CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dua Kali Tangguh Kahwin, Idris Khan Akhirnya Melutut Lamar Kekasih Di Korea

20-12-2018 12:57 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13403| Komen: 49|Original author: Oleh: Saiful

Description: Mesti wanita di luar sana cemburu melihat betapa romantisnya Idris Khan melamar kekasihnya Sanaa Jeljalane, 27, berlatar belakangkan istana lama, Istana Gyeongbokgung dan Gunung Bugaksan di Korea Sela ...
Mesti wanita di luar sana cemburu melihat betapa romantisnya Idris Khan melamar kekasihnya Sanaa Jeljalane, 27, berlatar belakangkan istana lama, Istana Gyeongbokgung dan Gunung Bugaksan di Korea Selatan.


Kata pelakon ini, lamaran tersebut adalah sebagai kejutan buat kekasihnya yang berasal dari Maghribi, sekali gus menjadi memori indah sebelum mereka sah bergelar suami isteri.


"Sanaa jenis tak suka membazir. Dari awal lagi dia cakap tak nak majlis bertunang, nak terus nikah saja. Sebolehnya dia nak berjimat.

"Disebabkan itu, saya rancang untuk melamarnya sekali gus memberikannya kejutan. Sekurang-kurangnya ada juga momen manis yang boleh diingati sebelum kami melangsungkan pernikahan nanti.

Foto: IG Idris Khan
"Simboliknya, lamaran itu dibuat dalam kawasan istana di mana raja-raja pernah berkahwin. Bagi saya, ini sesuatu yang sangat bermakna untuk kami. Saya dapat lihat matanya berkaca apabila dilamar," katanya kepada Harian Metro.

Idris, 30, atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan memberi Sanaa cincin bertatahkan berlian.

Walaupun sudah dua kali menunda perkahwinan,  dia masih belum memutuskan sama ada akan melangsungkan pernikahan di kampung kekasihnya atau di Malaysia.



"Selepas melamar kekasih di sana, saya terus maklumkan keluarga. Memandangkan saya baru sampai ke tanah air semalam, jadi baru kami boleh duduk berbincang mengenai majlis pernikahan.

"Macam dikatakan, kami akan terus nikah. Kalau ikutkan saya merancang nak buat tahun depan. Saya berharap majlis kali ini menjadi kenyataan selepas ditunda dua kali.


"Majlis nikah akan diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan kenalan rapat kedua belah pihak saja. Bagaimanapun, saya tetap akan uar-uarkan kepada rakan media sekiranya sudah ada sebarang ketetapan mengenai majlis ini." -CARI
11

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 20-12-2018 12:58 PM
Owh, baru 1st time melamar ke camne ni?
Quote ad_hoc79 20-12-2018 01:02 PM
rambut menutup kucupan comolot
Quote buapakperut 20-12-2018 01:05 PM
teringat hubby masa bujang, tgh kiteorang duduk2 makan nasi campur bajet dia tanya,bila kita nak kawen? iols cakap ntah , ikut ah. 6 bulan pastu kiteorg nikah. tiber ....
baguslah chouls kahwen dah, jangan ikut macam bang kembar bangla sorang tu, sabar jela tunang heshe
Quote clarizsa 20-12-2018 01:06 PM
Cantik
Tahniah
Wpun nampak gedik2 ahhahaha
Quote pitera 20-12-2018 01:08 PM
mcm muka atisha khan, adik neelofa
Quote pooh~key 20-12-2018 01:09 PM
Tahniah ya dek.
Quote cekgihani 20-12-2018 01:29 PM
Cekci masa pakai singlet itam. Tau plk dia tutup
Quote mieymiey 20-12-2018 01:33 PM
Hot gf Idris ni, lebih kurang dengan bini Ammar.
Memang jauh tinggal Tikoh yang bermuka melayu.
Bini 2 orang mamat ni urban giler, muka-muka arab.
Quote melinda_kerr 20-12-2018 02:05 PM
mieymiey replied at 20-12-2018 01:33 PM
Hot gf Idris ni, lebih kurang dengan bini Ammar.
Memang jauh tinggal Tikoh yang bermuka melayu.
Bi ...

Tikoh pun dah dgn awie rafael kan
Quote blue^panther 20-12-2018 02:15 PM
Tanak tunang nak jimat, nikah terus. Aku nasihatkan kalau nak jimat sangat balik2 terus gi nikah kt pejabat agama, dh tarap wajib nikah dah tu. Selamba jer kau nk comolot kan...
Quote kakyungpilah85 20-12-2018 02:20 PM
elok la tu gf ko pon rilek je belanja tek selambak yg xwape nak wow tu..
Quote mieymiey 20-12-2018 02:30 PM
melinda_kerr replied at 20-12-2018 02:05 PM
Tikoh pun dah dgn awie rafael kan

Haah chuols, dah tunang dah kan.
Quote meow_tompok 20-12-2018 02:35 PM
in real life, kita nampak mcm biasa2 je
kalau babak ni masuk kat drama korea... dah kembang kuncup sweet potong kaki je tengok

anyway tahniah. semoga apa yg dirancang terlaksana.
Quote mirandanicky1 20-12-2018 03:02 PM
Elok lah deris ko nikah kasi halal pastu sukati la ko nk comolot smpi lebam. Korang rasa dah kawin belum dua org nih? Hihi.
Quote sheqim 20-12-2018 03:02 PM
amboi siap comolot lagi amboi sangat amboi
Quote putribatrisya 20-12-2018 03:04 PM
sexy namatey. tp lawa
Quote zuriey 20-12-2018 03:07 PM
meloyot je tetek
Quote nishikido 20-12-2018 04:58 PM
buapakperut replied at 20-12-2018 01:05 PM
teringat hubby masa bujang, tgh kiteorang duduk2 makan nasi campur bajet dia tanya,bila kita nak kaw ...

Sekurangnya sis tahu bila nak kawen..mase time iolls,bf datang beraya..pastu tinggal kejap he kat depan borak dengan ayah ..pastu he balik mak ayah senyum2.tetiba gitaw bulan depan rombongan bf nak datang..siap pesan siapkan apa yg patut tuk majlis tunang.biru muka sis..
Quote shania88 20-12-2018 05:33 PM
buapakperut replied at 20-12-2018 01:05 PM
teringat hubby masa bujang, tgh kiteorang duduk2 makan nasi campur bajet dia tanya,bila kita nak kaw ...

hahahahahaha

sempoi je uols dgn husband uols

rock betulll

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.073293 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top