CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mahu RM420k? Syarikat Ini Cabar Anda Hidup Tanpa Telefon Pintar Selama Setahun

13-12-2018 10:36 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6165| Komen: 36|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Bolehkah anda hidup tanpa telefon pintar selama sehari? Bagaimana pula kalau setahun?
Bolehkah anda hidup tanpa telefon pintar selama sehari? Bagaimana pula kalau setahun?



Kredit foto: Giphy


Jika ya, syarikat produk minuman terkenal, Vitamin Water ingin mencabar anda untuk melakukannya! 

Syarikat itu baru-baru ini, mendedahkan cabaran dengan ganjaran ASD100,000 (RM420,000) untuk sesiapa yang dapat hidup tanpa telefon pintar selama 365 hari.


Kredit foto: Twitter

Mereka yang berminat untuk menyertainya bolehlah berkongsi kenapa anda ingin menyahut cabaran itu dan meletak hashtag #nophoneforayear dan #contest sama ada di Instagram atau Twitter masing-masing.


Kredit foto: Twitter 

Vitamin Water akan memilih seorang peserta yang akan diarahkan untuk menggantikan telefon pintar mereka dengan sebuah telefon lama era 2000 yang hanya mampu mendail dan menerima panggilan tanpa sebarang fungsi pintar lain. 

Sekiranya peserta tersebut berjaya melepasi tahap enam bulan, beliau akan menerima ASD10K (RM42,000) dan jika berjaya melepasi setahun, maka dia akan diberikan ganjaran penuh ASD100,000 (RM420,000)!


Kredit foto: The Sun
 
Penyertaan mula dibuka pada 11 Disember 2018 dan ditutup pada 8 Januari 2019. Anda hanya boleh memuat naik pernyertaan maksimum sebanyak empat kali. 

Vitamin Water bagaimanapun tidak memberikan keterangan penuh bagaimana mereka akan memantau peserta terpilih daripada menggunakan telefon pintar secara curi-curi. 

Walau bagaimanapun, sumber memberitahu ujian pengesan penipuan (lie detector test) mungkin akan digunakan.


Kredit foto: TipHero 

Rasanya, masih adakah orang yang mampu menyahut cabaran RM420,000 ini dan hidup seperti era sebelum tahun 2000? - CARI.
17

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 13-12-2018 10:47 AM
Hakak ok aje. Janji dapat duit ganjaran itu.
Quote BungaCitra 13-12-2018 10:50 AM
Wow,rasa mcm terpanggil je,,
Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 10:52 AM
Rasanya saya pasti gagal,  nak appointment macam mana? Nak cari lokasi? Share info ...?

Tapi ada seorang office mate yang masih guna phone Sony Ericsson lama walaupun gaji hampir 5 angka dan boss dah berulang kali warning kerana selalu lambat dapat info terkini
Quote huehue 13-12-2018 11:20 AM
420k for a year? Macam sikit je. Imagine the loss that person hadap kalau bisnes dia jota-jota-hello-tan-sri-macam-mana-dgn-projek-kita tapi lambat dapat info.

Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 11:22 AM
huehue replied at 13-12-2018 11:20 AM
420k for a year? Macam sikit je. Imagine the loss that person hadap kalau bisnes dia jota-jota-hello ...

Kan? Cannot imagine how messy my life would be.

Mungkin untuk yang belum bekerja atau tidak guna smartphone sesuai ni

Tapi itulah kot cabarannya, mungkin komeni ini akan pilih yg seseorang 'ada peluang besar gagal' supaya tak perlu bagi hadiah
Quote haryatie 13-12-2018 11:32 AM
x tercapai di akal aku nk join
boring nya hidup aku..
pdhal dulu2 xde pun tipon bagai ni..
mati kutu aku...
Quote Clan204 13-12-2018 11:40 AM
Xblh pakai smart phone je kan... Pc ke laptop blh tak?
Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 11:41 AM
Clan204 replied at 13-12-2018 11:40 AM
Xblh pakai smart phone je kan... Pc ke laptop blh tak?

