CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Anakku Bukan Anakku' - Lebih 20 Tahun Ditipu Isteri

21-12-2018 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8328| Komen: 57

Description: Seorang lelaki warga Turki dikhianati dan ditipu isterinya sepanjang lebih 20 tahun usia perkahwinan mereka.
Seorang lelaki warga Turki dikhianati dan ditipu isterinya sepanjang lebih 20 tahun usia perkahwinan mereka.

Memetik Hurriyet Daily News, Necdet C, 45, menyedari bahawa tiga anaknya sebenarnya hasil perhubungan sulit isterinya dengan lelaki lain.



Foto: Hurriyet Daily News

"Sepanjang hidup saya ditipu isteri sendiri," kata tukang pastri itu.

Katanya, wanita itu bukan saja curang, malah memperdaya Necdet untuk membelikan sebuah apartment baru untuknya.

Difahamkan, lelaki itu telah memfailkan cerai isterinya yang hanya dikenali sebagai İlkay Y, 37.

Lebih menyedihkan, wanita itu melarikan diri bersama kekasihnya dipercayai bapa kandung kepada ketiga-tiga anak mereka ke Istanbul pada enam tahun lalu.

İlkay juga memberitahu Necdet bahawa dia tidak boleh mendapatkan hak penjagaan anak memandangkan dia bukan bapa kandung mereka dan ujian DNA juga mengesahkan mereka bukan anak kandungnya.

"Saya bekerja lapan jam sehari, manakala isteri saya hanya tinggal di rumah. Saya rasa dia berlaku curang ketika setiap kali dia kononnya mengunjungi rumah bapanya," katanya.

Menurutnya, sejak melarikan diri dengan anak mereka pada enam tahun lalu, İlkay sering 'mengubah alamat' untuk mengelak daripada dijejaki Necdet.

"Saya menemaninya di hospital ketika dia melahirkan mereka. Malah, saya membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Saya yang menghantar mereka ke sekolah.

"Tetapi, kini saya dapati hidup saya hanyalah satu penipuan," ujarnya.

Tambahnya, dia tiada apa-apa jika dia gagal mendapatkan hak pemilikan rumah berkenaan.

"Saya tidak mengharapkan apa-apa daripada İlkay selain berharap Tuhan menghukum dia dan kekasihnya itu," katanya. - CARI
6

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gummiebear 21-12-2018 03:31 PM
Kesiannya dikhianati camni. Bukan sorang tapi 3 orang. Cunning sangat bini heols
Quote manehnya 21-12-2018 03:34 PM
kesiann ...

msti lelaki jenis pembaris dia ni...

kalu kt nursing room, kita tengok batang idung anak kita dah tau anak tu anak sapa

Quote zuuu 21-12-2018 03:43 PM
Kesian kt pakcik ni..
Quote BabyOnEarth 21-12-2018 03:53 PM
Haa ngko nmpk bertudung tp perangai kemainnn.
mmg seswai perumpamaan dont judge a book by its cover.
bukan 1 anak, smpi 3 anak ngko dia menipu smpi xdikesan.
Quote highcastle 21-12-2018 03:55 PM
Kesian sungguh..
Quote huehue 21-12-2018 04:01 PM
Sampai 3 orang keluar. Memang tipu hidup hidup.
Quote minguk 21-12-2018 04:09 PM
comel perut yang baju biru tu.. bulat betul hahaha
Quote batmana 21-12-2018 04:24 PM
Lupe agaknya.kt dunia sana .tkkn terlepas.
Quote SweetShera 21-12-2018 04:27 PM
isteri dari neraka
Quote mawarika 21-12-2018 04:28 PM
Kesiannya..
Quote unoryah 21-12-2018 04:29 PM
kawan laki aku dikhianati begini
3 dari 4 anaknya bukan anak kandung
lebih parah, isterinya curang dgn adik ipar sendiri


kesian betul
Quote edoraixora 21-12-2018 04:43 PM
mesti kecewa giler kan
anak yg disayang2 di jaga penuh kasih sayang, ropenye anak bini dgn skandal
Quote Decaffeinated 21-12-2018 04:44 PM
Dia mandul ka?

Atau dia mmg x pernah henjut bini dia. Then pregnant how?
Quote Decaffeinated 21-12-2018 04:46 PM
unoryah replied at 21-12-2018 04:29 PM
kawan laki aku dikhianati begini
3 dari 4 anaknya bukan anak kandung
lebih parah, isterinya curang ...

Ini lagi susah nak detect sbb sama dna
Quote bungaavee15 21-12-2018 04:49 PM
Kesiannya. Berhempas pulas keja 8 jam sehari nk bg yg tbaik utk bini n ank2. End up, bini tdo ngn org lain.anak2 pn bukan ank die. Kesiannnya.
Quote unoryah 21-12-2018 04:55 PM
Decaffeinated replied at 21-12-2018 04:46 PM
Ini lagi susah nak detect sbb sama dna

mak dia yang bagi tau sebab tak tahan tengok malam2 adik menyelinap ke bilik kak ipar

dari situ lah kantoi
kecewa sungguh si abang


Quote matamata 21-12-2018 04:57 PM
Dia sayang dgn anak tu....nak bela tp tak dpt hak sbb bkn anak kandung.....apa2 pun anak2 tu sure dah besar panjang dan pandai menilai....harap nasib suami terbela lah....depress siot
Quote jazaa100 21-12-2018 05:03 PM
manehnya replied at 21-12-2018 03:34 PM
kesiann ...

msti lelaki jenis pembaris dia ni...

Sungguh?....

Tgok anak dah tau anak sapa?....
Kau bior betullll.....
Quote jazaa100 21-12-2018 05:06 PM
unoryah replied at 21-12-2018 04:55 PM
mak dia yang bagi tau sebab tak tahan tengok malam2 adik menyelinap ke bilik kak ipar

dari situ ...

Mcmana tau 3 dari 4 anak tu bkn anak dia?....

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064296 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top