CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Kalau Kahwin, Jangan Lupa Jemput" - Fathia Latiff Ulas Mengenai Cinta Baru Aiman Hakim

26-12-2018 10:34 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 21554| Komen: 86|Original author: Oleh: Azza

Description: Pasangan kekasih yang baru sebulan mengumumkan terikatnya percintaan mereka berdua nampaknya mendapat restu peminat. Aiman Hakim Ridza dan Zahirah McWilson disifatkan bagai pinang dibelah dua, apatah ...





Pasangan kekasih yang baru sebulan mengumumkan terikatnya percintaan mereka berdua nampaknya mendapat restu peminat. Aiman Hakim Ridza dan Zahirah McWilson disifatkan bagai pinang dibelah dua, apatah lagi mendapat restu dari ibu Zahirah sendiri.

Dalam masa sama, netizen tertanya-tanya apa pendapat bekas teman wanita Aiman, Fathia Latiff. Sementelah lagi perang dingin mereka berkaitan 'pinjam duit tak bayar' menghangatkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, melihat kelibat Fathia yang semakin aktif berlakon dan juga turut terlibat dalam Festival 'shopping' baru-baru ini menjelaskan yang Fathia sudah semakin okey. Dia juga mampu menjawab soalan wartawan tanpa melatah serta muat naik status di media sosial juga nampak lebih waras.

Dalam temubual bersama portal Mhetv, Fathia mendoakan yang terbaik kepada pasangan tersebut.


Bagi Fathia, dia dan Aiman sudah lama tidak berkomunikasi, jadi dia mendoakan yang terbaik kepada Aiman dan Zahirah sendiri.

"Saya memang nak fokuskan pada kerjaya saya. Jadi bila orang kata macam tu, saya nak doakan beliau. Sebab saya pun dah lama tak communicate dengan dia. Tiba-tiba orang datang dekat saya, tanya fasal beliau. Saya doakan yang terbaik dan harapkan berkekalan sehingga orang kata ke syurga."




Kredit foto: IG

Menurut Fathia lagi, dia kini mahu menggilap balik bakatnya dan mahu membuktikan bahawa bila terjatuh, dia mampu bangkit semula.

"Buat masa ni saya solo. Saya fokus pada keluarga, kerjaya dan kawan-kawan yang banyak membantu saya dan supporter saya. Saya nak mengilap bakat dan bila jatuh, saya mampu bangkit balik."

Kredit foto: IG

Dalam nada berseloroh, Fathia sempat menitipkan pesan kepada Aiman, kalau kahwin nanti, jangan lupa mengajaknya ke kenduri kahwin nanti.

Sementara itu, netizen turut memuji perubahan positif Fathia dan mengharapkan dia berterusan begitu. Malahan mereka mengharapkan Fathia mampu kembali menjadi Ratu Drama menggantikan pelakon baru yang kebanyakkannya tidak pandai berlakon.

Kredit foto: IG

Manakala bagi soalan hutang dengan Aiman pula, Fathia memberi pencerahan bahawa tiada siapa yang berhutang dengan sesiapa dan mengharapkan ianya tidak dibangkitkan lagi.

Nampaknya Fathia semakin positif dan mahu kembali berlakon. Persoalannya, mampukah dia kekal positif? Apa pula pendapat anda? - CARI
11

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missBlackDahlia 26-12-2018 10:38 AM
kan bagus mcm ni..
Quote akumak 26-12-2018 10:39 AM
aku tengok princess mera (amber heard) dalam aquaman, teringat fathia. cantik dia ni. jangan sia2kan bakat ok
Quote mimi77 26-12-2018 10:41 AM
akumak replied at 26-12-2018 10:39 AM
aku tengok princess mera (amber heard) dalam aquaman, teringat fathia. cantik dia ni. jangan sia2kan ...

kan?ada iras kan?semoga dpt cahaya baru ye fathiya
Quote sukacactus 26-12-2018 10:42 AM
Happy plak aku tgk tekya camni, npk positif
Harap berkekalan kewarasannya
Quote Suchi 26-12-2018 10:43 AM
Baguslah, teruskan melangkah ke depan.
Jadikan masa lalu sebagai pengajaran moga 2019 ada sinar baru.

