CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Senarai 20 Artis Tempatan Paling Hot Dan Viral Di Laman Sosial Sepanjang 2018!

24-12-2018 10:47 AM| Diterbitkan: Tukul.Besi| Dilihat: 12592| Komen: 24|Original author: Oleh: Abam

Description: PANAS! TULAR! dan KONTROVERSI! Itu antara ungkapan yang sering ditujukan kepada golongan artis yang meniti di bibir netizen dalam jangka masa singkat.
PANAS! TULAR! dan KONTROVERSI! Itu antara ungkapan yang sering ditujukan kepada golongan artis yang meniti di bibir netizen dalam jangka masa singkat. 


Selalunya, nama mereka akan menjadi sebutan apabila perkara yang dilakukan menjadi tular di Internet. Sama ada tular dari segi bakat, gambar atau video kontroversi, mahupun kenyataan yang mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.  

Jadi, artikel kali ini penulis senaraikan artis-artis yang tular di laman sosial sepanjang 2018.



1. Ernie Zakri

Kredit foto: google




Juara Bintang RTM 2009 ini tiba-tiba saja menjadi sebutan ramai apabila nyanyian duet Aku Cinta bersama Syamel di final Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) tular di YouTube sehingga mencecah 9.8 juta tontonan (sehingga kini). Menerusi lagu sama, Ernie merangkul anugerah Vokal Terbaik pada malam itu. 

Selain itu, vokal beliau juga mendapat pujian daripada YouTuber luar negara seperti Portugal, Korea dan Indonesia. Namun, namanya sedikit tercalar apabila terpalit kontroversi berkaitan dengan Haqiem Rusli. Terbaru, Ernie telah menamatkan kontraknya bersama FMC dan menyertai Rocketfuel. Beliau baharu sahaja melancarkan single terbaru bertajuk Ku Bersuara. All the best Ernie!


2. Sarah Suhairi

Kredit foto: google




Pada asalnya, penyanyi baharu ini kurang mendapat perhatian ramai biarpun telah mengeluarkan single pertama bertajuk 'Pedih' sehinggalah beliau menyertai program Big Stage di Astro. 

Vokalnya dipuji ramai, namun populariti dirinya mendadak naik apabila menyampaikan lagu 'Ddu-Du-Ddu-Du' daripada kumpulan Korea, Blackpink sehingga mendapat pujian daripada k-poppers serta YouTuber dari luar negara. Kini tontonan persembahannya mencecah 6.6 juta viewers. 

Selain itu, Sarah juga dinobatkan sebagai juara Big Stage dan sedang mempertaruhkan single kedua bertajuk 'Nyawa dan Raga'. Semoga berjaya Sarah Suhairi!


3. Uqasha Senrose


Sekitar penghujung April lalu, pelakon jelita Uqasha Senrose menggemparkan industri hiburan buat seketika apabila gambarnya ditahan polis selepas disyaki memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Erimin 5 di dalam beg tangan miliknya. 

Dadah itu ditemui apabila pelakon itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, selepas terbabit kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi. 

Walau bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan dirinya berada dalam keadaan khayal ketika ditahan polis. Sehingga kini, tiada perkembangan tentang kes tersebut.


4. Syafiq Kyle


Tahun ini boleh dikatakan antara tahun bertuah buat pelakon ini kerana drama-drama lakonannya mendapat sambutan yang sangat hangat antaranya 'Tak Ada Cinta Sepertimu' dan 'Nur'. Selain itu, beliau juga muncul dengan filem 'Langsuir' dan 'Gol & Gincu 2'. 

Di kala namanya sedang memuncak di persana seni, tular sebuah video lucah pada Ramadan lalu yang dikatakan menyerupai dirinya dalam keadaan bogel. Mengambil pendekatan berdiam diri serta tidak mengiyakan ataupun menafikan video tersebut, akhirnya kontroversi itu reda dengan sendirinya. 

Terbaru, Syafiq telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Bersiri) di Anugerah Skrin yang berlangsung baru-baru ini.


