CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Anda Doktor Gigi Ke?" Dr Amalina Tegur Perkhidmatan Pemasangan Pendakap Gigi Palsu

28-12-2018 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11794| Komen: 92|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Promosi pemasangan pendakap gigi (atas dan bawah), dan hanya tambah RM50 sahaja jika mahukan servis sekali yang viral di Twitter mendapat perhatian dari doktor popular, Dr Nur Amalina Che Bakri.
Promosi pemasangan pendakap gigi (atas dan bawah), dan hanya tambah RM50 sahaja jika mahukan servis sekali yang viral di Twitter mendapat perhatian dari doktor popular, Dr Nur Amalina Che Bakri.


Harganya yang murah dan tidak masuk akal itu menimbulkan kecurigaan menyebabkan Dr Amalina membalas tweet tersebut.

"Boleh anda jelaskan, adakah anda seorang doktor gigi?," tulis Dr Amalina.

Foto: Twitter
Bagaimanapun tweet dari akaun yang menggunakan nama @ayinqees itu telah bertindak memadamnya.

Susulan itu Dr Amalina meminta netizen yang sempat mendapatkan paparan skrinnya supaya membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, menurut mStar Online, gadis yang menawarkan perkhidmatan tersebut baru memulakannya sebulan lalu di sekitar Penang dan Kedah.

Wartawan mStar yang menyamar sebagai pelanggan mendapat beberapa maklumat.

Menurut gadis itu, "Saya baru sebulan buat ni. Alhamdulillah. Saya terima appointment di sekitar Pulau Pulau dan Kedah sahaja.

"Braces kan mahal. Jadi kami sediakan perkhidmatan ini untuk orang yang tak cukup bajet," katanya.

"Ini bukan rawatan di klinik tapi kami belajar pasang braces dari yang terlatih.

"Jadi kami pakai modal kami beli semua barang braces. Sebab tu kami boleh tetapkan harga sendiri yang murah."

Foto: mStar Online
Gadis tersebut mendakwa proses pemasangan pendakap gigi tersebut hanya mengambil masa selama sehari dan pelanggannya tidak akan merasa sakit.

Dr Ibrahim Shahruddin yang juga doktor bedah pergigian turut menggesa netizen supaya menyebarkan keratan bergambar mengenai pendakap gigi palsu bagi membanteras doktor gigi palsu di negara ini.


Gambar yang diberikan gadis tersebut, Foto: mStar Online
"Simpan dan sebarkan gambar ini supaya anda boleh buat aduan mengenai doktor palsu yang menyediakan perkhidmatan kepada orang yang tidak bersalah dan menyebabkan lebih banyak kemudaratan." -CARI
3

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dinopower2 28-12-2018 08:36 AM
berani tul diorg ni ek
Quote fifie_olin 28-12-2018 08:39 AM
sudahnya gigi ko gugur satu persatu
jadila nenek kebayan xde gigi
hazabbb
Quote dodolgemok 28-12-2018 08:48 AM
Kahkahkah tau takut jugak sundel fake braces ni lepas kena tanya u Dr gigi ke tak. Kepala otak kau sedia perkhidmatan murah, kau ingat braces ni macam service cuci rambut ke apa?
Quote renko 28-12-2018 09:03 AM
apa ada hal
nanti kena dakwa
tumbuk la dinding mahkamah
nanti berdedai2 la jantan2 boroi gersang buat kutipan derma
bayar duit saman nanti
Quote kucingitam 28-12-2018 09:16 AM
gila berani betul...haish
Quote minguk 28-12-2018 09:21 AM
GAMBAR YANG PAKAI BRACES TU DAH LA BULU HIDUNG TERKELUAR.

alaaaaa tercaps pulak..
Quote Nurul8001 28-12-2018 09:28 AM
dodolgemok replied at 28-12-2018 08:48 AM
Kahkahkah tau takut jugak sundel fake braces ni lepas kena tanya u Dr gigi ke tak. Kepala otak kau s ...

Boleh tanya sikit?
Gigi rata tersusun ni faktor genetik ke?

Quote bulan_gerhana 28-12-2018 09:30 AM
budak budak ni masih x ambik iktibar..  kan dah ade kes kene dende 70 k dek.. ko x insap ke dek

kalo xde budget x yah gatai nak pakai braces.. biar gigi bersepah.. janji gigi ko kuat .. ni dek kerana nak gigi kengkonon cantek last last skali ko yg makan bubur seumur hidup..

nak gigi cantek kumpul duit betul.. hah pi buat kat klinik yg berlesen.. rege tu depend juge cam ne structure gigi dgn gusi ko lah... memang la mesti up to 3 k tapi berbaloi kan sebab utk seumur hidup.. ni duit pun x nak simpan.. cam no nak nolong dek
Quote manehnya 28-12-2018 09:37 AM
bila ada masalah kena rujuk klinik gak, doktor gak nk kena repair bila x menjadi
x serik jugak kan



https://soscili.my/nak-pasang-br ... or-gigi-youtube-ni/
Quote kuzaime 28-12-2018 09:50 AM
Ni yg braces, kat ig nun ada yg promote buat veneer gigi. Ada skali saja2 dm tnya, kos bawah rm2k utk 16 btg gigi atas bawah. Siap dia promote kalau nk ambik sijil buat veneer tu, dlm rm4k lebih kalau x silap n lepas tu kau pun boleh buat servis yg sama sbb dah ada sijil

Hal2 yg membabitkan gigi lg baik pergi terus ke klinik..dh sah2 doc tu pakar n tau apa yg dia buat.
Quote Rainrein 28-12-2018 10:06 AM
Bodo la sape yang berani buat. Xde duit kalu simpan la dulu. Ni x, asal dengar murah je sauk. Last last gigi ko yang gugur.
Quote goss79 28-12-2018 10:18 AM
borak2 dgn anak iols, mmg katanya ramai bebudak sekolah dia pakai fake braces sbb acah2 hispter. nampak kaya kot. gilo bebudak zaman skrg..
Quote nisako 28-12-2018 10:21 AM
bodoh tul sape yg pi buat ………….
Quote gurlfriday 28-12-2018 10:27 AM
Aku ni sanggup kumpul duit nk byr deposit bt braces dulu...yg selebihnya byr bulan2....oiii berani tul diorg ni la, dsr bdk2 bbnu la ni nk berbraces bgai
Quote dodolgemok 28-12-2018 10:50 AM
Nurul8001 replied at 28-12-2018 09:28 AM
Boleh tanya sikit?
Gigi rata tersusun ni faktor genetik ke?

Byk faktor salah satunya genetik jua lah. Faktor lain, gigi rosak so cabut awal drpd waktunya, isap jari  smpai menyebabkan gigi jongang, tumbesaran yg x sekata /xcukup gizi seimbang menyebabkan rahang atas atau bawah xcukup besar/terlebih besar menyebabkan susunan gigi xbetul.
Quote dodolgemok 28-12-2018 10:52 AM
kuzaime replied at 28-12-2018 09:50 AM
Ni yg braces, kat ig nun ada yg promote buat veneer gigi. Ada skali saja2 dm tnya, kos bawah rm2k ut ...

Itu modus operandi mereka yg terbaharu. Buat veneer pulak. Padahal kebersihan gigi pesakit tu kotor yg amat tpi pakai letak jah veneer sesuka hati. Ujong2 gusi kembang berdarah, gigi asal jdi longgar kena cabut.
Quote Muntz 28-12-2018 10:55 AM
Aku heran skarang ni gigi tersusun elok pun pakai braces. Ker mmg trend skarang pakai braces gitu? Aku pun tak faham. