CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kesian Anak Bini Kau" - Penguatkuasa Belasah Pasangan Gay Bikin Netizen Marah

28-12-2018 10:32 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13134| Komen: 27|Original author: Oleh: Azza

Description: Isu Lesbian, Gay, Biseksual Transgender (LGBT) makin hangat diperkatakan di Malaysia. Berlaku percanggahan pendapat di antara mereka yang menentang dan juga menyokong hak asasi golongan ini. Namun, i ...





Isu Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) makin hangat diperkatakan di Malaysia. Berlaku percanggahan pendapat di antara mereka yang menentang dan juga menyokong hak asasi golongan ini. Namun, isu tersebut akan sejuk kembali jika tiada yang cuba mengapi-apikannya.

Bagaimanapun, apabila sebuah video pendek memaparkan aksi pasangan gay ditangkap di dalam kereta tersebar di media sosial, ia menjadi panas kembali. Ini kerana 'penguatkuasa' yang menahan pasangan itu dilihat memukul pesalah hingga berdarah serta mengeluarkan kata-kata kesat yang tidak wajar diluahkan. Lebih memalukan apabila wajah pasangan gay itu terdedah dalam video hingga boleh ditonton oleh netizen.



"Korang tak ingat tuhan ke?" sambil menyambung memukul budak-budak tu setengah mati.

Itu antara rentetan kemarahan netizen di Twitter yang merasakan 'penguatkuasa' menyalahgunakan kuasa mereka dengan memukul pasangan tersebut dan bukannya mahu membawa kepada pihak berkuasa.



Kredit foto: Twitter

"Nabi sendiri tak pernah mengaibkan orang. Dah lah ambil video, pukul pula tu. Ni jenis dosa orang ke neraka tapi dosa sendiri diam-diam ja."

Rata-rata netizen menyatakan cara sebegitu bukanlah bertujuan mendidik kerana pukul lebih kepada keganasan. Hal ini sepatutnya dihentikan kerana ia lebih membawa pada keburukan berbanding kebaikan. Mungkin pada mereka, ia adalah tanggungjawab menyedarkan pesalah tersebut kerana mengamalkan hubungan sonsang, tetapi dalam masa sama tidak sepatutnya menggunakan kekerasan.


Kredit foto: Carian Internet

Namun begitu, ada juga segelintir yang bersetuju dengan tindakan 'penguatkuasa' tersebut iaitu menggunakan kekerasan bagi mengajar puak LGBT ini.



Menariknya ialah perbandingan yang diutarakan oleh netizen ini mengenai perbezaan komen di antara netizen di Twitter dan netizen di Facebook. Boleh dilihat perbezaan pemikiran kebanyakan netizen kedua-dua media sosial ini.


Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing mengenai isu LGBT ini. Anda pula bagaimana? - CARI 

12

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 28-12-2018 11:05 AM
padan muka
Quote Ketypurry 28-12-2018 11:20 AM
Baguslah bolehlah heshe masuk syurga nanti dan tala 72 ekor bidadari. Perbuatan murni
Quote Paiya 28-12-2018 11:35 AM
tak baiklah buat gitu
tak baik malukan orang

gay pun manusia juga
tu dosa dia sendiri
Quote Alais 28-12-2018 11:36 AM

agama tak suruh pukul gay

kisah nabi lut tak tangkap gay
sebaliknya tawarkan anaknya kepada mereka
betul tak ?
Quote teha86 28-12-2018 12:08 PM
padan muka...
terang2 main belakang kat tempat awam..memang mendapat la..
xtakut ke azab Allah.. nauzubillah min zalik...
Quote prettyuglybabe 28-12-2018 12:26 PM
konon benteras maksiat sambil mulut berzikir kalimah suci.. wowwww...
Quote Spicymami 28-12-2018 02:23 PM
Slalu gengster2 yg ikut jawi ni mmg cilake skit da cekup org diorg lagi over suruh org sambung romen smbil dorg rekod.
Quote kroit92 28-12-2018 02:38 PM
Spicymami replied at 28-12-2018 02:23 PM
Slalu gengster2 yg ikut jawi ni mmg cilake skit da cekup org diorg lagi over suruh org sambung romen ...