5. Dato Sri Siti Nurhaliza


Satu Nusantara sudah lama ternanti-nantikan detik kelahiran pewaris penyanyi bersuara emas Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pada 25 Mac 2018, lahirnya pewarisnya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini yang diberi nama Siti Aafiyah. Dari segi kerjaya, Lagu 'Comel Pipi Merah' yang dilancarkan sebelum kelahiran anak beliau tular di laman sosial. Selepas itu, beliau melancarkan pula single terbaru, 'Anta Permana' yang kini menjadi hit di carta-carta radio. Tahniah kami ucapkan!



6. Fathia Latif dan Zarina Anjoulie


Selepas video Bigonya dalam keadaan ghairah tersebar tahun lepas, Fathia seakan tidak mengambil pengajaran atas apa yang berlaku. Beberapa bulan lalu, tiada siapa menduga Fathia berkawan baik dengan Zarina Anjoulie, artis yang pernah mencetuskan pelbagai kontroversi beberapa tahun lalu. 

Pelbagai kontroversi dicetuskan mereka berdua sepanjang persahabatan mereka. Antaranya, satu gambar yang tersebar di Internet memaparkan Zarina dalam keadaan tidak berhijab sedang memeluk Ismail Izzani berserta seorang lagi wanita dipercayai Fathia sendiri di dalam sebuah kelab malam. 

Selain itu, mereka juga memberi kenyataan mengenai Ismail yang bermalam dengan seorang perempuan di dalam bilik serta berhutang RM300 dengan Zarina. Persahabatan mereka akhirnya terlerai apabila Zarina mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Fathia apabila keadaan menjadi semakin buruk.


7. Farid Kamil



Permulaan 2018 industri hiburan tanah air dikejutkan dengan penangkapan aktor Datuk Farid Kamil atas tuduhan mencederakan anggota polis dan orang awam. Selain itu, pelakon itu juga didakwa atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan. Bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan kesnya masih di dalam perbicaraan.


8. Neelofa


Figura ini sentiasa panas dengan pelbagai kontroversi. Selain kredibiliti pengacaraannya senantiasa dikritik, beliau dikecam kerana mempromosikan produk anti kedut bayi. Ini kerana kanak-kanak dan bayi tidak perlu mengambil sebarang suplemen kerana ia hanya akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. 

Neelofa turut dikecam kerana gaya fesyennya yang selalu kelihatan janggal dan pelik di mata netizen. Malah, imej peliknya sering tular di laman sosial dan menjadi bahan ketawa netizen. 

Kemuncak kepada kontroversi yang membabitkan Neelofa apabila beliau melancarkan koleksi turban Naelofar Hijab, Be Lofa di pusat hiburan Zouk yang mengundang pelbagai reaksi netizen dan menarik perhatian mufti Wilayah Persekutuan. Kesan daripada peristiwa tersebut, pihak syarikat Neelofa memohon maaf atas perkara tersebut.


9. Misha Omar

Kredit foto: google




Selepas beberapa tahun menyepi, Misha Omar akhirnya kembali dengan single baru bertajuk 'Sampai Bila'. Tak semena-mena popularitinya meningkat naik semula dan menjadi siulan ramai. Beliau juga menjadi sensasi viral apabila menyampaikan lagu itu dalam keadaan duduk dan santai, namun vokalnya tetap meletup! 

Comeback yang menjadi bukan? Kini, Misha merupakan finalis untuk Anugerah Juara Lagu 33 mempertaruhkan lagu sama. All the best Misha!


10. Zamani

Kredit foto:




Zamani yang tidak sihat gagal melontarkan suara bagi menyanyikan lagu 'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta'. Beliau yang duduk di atas kerusi dilihat menangis dan tunduk memandang lantai apabila gagal mengeluarkan suara. Namun, penonton dan pengacara, Nabil Ahmad serta Jihan Muse sama-sama menyanyikan lagu berkenaan sehingga selesai. 

