CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Friendship Goals! Pengantin India Nekad Pilih Sembilan Sahabat Melayu Sebagai Pengapit

28-12-2018 11:31 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 3972| Komen: 5|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Malaysia memang meriah dengan himpunan pelbagai bangsa dan latar belakang. Keunikan ini juga merupakan tarikan kepada orang luar yang mengunjungi Malaysia dan melihat sendiri pelanggaran budaya yang p ...
Malaysia memang meriah dengan himpunan pelbagai bangsa dan latar belakang. Keunikan ini juga merupakan tarikan kepada orang luar yang mengunjungi Malaysia dan melihat sendiri pelanggaran budaya yang pelbagai ini.


Baru-baru ini, tular di Twitter gambar seorang pengantin lelaki India ditemani sekumpulan pengapit yang semuanya terdiri daripada jejaka Melayu. Memang jarang berlaku!


Kredit foto: Twitter

R. Shatheswaran, 31, menjelaskan bahawa dia ingin majlis perkahwinannya itu diiringi kesemua sembilan teman rapatnya dan bersama-sama mengisi memori bersejarah itu.

Shatheswaran juga menambah yang mereka semua mengenali antara satu sama lain ketika menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya. Hubungan yang terjalin adalah sangat akrab seperti adik-beradik sendiri.


Mereka semua kini sedang menunggu panggilan penempatan bagi menjalani latihan sebagai pengamal perubatan.



Kredit foto: Twitter

"Jarak umur kami sekitar lima tahun kerana saya memasuki universiti agak lewat berbanding mereka. Saya juga ibarat abang paling tua dan mereka semua panggil saya 'Ane' (abang dalam bahasa Tamil)," katanya kepada mStar.


Kredit foto: Twitter

Kesemua teman rapat Shatheswaran memang bertungkus-lumus bagi menjayakan majlis ini. Mereka turut membahagikan tugas sebagai deejay, pengurus lantai, melayan dan menari bersama tetamu.

Keluarga pengantin juga menyediakan satu set persalinan tradisional untuk setiap pengapit lelaki yang dipanggila 'jippa' dan 'vheti' yang menelan belanja hampir RM1,500.

Cemburu betul tengok hubungan rapat mereka ini! - CARI
7

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 28-12-2018 11:46 AM
Malaysia boleh

Quote idakamaruddin 28-12-2018 03:16 PM
kang kata makan xhalal la apa la

dorang sllu order ngn katering mamak
Quote cucuq 28-12-2018 04:34 PM
woww...barulah satu malaysia
Quote lumie 29-12-2018 04:36 PM
Hmm biasa je...time kwn aku kawin bridesmaid dia cina, mlayu india.. Yg cina india siap pkai tudung sbb nikah kt masjid.bkn selendang ye.tudung siap serkup
Quote aarwen 7-1-2019 02:34 PM
This is amazing!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.067980 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top