CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Nampak Raksasa Loch Ness Tiga Hari Menjelang Krismas!

27-12-2018 04:22 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5632| Komen: 32|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Adakah Nessie benar-benar wujud?

Objek yang didakwa Nessie seperti yang dilihat oleh Caroline Barnett melalui Loch Ness Webcam pada 19 Disember. Kredit foto: Mirror

Seorang wanita dari Farmborough, Bath di England mendakwa beliau telah melihat Raksasa Loch Ness 'berkubang' dalam tasik yang terletak di Scotland itu melalui rakaman video yang disiarkan secara langsung dari tebingnya.

 

Memetik laporan Mirror pada 22 Disember, Caroline Barnett, 42, menyedari terdapat objek sedang bergerak di dalam tasik tersebut ketika menonton Loch Ness Webcam pada pukul 10.20 pagi, 19 Disember.


Perunding perniagaan itu memaklumkan Daily Record bahawa raksasa berkenaan kelihatan tenggelam timbul serta mempunyai saiz yang menyamai sebuah bot.


"Saya pernah ke Loch Ness beberapa tahun lalu tetapi tidak melihat Nessie ketika itu. Saya tidak tahu sama ada saya mempercayai tentang kewujudannya tetapi saya menganggapnya sebagai hadiah Krismas walaupun ia agak mengejutkan.


"Saya mengambil beberapa rakaman video tetapi telefon saya kehabisan bateri. Saya tidak tahu apa ia sebenarnya, ia tidak dapat dijelaskan," katanya.


Kredit video: YouTube - News Live


Sementara itu, pegawai dari Pendaftar Rasmi Penemuan Raksasa Loch Ness, Gary Campbell mengesahkan apa yang dilihat oleh wanita tersebut.

 

Beliau memberitahu, Barnett pada mulanya menyangka objek yang dilihat itu adalah sebuah boat namun ia bergerak-gerak serta tenggelam timbul di dalam tasik.

 

"Warnanya agak gelap dan berada di kawasan timur tebing tasik," jelasnya.


Imej pertama yang dikatakan merakam raksasa Loch Ness yang terkenal dengan gelaran Nessie pada 1934. Kredit foto: Mirror


Penemuan Barnett itu sekali gus menjadikan apa yang didakwa sebagai raksasa mitos Scotland tersebut dilihat sebanyak 13 kali tahun ini.

 

Sehingga kini, masih belum ada pihak yang dapat mengesahkan sama ada Nessie benar-benar wujud namun misteri yang menyelubungi raksasa itu telah memberi pulangan sebanyak 41 juta kepada kawasan sekitar Loch Ness. - CARI

15

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
22

Sedih
11

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SweetShera 27-12-2018 04:32 PM
yang mana 1 nessie? yg baca berita tu ka?
Quote tikusmontok 27-12-2018 04:56 PM
SweetShera replied at 27-12-2018 04:32 PM
yang mana 1 nessie? yg baca berita tu ka?

yg baca berita tu boobie
Quote scorpionkiki 27-12-2018 05:06 PM
Edited by scorpionkiki at 27-12-2018 05:07 PM

Kata seorang sufi yh bnyk follower bln Feb/MAC ni akan bergelap 17 hari....yg ahli nujum balkan pulak katanya akan berlaku tsunami besar di asia...
Quote besarkecik 27-12-2018 05:07 PM
asal nampak mesti masa tu bateri takde la, camera takde bateri la, berkabus la, camera rosak la....
Quote SweetShera 27-12-2018 05:11 PM

kihkihkih...
Quote MengkuduMasam 27-12-2018 05:13 PM
Edited by MengkuduMasam at 28-12-2018 10:02 AM

yg pasti mata aku dah "locked" dekat penyampai berita tu
Quote tikusmontok 27-12-2018 05:18 PM
MengkuduMasam replied at 27-12-2018 05:13 PM
yg pasti mati aku dah "locked" dekat penyampai berita tu

biar betul..masin mulut kang.
Quote RatuDunia94 27-12-2018 05:54 PM
Pembaca berita tu cakap lain..keluar lain...
Quote ninnakarinna 27-12-2018 05:54 PM
tikusmontok: biar betul..masin mulut kang.


Dia nak cakap mata tu...bukan mati. Typo
Quote sinalegna 27-12-2018 05:59 PM
tikusmontok replied at 27-12-2018 04:56 PM
yg baca berita tu boobie

Korang ni...

Nampak nau news diorang bosan sampai terpaksa create focal point for viewers
Quote NmeeraR 27-12-2018 07:44 PM
Edited by NmeeraR at 27-12-2018 07:58 PM

Uihhh wujudkah ?
Quote matkpop 27-12-2018 07:44 PM
Tak nampak sangat Loch ness nya. Kewujudan dorang masih jadi tanda tanya, betul ke wujud? Sama seperti Bigfoot juga. Kewujudan sukar dibuktikan.
Quote buapakperut 27-12-2018 08:44 PM
IMG_20181227_204319.png
Quote weezerfan 27-12-2018 10:37 PM
Sis changa minat benda2 tahyul mcm ni... Aku rasa sis changa dah di abduct oleh ufo kegemaran dia
Quote ohnoLia 27-12-2018 10:39 PM
scorpionkiki replied at 27-12-2018 05:06 PM
Kata seorang sufi yh bnyk follower bln Feb/MAC ni akan bergelap 17 hari....yg ahli nujum balkan pula ...

Kalau x berlaku seperti didakwa maka apakah  maksusnya?
Quote pyropura 27-12-2018 10:47 PM
Hehe dulu masa aku gi round Skotland,  Scottish guide tu cakap, normally the monster's sightings take place in summer, then aku tanya why, dia jawab because plenty of whiskey around by then. Cibai tul aku ingat betul serious lah, kah kah kah ...
Quote danieladam 27-12-2018 10:47 PM
Kenapa iols rasa berita tu pasal ramalan cuaca tapi di pastekan dgn gamba menatang tu?

Yg kelako gaya boobies baca ramalan cuaca sangat lah bertenaga, tapi suara yg keluar lemah gemalai sungguh.
Quote pyropura 27-12-2018 10:48 PM
Hehe dulu masa aku gi round Skotland, , Scottish guide tu cakap, normally the monster's sightings take place in summer, then aku tanya why, dia jawab because plenty of whiskey around by then. Cibai tul aku ingat betul serious lah, kah kah kah ...
Quote dani-rox 27-12-2018 11:44 PM
bukankah loch ness monster dan gambarnya yg first dulu tu diakui sbg hoax?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.217456 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top