Datuk Ramli MS meminta Zamani menyanyikan lagu tersebut kembali dalam nada rendah, tetapi Zamani tetap tidak boleh menyanyi. Menurut Ramli, suara Zamani telah ‘koyak'. Dalam pada itu, penaja utama program tersebut, Datuk Aliff Syukri telah menggunakan kuasa memberi imunitinya untuk menyelamatkan Zamani daripada tersingkir. Dalam pertandingan itu, Zamani telah merangkul tempat ketiga.


11. Haqiem Rusli

Kredit foto:



Kecoh satu Malaysia bila Haqiem Rusli dikatakan ingin berhenti menyanyi sehingga menutup semua laman sosialnya kerana mengalami kemurungan angkara buli siber. Hal ini menjadi semakin besar apabila Haqiem menafikan bahawa dirinya mengalami kemurungan, hanya tertekan sahaja. 

Namun, ini mengundang rasa tidak puas hati daripada Ernie Zakri, Ara Johari dan Wany Hasrita apabila mereka diundang ke stesen radio di saat-saat akhir hanya untuk mengulas tentang permasalahan yang menimpa Haqiem Rusli dan membantu mempromosikan single terbarunya berjudul 'Selamat Tinggal Sayang'. Akibat daripada itu, beliau dikecam teruk kerana didakwa menipu netizen tentang keadaannya itu.



12. Sufian Suhaimi


Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah yang berlaku kepada Sufian Suhaimi apabila pertunangannya dengan aktres Elfira Loy terputus di tengah jalan sekitar Februari lalu. Dalam masa sama, Sufian juga melancarkan lagu baharunya yang bertajuk 'Di Matamu' dan menjadi fenomena di laman sosial. 

Kini, jumlah tontonan muzik video rasmi Di Matamu mencecah 46 juta. Ada hikmah di sebalik yang berlaku.


13. Elfira Loy


Pelakon genit ini menerima banyak kecaman susulan kes putus tunang kerana kenyataan dari keluarganya yang lebih sudu dari kuah. Selain itu, tular di laman sosial apabila nama beliau berada di dalam senarai muflis. Tak lama selepas itu, Elfira bertunang dan akan bernikah pada 1 Januari ini.


14. Nabila Huda


Tak ada angin, tak ada ribut, gempar apabila aktres berbakat Nabila Huda meluahkan rasa marah di IG story milik beliau. Difahamkan, kenyataan beliau menjurus tentang rasa marah terhadap ibu tirinya Norish. 

Menceritakan tentang saat pertama Nabila mengenali Norish sebagai perempuan kelab malam, Norish juga disifatkan Nabila sebagai seorang yang kejam, queen control dan perempuan yang tidak baik serta cuba memisahkan beliau dengan bapanya, Amy Search.  


15. Zul Ariffin


Dunia media sosial digemparkan semula dengan sekeping foto lucah yang dimuat naik oleh pelakon Zul Ariffin di laman iIstagramnya. Gambar itu bagaimanapun dipadam, namun telah diviralkan semula di laman sosial Twitter. Ramai yang tertanya-tanya adakah gambar milik pelakon itu sendiri yang tidak sengaja dimuat naik, ataupun satu perbuatan khianat? 

Dalam cerita lain pula, percintaan antara pelakon itu dengan Zahiran Macwilson terputus di tengah jalan. Zul memberitahu wartawan bahawa sikap Zahirah yang tidak sensitif di majlis pengebumian ibunya menjadi antara sebab terlerainya ikatan cinta mereka.

Bagaimanapun, Zahirah menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa itu semua satu pembohongan. Tidak lama selepas itu, tular seketika gambar Zul bersama seorang wanita di luar negara memaparkan gambar gambar mesra mereka di dalam bilik hotel. Adakah itu teman pengganti Zul selepas Zahirah?


16. Aishah VS Datuk Seri Vida (DSV)


Persengketaan bermula apabila Aishah mendedahkan bahawa barang kemas yang dihadiahkan DSV kepada beliau ketika pertandingan akhir Gegarvaganza 4 yang berlangsung tahun lepas adalah palsu. 

