CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

'Pakcik Bawang' Caprice Hadiahkan Banglo 3 Tingkat Untuk Ibunya, Netizen Yang Mengata Tu?

18-12-2018 10:46 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11300| Komen: 25|Original author: Oleh: Azza

Description: Dek kerana komennya yang pedas terhadap isu semasa serta perangai segelintir artis, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli,30 sering dilabelkan sebagai 'pakcik bawang' dan suka jaga tepi kain orang. ...



Dek kerana komennya yang pedas terhadap isu semasa serta perangai segelintir artis, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli,30 sering dilabelkan sebagai 'pakcik bawang' dan suka jaga tepi kain orang. Disebabkan itu, Caprice dilihat meredakan situasi tersebut dengan tidak lagi memuat naik status panas walaupun diminta mengulas isu tertentu.

Namun, tidak dinafikan dalam masa sama, Caprice juga sebenarnya banyak membawa pengaruh positif terhadap pengikutnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Terbaharu Caprice sekali lagi dipuji para pengikutnya apabila menghadiahkan banglo tiga tingkat kepada ibu bapanya untuk didiami bersama neneknya. Menariknya ialah Caprice membuat kejutan seolah-olah ibu bapanya sekadar melihat-lihat rumah tersebut tanpa menyedari yang rumah itu sudah dibeli sebagai hadiah kepada mereka berdua.



Dalam video tersebut juga Caprice menjelaskan yang dia sudah menyimpan hasrat tersebut sejak lapan tahun yang lalu lagi dan kini baru hasratnya tercapai dengan menjual separuh Bang Bang. Caprice juga meletakkan gambar keluarga mereka di ruang tamu dan pastinya apabila ibu dan bapanya melihat, pasti tersenyum kegembiraan.

Ternyata dalam video kedua yang dikongsikan di Instagram, ibunya terkejut melihat gambar mereka sekeluarga di dalam rumah tersebut dan Caprice menjelaskan itu adalah rumah ibu dan bapanya lalu menghulurkan kunci. Ibunya juga dilihat mencium Caprice tanda terharu.


Dengan kapsyen 'Jaga Ibu and Get Shit Done' membuatkan pengikut Caprice terinspirasi dan mahu mengikut jejak langkah Caprice satu hari nanti.

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG


Caprice mungkin 'pakcik bawang' tetapi dia juga mendorong anak-anak muda meneroka sesuatu yang diluar kebiasaan mereka seperti mereka aplikasi dan mendekatkan antara golongan korporat dengan anak muda. Ambil sahaja yang positif. Anda pula bagaimana? - CARI 
8

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 18-12-2018 10:52 AM
Dah rezeki dia.. Hayooooo
Boleh tak jadi rajin, jangan buat berita copy paste instagram?
Quote fazamania 18-12-2018 11:13 AM
besarkecik replied at 18-12-2018 10:52 AM
Dah rezeki dia.. Hayooooo
Boleh tak jadi rajin, jangan buat berita copy paste instagram?

Biarlah dia nak copy paste dari instagram pon. Mcm iols ni mana ada instagram.. So ada pekdah gak lah utk org yg mcm iols xde insta ni

  
Quote Orix 18-12-2018 11:21 AM
Dia ni kaya sbb bisnes mengaji.com tu ke??? Acane dia collect revenue??
Quote ell768 18-12-2018 11:33 AM
bahagiakan makpak ni makin bertambah2 laa rezeki dia..
Quote kroit92 18-12-2018 11:33 AM
bestnya dapat bagi hadiah kat parents

kalau aku bagi parents aku, mau sebakul kena marah
masing2 sakit lutut takleh panjat tangga
lepas tu complain takde swimming pool dengan garden
Quote besarkecik 18-12-2018 11:38 AM
fazamania replied at 18-12-2018 11:13 AM
Biarlah dia nak copy paste dari instagram pon. Mcm iols ni mana ada instagram.. So ada pekdah gak  ...

Ok have fun kakak..
Quote mieymiey 18-12-2018 11:43 AM
Benda baik, kita puji. Yedak?
Tapi mamat ni memang takleh pakai cap leklok ker?
Quote bakingsoda 18-12-2018 04:02 PM
bangbang tu natang ape? singkatan baWAngbaWAng ke
Quote ihtisyam1 18-12-2018 04:07 PM
Bagus la gembirakan hati mak..... makin bertambah tambah rezeki

Moga anak ai pun camtu oneday..... bahagikan hati ai (tak semestinya beli benda mahal)
Quote Minami2013 18-12-2018 05:06 PM
Orix replied at 18-12-2018 03:21 AM
Dia ni kaya sbb bisnes mengaji.com tu ke??? Acane dia collect revenue??

Rasa mcm die ade bisnes lain termasuk menjadi pakcik bawang komen isu2 artis
Quote Minami2013 18-12-2018 05:07 PM
Anyway, suke tgk artis yg berjaya then share dgn parents/family...
Quote LadyCarefree 18-12-2018 05:51 PM
Orix: Dia ni kaya sbb bisnes mengaji.com tu ke??? Acane dia collect revenue??


Kawan saye kate ni gempak sj. Tngok perabot & katil dlam rumah tu.
Quote unoryah 18-12-2018 05:52 PM
kita pun sama
suka tengok artis berjaya dan tak lokek dengan parents
Quote MummySafa 18-12-2018 09:06 PM
Part xlokek ngn parent tu boleh dicontohi..
Quote pai.kacang 19-12-2018 09:43 AM
alhamdulillah.. happy fammily dia.
Quote puanbintang 19-12-2018 09:47 AM
walaupun kadang rasa tak berkenan cara dia tapi alhamdulilah, rezeki dia berkongsi kesenangan dan membahagiakan keluarga
Quote jin_lampu 19-12-2018 12:17 PM
"jaga ibu and get the shit done"

ko siapkan taik pebenda keprais...
Quote Aunty_Acid 19-12-2018 01:57 PM
ada jer retis popular yang bagi hadiah rumah pada emaknya tapi tak ada la nak show off mcm topinasi
Quote annehuda 19-12-2018 02:37 PM
caprice ni bkn ke parents die duta? siap penah tggl kt paris brape tahun ke?

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.221458 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top