CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Presiden Persatuan India Malaysia Mengaku Tak Bersalah

24-12-2018 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2140| Komen: 2

Description: Presiden Persatuan India Malaysia mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman.
Presiden Persatuan India Malaysia mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman.

Memetik Sinar Harian, M Manimaran, 38, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.


Manimaran dikatakan menghalang tugas penjawat awam, Inspektor Mohammad Nazmi Zulkafli, Sarjan Mohamad Faiz Abdul Rahim dan Korporal Ahmad Zamzam Mat.


Kredit foto: Sinar Harian

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah terbabit merusuh bersama 50 lagi yang masih bebas menghalang laluan kereta peronda polis untuk keluar dari kawasan kuil dan mendatangkan kecederaan parah terhadap orang awam, Sulaiman Abdullah.


Mengikut pertuduhan kes, dia melakukan kesalahan itu di hadapan kuil berkenaan pada jam 12.30 tengah hari dan 1.30 petang pada 26 Disember lalu.

Manimaran didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 147 dan Seksyen 325 kanun sama.

Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan RM10,000 sebagai jaminan, namun peguam yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah.

Bagaimanapun, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM18,000 dengan seorang penjamin.

Manimaran juga diperintahkan untuk melapor diri ke balai setiap bulan selain pasportnya ditahan di mahkamah sehingga kes selesai. - CARI
10

Bagus
10

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 24-12-2018 03:23 PM
Amekaw
Lagi tinggi dia letak
Rm18k blh dpt beg designer high high end sebijik
Quote skinsandstars 24-12-2018 04:17 PM
Bukan main dia minta rendah tapi dapat hampir sekali ganda lagi tinggu {:good

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.042845 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top