Aishah berkata, beliau terpaksa mendedahkan hal ini setelah tidak mendapat kerjasama daripada pihak Vida. DSV bagaimanpun menangkis dakwaan Aishah dan mengatakan bahawa barang kemas yang dihadiahkan itu asli dan sudi menukarkan barang kemas itu dengan barang lain. 

Namun, Aishah menolak dan mengatakan bahawa beliau patut memohon maaf secara rasmi sahaja. DSV kemudian menolak permintaan Aishah dan mengatakan bahawa Aishah tidak patut memenangi program berkenaan.


17. Elyana


Penyanyi Elyana memilih untuk menjalani rawatan radioterapi setelah sekian lama bertarung dengan kanser limfoma yang dihidapinya. Beliau sentiasa berkongsi perjalanan melawan kanser di Instagram. 

Entah di mana silapnya, beliau sering menerima komen negatif sehingga bertelagah dengan pengikut yang sering memberi komen negatif terhadapnya. 

Akibat tertekan dengan komen yang tidak sensitif tentang keadaan kesihatannya, Elyana memilih untuk menyahaktifkan akaunnya. Elyana mengakui bahawa dirinya berasa kesal mendedahkan keadaan dirinya kerana tidak mengetahui komen negatif itu akan menjejaskan kesihatan dirinya. Get well soon, Elyana!


18. Alyah dan Ramli MS


Penyanyi yang kini popular dengan lagu 'Jutaan Purnama', Datin Alyah mencetuskan kontroversi apabila meninggalkan komen berbaur sindiran di Instagram milik suaminya, Datuk Ramli MS sekitar awal Disember lalu. 

Tanpa disangka, berlaku perbalahan di antara penyanyi itu dengan pengikut Tok Ram. Alyah juga memua tnaik kapsyen berbaur penyesalan di dalam akaun IGnya yang mungkin memberi petanda bahawa kehidupan berumah tangga dengan Ramli MS tidak seindah yang disangka. 

Tidak lama selepas itu, Alyah memuat naik permohonan maaf atas segala yang telah berlaku.


19. Hairul Azreen


Hairul Azreen mencetuskan kontroversi apabila memberi kenyataan bahawa beliau hampir ditawan lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal. Dakwaan Hairul mendapat perhatian Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali yang menyifatkan kenyataan Hairul sebagai tidak berasas dan satu publisiti murahan. 

Kenyataan Hairul disifatkan Netizen seperti terdesak publisiti, memandangkan pelakon itu juga mempunyai beberapa kontroversi sebelum ini kerana bertindak melulu, misalnya menggunakan senapang tanpa lesen dan melungsur turun melalui pemegang eskalator sebuah pusat beli belah. 

Selain itu, Hairul juga mencetus kontroversi di media sosial apabila didapati kantoi tidak mengundi serta tidak mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya lalu.


20. Nora Danish


Baru-baru ini, satu gambar yang dikatakan milik pelakon comel berkenaan tular di laman sosial. Imej di dalam bilik air memaparkan pantulan imej dirinya dalam keadaan hampir bogel didakwa diambil di IG storynya. Bagaimanapun, Nora mendakwa ia adalah fitnah dan ada pihak cuba memalukan dirinya. 


Jadi, inilah senarai 20 artis yang penulis rasa antara paling panas dan sangat viral pada tahun ini. Kepada artis, berhati-hati dan berfikir menggunakan akal fikiran sebelum menyuarakan sesuatu pendapat, cakna dalam setiap perbuatan kerana antara anda adalah tokoh masyarakat dan mungkin anda juga memainkan peranan kepada suri teladan kepada generasi muda. 

