CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jajan Kenangan! Yang Mana Menjadi Kegemaran Anda Dulu-dulu?

12-12-2018 10:21 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 26689| Komen: 46|Original author: Oleh: nameera

Description: Rakyat Malaysia dan makanan ringan (jajan) tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi, golongan kanak-kanak sehingga ada yang sanggup menyimpan wang saku hanya kerana ingin membeli jajan selepas waktu ...
Rakyat Malaysia dan makanan ringan (jajan) tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi, golongan kanak-kanak sehingga ada yang sanggup menyimpan wang  saku hanya kerana ingin membeli jajan selepas waktu sekolah. 


Malah, ada juga yang merengek dan menangis hanya kerana inginkan jajan. Begitu juga golongan dewasa, boleh menghabiskan beringggit-ringgit hanya kerana ingin membeli jajan kegemaran. 

Biarlah, disebut "makanan tidak sihat, boleh memudaratkan kesihatan". Namun, tiada siapa peduli. Jajan sudah menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi.



Untuk itu, bukanlah masalah kesihatan yang ingin dibahaskan atau kesan-kesan memakan jajan yang ingin diulaskan. Artikel kali ini hanyalah ingin mengimbau kenangan lalu.  


Adakah anda masih ingat jajan apa yang anda suka suatu ketika dulu? Jom kita lihat antara jajan yang mengimbau kenangan waktu kecil anda. 


Adakah jajan kegemaran anda tersenarai di bawah?


Keropok Tam Tam dan Mimi


Dari kanak-kanak hinggalah dewasa, keropok ini memang menjadi kegemaran. Rasanya masin, manis, lemak secukup rasa dan tidak terlalu berperencah pasti digemari sesiapa sahaja.


Popcorn Durian dan Super Ring


Masih ada yang suka dengan kedua-dua jajan ini?


Nyam-Nyam dan Nini


Kedua-dua jajan ini mempunyai cara makan berbeza. Jika anda pernah memakannya, pasti anda tahu bagaimana hendak memakannya bukan?


 Wafer Krim Coklat Apollo


Selain Kek Apollo. Wafer juga antara paling digemari. Masukkan ke dalam peti sejuk, kemudian nikmatinya ketika sedang sejuk. Terbaik!


Ais Krim Malaysia


Ais Krim Malaysia, kegemaran seluruh rakyat Malaysia.

Ais Krim POP


Selain Ais Krim Malaysia, ini sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak terutama ketika pulang sekolah sesi petang. Namun, kandungan bahan dalam ais krim ini dikatakan boleh menjejaskan kesihatan seperti penyakit buah pinggang.


Ding Dang, JoJo dan TORA


Dapatkan mainan misteri bersama Ding Dang, Jo jo dan TORA. Ia menjadi mimpi ngeri buat ibu bapa suatu ketika dahulu sebelum Kinder Joy memasuki pasaran. Rasa macam budak paling kaya kalau dapat beli Jojo!


Bubble Gum


Antara gula-gula getah kegemaran kanak-kanak. Yang pernah makan, ada rasa macam nak telan ke gula-gula getah ni?  Masam, manis dan lembut. Sedap betul!


Gula-gula Bendera 


Jika dulu, guru meminta membawa bendera Malaysia ke sekolah, pasti ramai kanak-kanak akan membelinya. Sudah habis makan gula-gula, barulah bolehlah kibar bendera.


Gula-gula Udang


Gula-gula lejen! Satu-satunya gula-gula yang mana gulungan plastiknya boleh dimakan. Kanak-kanak sekitar 80 atau 90-an pasti pernah merasai gula-gula ini. Kini, ia masih dijual, namun gulungan plastik yang boleh dimakan sudah tidak tersedia lagi.


Coklat Bento


Coklat susu dengan pelbagai perisa seperti coklat, ros dan kopi.


Coklat Angka 8


Siapa pernah jadikannya kaca mata atau topeng mata?


Haw Flakes


Haw Flakes masih wujud hingga kini. Namun, ramai yang membelinya sebagai bahan tamabahn untuk membuat kek atau biskut.


Coklat Lucky Cocoa Ball


Ada yang masih ingat bagaimanakah rasanya coklat ini?


Choki-Choki


Choki Choki masih menjadi kegemaran sesiapa sahaja sehingga ke hari ini.

HACKS


Kini Hacks mempunyai pelbagai perisa. Namun penulis masih sukakann HACKS bungkusan putih. HACKS, "Hanya Aku Cinta Kau Seorang". Untu anda pula, apakah maksud HACKS untuk anda?


NANO


"Nano....nanonanano..." Masih terngiang-ngiang lagu NANO! Suatu ketika dahulu, Nano sering juga diiklankan di kaca televisyen.


