CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pete Davidson Nak Bunuh Diri Kerana Tekanan Melampau?

18-12-2018 10:31 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3416| Komen: 8|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Nampaknya, pelakon komedi Pete Davidson, 25, mantan kekasih kepada penyanyi Ariana Grande berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga memuat naik status yang mengejutkan di Instagramnya.
Nampaknya, pelakon komedi Pete Davidson, 25, mantan kekasih kepada penyanyi Ariana Grande berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga memuat naik status yang mengejutkan di Instagramnya.


 
Kredit foto: E! News

"Saya tidak mahu lagi hidup di dunia ini," tulis Davidson pada Sabtu lalu. 

Satusnya itu berikutan cemuhan yang diterimanya di Twitter selepas cuba mempertahankan penyanyi rap Kanye West yang disindir bekas tunangnya, Ariana kerana mengidap penyakit mental.

 
Kredit foto: Instagram


"Saya sudah cuba, tapi tidak tahu berapa lama lagi saya dapat bertahan. Saya hanya ingin membantu orang lain, tetapi mendapat balasan seperti ini," katanya sebelum memadamkan akaun Instagramnya sama seperti saat beliau putus tunang dengan Ariana dahulu.

 
Kredit foto: Slate.com

Membaca status terdesak nya itu, beberapa sahabat Davidson seperti pelakon Machine Gun Kelly dikatakan telah menenangkannya. 

"Saya dalam perjalanan ke rumah Pete, saya mahu pastikan dia dalam keadaan baik. Dia tidak boleh berada dalam keadaan seperti sekarang," kata Kelly. 

Manakala, pelakon Jada Pinkett Smith berkata, "Pete, cuba bertahan, dapatkan bantuan."

Beberapa minit sebelumnya, Davidson yang pernah mengidap tekanan mental memuat naik kenyataan mempertahankan Kanye West. 

 
Kredit foto: E! News

"Tahniah kepada Kanye West yang mempertahankan dirinya daripada stigma penyakit mental, penyakit yang sangat sukar dan menakutkan. Kita memerlukan ramai sepertinya.

"Ia sangat menjijikan kerana masih ada yang menjadikannya lawak jenaka," katanya merujuk kepada status Twitter Ariana sebelumnya yang seakan-akan mempersendakan keadaan Kanye West. 

Sejurus itu, Davidson mendapat beribu-ribu serangan balas daripada peminat Ariana.

Mungkin lebih sesuai buat Pete Davidson dan Kanye West untuk menjauhkan diri daripada media sosial yang toksik buat sementara waktu dan dapatkan rawatan sewajarnya. - CARI
 
8

Bagus
11

Marah
18

Terkejut
16

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 18-12-2018 11:12 AM
Sudah jatuh ditimpa tangga si Pete ni

Dah putus dgn Ariana, kena kutuk beramai2 pula
Quote buragazz 18-12-2018 11:14 AM
Lemah nye mental.. sama la ko ngan Kanye tu.. dia tak bunuh diri ko pulak yang loghat...
Quote Ketypurry 18-12-2018 11:22 AM
Sang_Pencinta: Sudah jatuh ditimpa tangga si Pete niDah putus dgn Ariana, kena kutuk beramai2 pula


Orang kutuk dia sebab apa?
Quote Sang_Pencinta 18-12-2018 11:28 AM
Ketypurry replied at 18-12-2018 11:22 AM
Orang kutuk dia sebab apa?

Ariana berselisih dengan Kanye West

Pete ni, ex-bf Ariana sokongh Kanye West

Peminat Ariana serang Pete
Quote Artemesiaa 18-12-2018 11:46 AM
Risko bila jadi terkenal silap langkap pasti teruk dikutuk ramai
Quote Spicymami 18-12-2018 01:58 PM
Ahaha nasibla nok bertunang dan diputus tunang hanya sbb nk bubuh nama ko dlm lirik lagu thank u nextttt  
Quote putehkundor 18-12-2018 02:20 PM
at least skrg nama pete dah tersohor, rating snl pun mencanak naik
Quote gideoncross 2-1-2019 07:49 PM
putehkundor replied at 18-12-2018 02:20 PM
at least skrg nama pete dah tersohor, rating snl pun mencanak naik

Hasil brcouple dgn pompuan femes.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050874 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top