PC dan laptop boleh, smartphone je tak boleh
Quote Clan204 13-12-2018 11:44 AM
Sang_Pencinta replied at 13-12-2018 11:41 AM
PC dan laptop boleh, smartphone je tak boleh

Hahaha cam nh senang je lah...
Quote Iema5008 13-12-2018 12:00 PM
Sang_Pencinta: PC dan laptop boleh, smartphone je tak boleh

Kalau pc dan laptop boleh... Yess aku boleh jah kalau 1 juta usd d tawarkan.. Install webwhatapps dan segala2 kat laptop...

Aku ada sorang kawan msa kerja dlu d KL... agak buaya tapi tak dapat d kesan oleh bini sebab semua jenayah cintan cintun msg dia dalam laptop. Install bluestack kat laptop. Hp satu khas utk awek dia sembunyik dalam drawer tmpt kerja... Num pun num khas utk awek dia. Nak cari dia utk official dia akan bagi num hp yg bini dia tau. Lepas tu guna hp pun nokia yg lama.. C3 ka C5.. Xpasti jenama apa... Apapun, x da smartphone mmg aku x boleh hahaha kcuali dia bg aku sjuta..
Quote blinkmos 13-12-2018 12:02 PM
nak join la..
skang pun guna sms je.. sebab free sms utk semua rangkaian..
malas buka wasap dan malas on data.....
Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 12:04 PM
Iema5008 replied at 13-12-2018 12:00 PM
Kalau pc dan laptop boleh... Yess aku boleh jah kalau 1 juta usd d tawarkan.. Install webwhatapps  ...

Gigihnya berskandal

Kalau laptop rosak kena baiki macam mana? pecah rahsia
Quote saviour_09 13-12-2018 12:04 PM
marhaen macam aku ni keja makan  gaji
sanggup je
as long as ada nokia 3310 the incredible hulk tu pun dah wokeyyy
senang nak contact family je pun

eh kat mana nak join ni?

Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 12:04 PM
blinkmos replied at 13-12-2018 12:02 PM
nak join la..
skang pun guna sms je.. sebab free sms utk semua rangkaian..
malas buka wasap dan ma ...

Boleh tahan ke? Tak dapat gambar terkini

Tak boleh membawang
Quote Sang_Pencinta 13-12-2018 12:06 PM
saviour_09 replied at 13-12-2018 12:04 PM
marhaen macam aku ni keja makan  gaji
sanggup je
as long as ada nokia 3310 the incredible hulk tu ...

Ada twitter atau instagram?

Buat posting kenapa kamu mau join, macam kat atas tu dengan hastag sekali

Kalau terpilih kompeni ni akan kontek
Quote Iema5008 13-12-2018 12:07 PM
Sang_Pencinta replied at 13-12-2018 12:04 PM
Gigihnya berskandal

Kalau laptop rosak kena baiki macam mana? pecah rahsia

Pecah lobang la klau tpksa repair kan... Apapun awek dia pun dh x contact dia dah...
Letih brrcinta dgb org hipokrit. Depan bini x reti apa itu fb atau whatapps.. Tp dlm lappy siap install bluestack n nmpk khusyuk msa kerja...

Moral cerita ; jgn d sangka manusia x guna smartphone itu jujur dan x buaya hahahaha
Quote EncikRhoma 13-12-2018 12:09 PM
huehue replied at 13-12-2018 03:20 AM
420k for a year? Macam sikit je. Imagine the loss that person hadap kalau bisnes dia jota-jota-hello ...

orang yg dah ada bisnes juta2 tak hadap pun nak join contest ni. Rakyat marhein gaji rm1500 ke bawah boleh la join
Quote saviour_09 13-12-2018 12:19 PM
Sang_Pencinta replied at 13-12-2018 12:06 PM
Ada twitter atau instagram?

Buat posting kenapa kamu mau join, macam kat atas tu dengan hastag  ...


ada pesbuk & porum ni jeee pun
takpe la sekadar memerhati di pinggiran je la
Quote UMMI_MAI 13-12-2018 12:21 PM
Iema5008 replied at 13-12-2018 12:00 PM
Kalau pc dan laptop boleh... Yess aku boleh jah kalau 1 juta usd d tawarkan.. Install webwhatapps  ...

Huhuhu... sungguh berusaha keras utk menipu... gilo



Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.231151 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top