hah
pernah jadi eh? banyak kes ke camtu? bahayanya
Quote Spicymami 28-12-2018 02:42 PM
kroit92 replied at 28-12-2018 02:38 PM
hah
pernah jadi eh? banyak kes ke camtu? bahayanya

Ade je yg over, slalu yg sukarela cmni la yg over bukan pegawai yg diiktiraf.
Quote jebatmaspunyer 28-12-2018 04:55 PM
LGBT adalah krisis identiti yang diraikan yang mana sepatutnya golongan ini perlukan bimbingan dan sokongan untuk mengatasi krisis identiti yang dihadapi. Namun begitu golongan ini berhak mendapat layanan yang baik, diberi perlindungan keselamatan & khidmat penjagaan kesihatan. Mereka yang berkhidmat dalam bidang tersebut harus memberi khidmat tanpa prejudis. Jangan disebabkan perbuatan melulu & tanpa perikemanusiaan kamu, menyebabkan Islam dicemuh & golongan LGBT ini semakin jauh dari Islam..
Quote polluxsstar 28-12-2018 05:11 PM
Spicymami replied at 28-12-2018 02:23 PM
Slalu gengster2 yg ikut jawi ni mmg cilake skit da cekup org diorg lagi over suruh org sambung romen ...


Quote apalancut 28-12-2018 06:07 PM
Edited by apalancut at 28-12-2018 06:08 PM

Dalam hal nih.. wpon kesian dkt budak gay tu.. tp apa yang dia dapat tu sikit je.. mmg layak bunuh je kalau ikutkan hadith



http://www.islam.gov.my/images/e ... _Perlakuan_LGBT.pdf

[youtube]-SAs7P7Engo[/youtube]

[youtube]XVxQ_HmqPBs[/youtube]


Quote HannahMontana 28-12-2018 08:36 PM
kita sanggup  hapuskan hukuman mati .


wan azizah kata nak beri mereka kasih-sayang supaya insaf ,biawaknya pemikiran mereka. Dahsyat lebih dahsyat dari kaum Luth.
Quote Alais 28-12-2018 10:50 PM
apalancut replied at 28-12-2018 06:07 PM
Dalam hal nih.. wpon kesian dkt budak gay tu.. tp apa yang dia dapat tu sikit je.. mmg layak bunuh j ...

mereka pun nak hidup
mereka tak bunuh orang

zaman sekarang tak sama zaman dulu
jadi hukum pun tak sama
zaman dulu baju kuning pun haram

'Ali b. Abu Talib reported that Allah's Messenger (ﷺ) forbade wearing of silk and yellow clothes, and the gold ring, and the reciting of the Qur'an in the ruku' (state of kneeling in prayer).
https://sunnah.com/muslim/37/52



Quote liyamariska 29-12-2018 12:45 PM
bila segelintir manusia acah2 suchi fefeeling P.A tuhan...  
Quote batu kikir 29-12-2018 03:33 PM
GAY.............stupid asshole.
Quote EncikRhoma 29-12-2018 07:03 PM
Yang pukul tu tak terfikir ke kes2 macam ni la yg buat siti kasim dengan syed azmi tersenyum lebar.. Ada la point diorang nak kutuk agamawan Islam
Quote Rogue98 29-12-2018 07:38 PM
Pukul jer cara nak bagi sedar. Buang masa jer slow talk. Bukannye diaorang ni x tau agama pun.
Quote faraway1 29-12-2018 09:31 PM
yang pukul tu pun tak cerdik, tak pasal pasal ke lokap
kemudian jadi kunyit tak rela ...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.329419 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top