Biskut Ice Gem


Biskut lejen untuk anda yang tidak pernah mencubanya. 

MAMEE


Dari keropok hinggalah dijadikan mi segera. Namun, penulis lebih menggemari keropok Mamee. Siapa setuju?

Gula-gula Tapak Kaki, Push Pop dan Sagun


Boleh dkatakan antara jajan kegemaran setiap kanak-kanak. 


Apa kata anda? Adakah jajan kegemaran anda disenaraikan? Adakah jajan disenaraikan berjaya mengimbau zaman kecil anda? Jom kongsikan! Barangkali ada cerita melucukan yang terjadi di saat anda sedang menikmati jajan kesukaan anda. - CARI
9

Bagus
13

Marah
21

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 12-12-2018 10:36 AM
My favourite

Super ring
232155qgb9s1nuewywgzyw.jpg

232447pf3j2p2jjg5uupg5.jpg
Iced gem

220914ic7gcx9mxc9qox7q.jpg
Haw flakes

232732x747oyd3slstdoo7.jpg
Mamee

220637utt776f9iyri1l74.jpg
8 candy
Quote noorhairiahma 12-12-2018 10:36 AM
semua i pernah makan.
Quote Sang_Pencinta 12-12-2018 10:43 AM
Best! Teringat zaman kanak2
Quote pooh~key 12-12-2018 10:51 AM
Fav akak jenis yang kena kulum2 dekkk... chupa chups da best dekkkk! Perisa cherry somemore dek!
Quote dekmieDandy 12-12-2018 10:57 AM
waktu kecik dulu selalu beli nama J.J. tu, dalam tu ada mainan

tiap kali keluar series mainan baru terus serbu kedai runcit
Quote kucingitam 12-12-2018 10:59 AM
kenangan betul..tapi sekarang tak bagi anak makan...hahah...dunia mmg tak adil kan...ahahah
Quote fushimi 12-12-2018 11:03 AM
jajan ni semua masih ada jual tapi rasa macam tak sama macam dulu
Quote makbedah 12-12-2018 11:20 AM
fushimi: jajan ni semua masih ada jual tapi rasa macam tak sama macam dulu


I pun rasa dia macam kurang sikit. Mungkin byk bahan dah dikurangkan since dah mahal tapi harga jajan ni tak naik banyak.
Quote mawar_mustika 12-12-2018 11:25 AM
tora dtg lagi
Quote bawangkecik 12-12-2018 11:33 AM
super ring skrg tak lemak macam dulu dah, macam ada yang kurang tapi still ketagih gak nak makan
Quote Orgkgdukobesi 12-12-2018 11:41 AM
Wah...semuanya pernah dimakan semasa zaman kanak kanak dulu. Nostalgia sungguh
Quote moonbug 12-12-2018 11:46 AM
Nini cokolat celup, celup celup
Nini cokolat celup, celup celup

Lagu legend
Quote moonbug 12-12-2018 11:46 AM
Favorite mestilah Coki-Coki dengan popcorn durian
Quote yayangmama 12-12-2018 12:29 PM
jajan mimi, gula2 bento, sy pggil gula2 susu...tp jajan mimi tu da lain da plastik dia...

lagi satu coklat crispy..masih ada tp dah tak sesedap dulu...huhuhu

lagi 1 biskut nenas, dlm ada jem wane merah...tapi skarang pon da tak dapat nak rasa mcm dulu2
Quote leyassi 12-12-2018 01:22 PM
rajin pegi kedai ngn adik dlu. bawak bape posen je, nk beli jajan. hehe. gula2 udang tu legenddd tuu. best gileee. hahhaa. skg dkt ofis ada org jual aiskrim malaysia. so xdela rindu sgt. mls nk buat senirik so beli je. sebatang 50 sen perisa unik2. choki2 la. sumi la. hahaa.
Quote Megikari 12-12-2018 01:31 PM
Semuaaaaa tu i suka. Hasilnya mendapat la body bam2 sejak akil baligh hahah.

Ada 1 lagi yg legend. Chikadees ke apa tah nama dia. Sedapnye lahai
Quote allysumc 12-12-2018 02:52 PM
choki choki dlu rasa coklet nya setaraf cadbury..skrg x brp nk ada rasa coklet
Quote tikusmontok 12-12-2018 02:53 PM
kecik2 dulu makan yg atas jer. yg bwh bg abg/kakak


232447pf3j2p2jjg5uupg5.jpg (23.08 KB, Downloads: 0)
Download  Save to the album
12-12-2018 10:35 AM Upload




Quote saviour_09 12-12-2018 03:01 PM
all of the above
kecuali hacks

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.101589 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top