You fall, you rise, you make mistakes, you live, and you learn.
Remember that life’s greatest lessons are usually learned at the worst times and from the worst mistakes.


Quote kakiah12 26-12-2018 10:44 AM
Cantik dan berbakat sheols ni. Sayang kalau tak diguna pakai secara elok.berubahlah fatia..mendonialah semula.
Quote tupperwarepink 26-12-2018 10:49 AM
akumak replied at 26-12-2018 10:39 AM
aku tengok princess mera (amber heard) dalam aquaman, teringat fathia. cantik dia ni. jangan sia2kan ...

aah sama dengan fathia lagi satu Katy Perry
Quote makbedah 26-12-2018 10:52 AM
akumak: aku tengok princess mera (amber heard) dalam aquaman, teringat fathia. cantik dia ni. jangan sia2kan bakat ok
I pun nampak Muka dia orang sama.
Quote Badigol 26-12-2018 11:00 AM
tlg berlakon akasia balik...bosan tgk drama skrg sbb heroin tak sedap mata memandang..hihi.
smoga fatiya terus positif dan tak meroyan or buat bnda bnda mgarut lagi..
Quote cmf_premierleag 26-12-2018 11:03 AM
tekya ni cantik..tp tu la..bongok sket
elok2 eman sayang kat ko, tp ko buat bodo jah
abih tu ko nak jantan spesis apa yg sayangkan ko? yg spesis taik dadah ke?
Quote weezerfan 26-12-2018 11:05 AM
Old habits die harder.. Gudluck ler tekya
Quote zuriey 26-12-2018 11:05 AM
Bt Apa Nk jemput ko kang meroyan kt majlis org bt perangai lalok ko rosak majlis ..
Quote lotionmilo 26-12-2018 11:06 AM
Cantik sheols gambar starbucks tu
Quote Betara_Indera 26-12-2018 11:24 AM
bile waras.. semue elok2 aje, alhamdulillah
Quote fahdramli 26-12-2018 11:28 AM
Rindu dia ni berlakon.. Neutral saja. Dah la cantik. Sepatutnya lawyer. Tp buat perangai pelik terus merudum... Pls pls pls.. back to normal. Nak tgk sangat dia berlakon semula...
Quote ALDRIN 26-12-2018 11:40 AM
Selagi sheols kawan dgn si biatch bengong tu..iols x rasa sheols ni dah "kebah".  Kakyah ko jawab jer laa yg ko royan gak aiman dgn zmw skrg..
Quote chinta89 26-12-2018 11:41 AM
ak suka gila kat dia mse Ariana Rose dan Dia ISteri Luar Biasa.

lps dia clash ngn Aiman, nmpk hidup dia x tentu arah. Nak kata x move on, tak jugak.. tup2 kata nak kawin ngn Mr ex Lizzy tu, mcm ok lagi tp lps tu jd byk kontroversi pulak..

Ngan video Bigo, ngn statement meroyan sana sini, etc lah.. merudumkan kerjaya dia.

pdhal mse video Bigo tu, ak rse kalau dia syp je lama2 org akan syp sendiri. tp x tau kenapa dia ni makin berterusan teruk terukkkk dan jd ntah ape2.

So hrp dia akan bsinar lps ni. sayang la ada rupa, ada bakat... tp jd sia2 sb sikap sendiri. kau boleh naik dlm industri ni tekya, so berubahlah.
Quote Atata 26-12-2018 11:45 AM
akumak replied at 26-12-2018 10:39 AM
aku tengok princess mera (amber heard) dalam aquaman, teringat fathia. cantik dia ni. jangan sia2kan ...

Lah ingatkn saya sorg rasa mcmtu
Quote Atata 26-12-2018 11:45 AM
Fathiaaa

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.103775 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top