CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Demam, Satu Nikmat Yang Besar

19-12-2018 05:35 PM| Diterbitkan: Hazwanrais| Dilihat: 3360| Komen: 9|Original author: Oleh: Hazwan Rais

Description: demam satu perkara biasa yang dialami oleh manusia .bagaimana seseorang manusia perlu bersangka baik terhadap musibah diberi.kesabaran dan kecekalan perlu dititikberatkan agar kita mampu menjadi satu ...
Penyakit demam ini tidak asing lagi sebagai manusia ianya seolah-olah menjadi satu penyakit yang wajib setiap manusia mengalaminya. Berbagai-bagai jenis demam yang dikategorikan oleh para saintis.


Antaranya, demam panas dan demam denggi. Namun sejauh manakah pengetahuan kita terhadap penyakit tersebut? Demam merupakan satu penyakit yang terjadi apabila antibody yang sedia ada tak mampu lawan virus yang datang.

Oleh itu,darah putih menghasilkan lebihan antibody untuk lawan virus tersebut supaya badan kembali sihat.Perkara ini terjadi apabila individu tersebut mengabaikan terhadap perkara rutin seharian. Contohnya,tidak membasuh tangan sebelum makan, tidak mencuci bahan-bahan sebelum memasak dan bermain tempat-tempat yang kurang bersih.



Namun penyakit demam ini juga disebabkan oleh jangkitan kuman dari masyarakat sekeliling. 

Melihat dari sudut pandangan Islam, demam ini merupakan satu nikmat yang besar terhadap yang Allah berikan. Hal ini kerana, banyak sudut positif yang boleh kita ambil terhadap penyakit demam tersebut. Di mana kita diuji oleh Allah maka di situ kita sedang dipandang oleh sang pencipta.

Dalam masa yang sama juga, demam ini adalah satu ujian ataupun dugaan untuk kita hadapi dalam menjalankan rutin harian. Hal ini kerana, ganjaran bagi orang yang sedang diuji itu Allah akan mengangkat darjatnya. Namun apakah nikmat paling besar ketika penyakit demam itu berlaku? 

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata Sesungguhnya Rasulullah pernah menziarahi orang sakit. Baginda lalu bersabda: Bergembiralah, Sesungguhnya Allah berfirman: (Demam) ini adalah api-ku yang aku timpakan kepada hambaku yang beriman di dunia agar menjadi penawar baginya untuk api neraka di hari kiamat.

Riwayat Ahmad,Ibn Majah dan al-Bayhaqi dalam Syuab-Al Iman

 
Jelaslah bahawa, antara nikmat yang paling besar iaitu ianya merupakan penawar di hari kiamat kelak. Para ulama memberi tafsiran, sesiapa yang demam di dunia maka ringan azabnya di akhirat kelak. Namun ada segelintar umat Islam ada yang berpeluh sehingga tenggelam dirinya dengan peluh dirinya sendiri.

Hal ini kerana,di dunia, mereka langsung tidak berkeringat mengerjakan ibadah Allah malah bersenang lenang seolah-olah dunia ini tempat yang kekal. Sesiapa yang berpeluh dan bersusah-payah sehinggakan penyakit demam ditimpa olehnya maka dia akan peroleh kesenangan dan ianya menjadi penawar baginya.

Imam Ghazali di dalam kitabnya iaitu Ihya Ulumuddin, beliau berkata, sesiapa yang tidak berpeluh ketika di dunia maka dia akan berpeluh di akhirat. Bergembiralah kata Allah kepada sesiapa yang menimpa penyakit demam kerana ianya penawar di akhirat kelak.

Foto Carian internet
Seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W iaitu Ubai bin Kaab, apabila beliau mendengar fadhilat hadis berkenaan beliau berasa sungguh teruja. Maka beliau pulang, dan meminta agar demam hari-hari.

Beliau berdoa "Ya Allah, Sesungguhnya penyakit demam itu penawar maka dengan itu Ya Allah kau timpakan aku penyakit demam ini dan tapi jangan sesekali asbab penyakit ini aku lalai dalam ibadah."

Demikianlah doa seorang para sahabat ketika mendengar fadhilat hadis ini. Kemudian itu, ketika sahabat yang lain ingin berjabat tangan dengan Ubai Bin Kaab maka terasa bahang kepanasan di tapak tangan akibat penyakit demam. 

Kesimpulanya, penyakit demam satu ibrah dan pengajaran supaya kita mengambil iktibar bahwa kita hanya seorang hamba. Dialah yang menciptakan alam dan Dia jualah yang mentadbiran mengikut aturan mengikut kehendaknya.

Kita sebagai manusia haruslah bersyukur terhadap nikmat mahupun ujian Allah beri. Percayalah setiap kesenangan pasti ada kesusahan dan setiap kesusahan pasti ada kesenangan. - CARI 
14

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 19-12-2018 06:47 PM
Tq for the article.
Tp mcm slh bod je
Quote Meiizu 19-12-2018 08:21 PM
noraidil_06 replied at 19-12-2018 06:47 PM
Tq for the article.
Tp mcm slh bod je

Cinta kepada ALLAH sis


Quote ninja boy 19-12-2018 08:28 PM
Makan garlic banyak, dlm masakan bubuh garlic, makan buah2 Dan sayur hari2. Selesema kurang menjengah
Quote noraidil_06 19-12-2018 08:48 PM
Meiizu replied at 19-12-2018 08:21 PM
Cinta kepada ALLAH sis

Baiklah.
Dgn penuh tawaduk sis menerima.
Quote dreamdaddy 19-12-2018 10:41 PM
dapat cuti mc sebab demam kira nikmat juga tu kan. gituu

tapi iols kalau demam kadang2 tu sekali dengan sakit kepala kuat, batuk, selsema. letih sikit lah kena ulang alik ke toilet nak buang kahak hingus semua..
Quote meklalala 20-12-2018 01:31 PM
kalau demam cinta ini baru bod yang betul cik tt

btw thanks for the info
Quote kiyudi 20-12-2018 03:55 PM
ayah ku ckp dmam terjadi bila kita di datangi perempuan berselubung hitam

xthu ayah bergurau ke apa.....lupa nk tnya...ms ayah ckp, sis kecik lg...
Quote BlueRose99 20-12-2018 04:27 PM
Demam atau sakit.. penghapus dosa2 kecil.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.234479 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top