Para pembaca, adakah anda bersetuju dengan senarai yang penulis kemukakan? - CARI
14

Bagus
17

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewi_rina 24-12-2018 12:12 PM
ZAMANI   
Quote bambimbom 24-12-2018 01:49 PM
kes dadah : ungkasha dgn parid tu mmg senyap je eh..

kes gmbr lucah : jul ipin, sapik belakang sikit dgn nowa penis.. semua tak mengaku! mcm cilake je masing2
Quote dreamdaddy 24-12-2018 07:32 PM
zulin terdampar pelamin angan musnah tak tersenaraikah nok?? garita royani mana??
Quote chekacheku 24-12-2018 11:55 PM
Byk lagi artis yg kna msk list..ramai yg gila lapar perhatian..sendu kot
Quote wordlife 25-12-2018 12:15 PM
Haqiem Depression is obvious #1 ye

kontroversi heshe back to back to back ye  

Quote net_level 26-12-2018 05:15 AM
bambimbom replied at 24-12-2018 01:49 PM
kes dadah : ungkasha dgn parid tu mmg senyap je eh..

kes gmbr lucah : jul ipin, sapik belakang si ...

datok parid kes dia dah masuk court baru je aritu
yang si uqasha katanya dah swept under carpet  
Quote unguaurora 26-12-2018 09:12 AM
Uqasha aman2 jah nk pegi umrah
Quote chinta89 26-12-2018 10:54 AM
kes uqashah sape berani nak besar2kan? senyap terus beb. power of pussy!


so, patutkah kita meragui kewibawaan pihak berkuasa skg ni?
Quote budakshinchan 27-12-2018 08:17 AM
Haqiem walo selalu controversy..  tp lagu2 dia selalu best dan popular..

kalo retis lain..  harap controversy je la utk up kan nama dari sendu membeku..
Quote Tukul.Besi 27-12-2018 09:51 AM
dreamdaddy replied at 24-12-2018 07:32 PM
zulin terdampar pelamin angan musnah tak tersenaraikah nok?? garita royani mana??

Garita tu viral pasal apa?
Zulin whoareyusss
Quote Tukul.Besi 27-12-2018 09:53 AM
chekacheku replied at 24-12-2018 11:55 PM
Byk lagi artis yg kna msk list..ramai yg gila lapar perhatian..sendu kot

Macam Roslan Shah ke noks? Gigih viralkan gambar vugil sendiri ew
Quote 4cupcakes 27-12-2018 12:04 PM
xbuat poll ke uolss..? iolss suka undi2 ni
Quote Tukul.Besi 27-12-2018 12:15 PM
4cupcakes replied at 27-12-2018 12:04 PM
xbuat poll ke uolss..? iolss suka undi2 ni

Untuk portal je uols. I nak cari makan..
Quote dreamdaddy 28-12-2018 02:50 PM
Tukul.Besi replied at 27-12-2018 01:51 AM
Garita tu viral pasal apa?
Zulin whoareyusss

viral kene kecam berjemaah chuols. tak habih2 meroyan duk jaja kisah anak rindu daddy lah, nak tengok daddy main malam final lah, nak bawak datang stadium kalau daddy yang offer ticket lah. kosser
Quote sayang_mulut 28-12-2018 02:52 PM
misha should not be in the list pun... apa yang nenarik nye pasal nyanyi lagu smbil duduk..
Quote Tukul.Besi 28-12-2018 05:52 PM
dreamdaddy replied at 28-12-2018 02:50 PM
viral kene kecam berjemaah chuols.  tak habih2 meroyan duk jaja kisah anak rindu daddy lah, n ...

Hey kalau macam tu, tetiap tahun heshe viral atas reason yang sama. Apoooo
Quote Tukul.Besi 28-12-2018 05:53 PM
sayang_mulut replied at 28-12-2018 02:52 PM
misha should not be in the list pun... apa yang nenarik nye pasal nyanyi lagu smbil duduk..

Netizen kan takjub sikit tgk orang nyanyi sambil duduk khuennnn. Kalau tak, video Mehah kat Meletop takkan trending ponnn
Quote September14 28-12-2018 06:00 PM
Nak trending 2019 nynyi baring sambil terkangkang pulak
Quote Tukul.Besi 28-12-2018 06:12 PM
September14 replied at 28-12-2018 06:00 PM
Nak trending 2019 nynyi baring sambil terkangkang pulak

Sambil vogel voleyyyyyy???

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.233687 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top