak mungkin dengan penuh ketenangan’ katanya lagi.



Kredit foto: Instagram
"Arwah Johan selalu berpesan untuk menghargai pemberian ikhlas seseorang kecil atau besar, saya hanya mampu membalas dengan berdoa semoga DS Vida diberikan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik, diberkati, dirahmati dan dilindungi setiap masa, berjaya dunia akhirat,"katanya lagi.

Semoga Nora mendapat ketenangan jiwa dari ziarahnya ini. -CARI
21

Bagus
15

Marah
21

Terkejut
18

Sedih
26

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Diann 13-12-2018 11:55 AM
Memang tak tertahan menanggung rindu kepada orang yang telah tiada
Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 11:58 AM
Nora dan arwah Johan Nawawi macam loving sangat kan?

Kalau tak salah 1st and only love dia

Bertemu masa Nora baru menang pertandingan nyanyi dan Johan jadi penerbit album pertama dia tu
Quote wadiunong 13-12-2018 12:05 PM

rindu dekat orang2 tersayang yg dah pegi memang menyakitkan

iols dah rasa & masih terasa sampai bila2.
Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 12:09 PM
Most probably cinta agung macam Nora ni tak akan kawin lagi

My auntie pun ada macam ni,  lepas pakcik aku meninggal muda, dia tak kawin2 lagi walaupun ramai yang melamar

Katanya cintanya belum mati dan masih tak dapat lupakan my late uncle.
Quote Spicymami 13-12-2018 12:35 PM
Alais: satu cara lupa atau kurang kesedihan ialah cari ganti


Betul.. Mungkin x kan sama tapi at least ada tempat menumpang kasih dan meluahkan perasaan..
Quote kuzaime 13-12-2018 12:36 PM
Rindu yg paling sakit, bila kau rindukan org yg telah tiada..kdg2 trnampak org lain yg mungkin gaya jalan, gaya gelak, gaya duduk etc yg sama mcm org yg dh x ada tu, Allahu automatik rasa sesak dada..
Quote nolya 13-12-2018 12:37 PM
wadiunong replied at 13-12-2018 12:05 PM
rindu dekat orang2 tersayang yg dah pegi memang menyakitkan

iols dah rasa & masih terasa sa ...

That's what we call "love made in heaven".  Hanya jasad tak terlihat di mata  tetapi kasihnya bersemadi di dlm hati.  Satu kehilangan yg tidak tergantikan...

Quote nolya 13-12-2018 12:39 PM
Alais replied at 13-12-2018 12:21 PM
satu cara lupa atau kurang kesedihan ialah cari ganti

Semudah itu ke?

Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 12:44 PM
nolya replied at 13-12-2018 12:39 PM
Semudah itu ke?

Bukan nak generalize tp mcm lelaki mudah sikit

Wanita sangat payah
Quote stania83 13-12-2018 12:45 PM
Dugaan utk org yg ada cinta. Utk org yg takde cinta apa ada hal.
Quote chicozinn 13-12-2018 12:51 PM
aduh tetiba nak berair mata meollss kat ofis ni..huwaaaaa..
Quote DARSITA 13-12-2018 01:16 PM


tak habis habis ... move on jer lah. Tak perlu tayang tayang cinta agung tu sangat.


Ni kalau freekey baca harus teruk aii dihencap
Quote tembamgirl09 13-12-2018 01:36 PM
DARSITA replied at 13-12-2018 01:16 PM
tak habis habis ... move on jer lah. Tak perlu tayang tayang cinta agung tu sangat.

senang je cakap kalau tak kena btg hidung sendiri
Quote DARSITA 13-12-2018 01:40 PM
tembamgirl09 replied at 12-12-2018 09:36 PM
senang je cakap kalau tak kena btg hidung sendiri


Bukan tak kena batang hidung .. tapi ini kan ujian dari Yang Esa. Mak aii pergi Haji tak ada pun minta jumpa dgn arwah ayah aii .. elok ada jer Yang Esa bagi dia mimpi jumpa arwah ayah. Mak aii kawin lagi lama dari Nora ni tau. Cover cover lah sikit kehilangan tu. Macam tak ada cerita lain.


Quote kechikchomel 13-12-2018 01:40 PM
macam makcik iolss. arwah husband dia meninggal masa anak dia yg kecik 3 bulan. sekarang anak dia tu dah 20++. makcik iolss tak kawin lain. ada je yg ajak dia kawin, tapi laki tu tak nak anak2 dia.

cousin iolss sorang, umo belum 40. husband meninggal muda. ada 3 anak. siap la jugak orangnya. pun sama jugak. orang nak dia, tapi tak nak anak2 dia. so dia bye2 je lah orang tu
Quote doubleA 13-12-2018 01:47 PM
kalau suami isteri cinta sejati salah seorang pergi dulu, pemergiannya amat dirasai. macam kalau diberi pilihan tu macam nak mati pun bersama. ada makcik iols kenal tu bila bercerita pasal arwah husband, walau dah bertahun2 berlalu memang asyik terkenang, nampak sangat arwah laki baik sangat layan bini
Quote sayang_mulut 13-12-2018 01:49 PM
aku rasa Nora ni jenis 100% depend ngn husband die dulu.. sebab tu jadi macam ni.. nampak tak keruan kot sebab dah hilang tempat bergantung..not a good quality for a woman
Quote putehkundor 13-12-2018 01:54 PM
mcm dah sewel
Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 01:54 PM
sayang_mulut replied at 13-12-2018 01:49 PM
aku rasa Nora ni jenis 100% depend ngn husband die dulu.. sebab tu jadi macam ni.. nampak tak keruan ...

Mungkin juga

Suami tak kasi drive, ke pasar sendiri, bayar bil2 apapun tak pernah

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.251539 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top