CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Siapakah Di Sebalik Fathi Yakan, Tokoh Dunia Islam

26-12-2018 04:25 PM| Diterbitkan: Hazwanrais| Dilihat: 3032| Komen: 2|Original author: Oleh: Hazwan Rais

Description: Mari kita kenal serba sedikit latar belakang tokoh politik dunia islam yang bawa perubahan ketika itu.Disaat ini dunia islam mengahdapi masalah kemunduran dari pelagai aspek.Mungkin,Malaysia boleh pra ...
Dilahirkan pada 9 Februari tahun 1933 di daerah Rifa'iyah,Tripoli,Beirut,Lubnan. Tripoli yang terletak di persisiran Laut Mediterranean adalah bandar kedua terbesar di Lubnan dan pusat pentadbiran Lubnan Utara. 


Tripoli juga merupakan bandar ilmu dan ulama serta menjadi tempat persinggahan para peniaga yang melalui persisiran pantai menuju ibu negara kerajaan Uthmaniyyah atau ke Palestin.

Penduduk di Lubnan terdiri daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Pada tahun 1926, sebuah perlembagaan telah diterima bagi mewujudkan Sistem Republik Lubnan iaitu dewan pemerintahan dan kerusi-kerusi adalah diperuntukkan berdasarkan jumlah penganut agama dan bukan berdasarkan parti ataupun ideologi.



Susunan ini dibuat berdasarkan pengaruh agama lebih kuat berbanding tingkah laku politik. Nama penuhnya Mahmud Fathi Yakan telah disara oleh nenek sebelah bapa yang bernama Wasilah merupakan individu banyak mempengaruhi beliau dalam didikan agama. Beliau telah berkahwin dengan Muna Haddad dan dikurniakan 4 orang puteri dan seorang putera.


Perjalanan menuntut ilmu beliau bermula di sekolah Al-Najah Al-wataniah di Tripoli dan kemudian beliau bersekolah di Al-Numuzaj li Sibyan ketika usia 10 tahun. Pada 1946 beliau berpindah ke Amerika dan memperoleh bidang perakaunan. Dalam tahun akhir di sana beliau banyak membaca karya berbentuk haraki dari Kaherah di mana pembacaan beliau banyak mempengaruhi ideologi dan pemikiran beliau.

Pada tahun 1953, mulanya perjalanan beliau dalam gerakan Islam dengan bergiat Persatuan Al-Mukaram Al-Akhlak Al-Islamiyyah di Tripoli yang dianggotai oleh Syeikh Salahuddin Abu Ali. Pada tahun 1954, Hassan Al-Hudaibi telah melawat Tripoli dan menyampaikan ceramahnya mengenai perkembangan Ikhwan Al-Muslimun.


Fathi yakan sering menghadiri muktamar dan persidangan Islam antaranya ialah tokoh-tokoh penting seperti Muhammad Abu Zahrah dan Muhammad Qutb. Pada tahun 1977, Fathi hadir di persidangan di UIM dan muktamar tahunan WAMY di St Louis Amerika.

Persidangan mahupun muktamar telah membentuk pemikiran beliau sendiri dalam menekuni realiti dunia. Beliau turut mengetengahkan pelbagai idea dalam menyelesaikan ancaman Yahudi zionis terhadap dunia arab. Hasil pembelajaran beliau, 40 buah buku meliputi gerakan islam telah beliau karang antaranya Al-Mawsu'ah al-Harakiah dan Ihziru Aids Al-Haraki. 

Pendekatan dakwah khususnya di dalam politik tidak ekstrem serta terlampau memaksa akan tetapi beliau memilih jalan menasihati. Hal ini kerana, Lubnan sendiri mempunyai keadaan sosialnya tersendiri serta kepelbagaiaan agama dianuti.

Beliau suka mengambil pendekatan ikhwan al-muslimun dan berinteraksi dengan pemerintah. Dalam masa yang sama,isteri beliau Muna Haddad turut membantu beliau dalam menyebarkan dakwah kepada kaum wanita melalui risalah serta majalah berorentasikan Islam.

Foto Carian internet
Fathi Yakan pernah memegang amanah sebagai setiusaha Pergerakan Jamaah Islam sehingga beliau memasuki politik setelah memenangi pilihan raya 1992. Beliau telah membawa suara berteraskan wahyu ilahi dalam struktur pemerintahan beliau.

Fathi yakan meninggal dunia pada tahun 13 Jun 2009 di Hospital Beirut dalam usia 76 tahun. Beliau dikebumikan di Bab al-Ramal,Tripoli,Beirut. Ribuan jemaah menyembahyangkan beliau atas jasa dan perubahan struktur pemerintahan berteraskan Islam. - CARI
10

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Elle_mujigae 26-12-2018 04:43 PM
Pertama kali baca pasal beliau..tak kenal..huhu
Quote CikNano 31-12-2018 08:19 AM
terima kasih TT atas perkongsian ilmu ini

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040765 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top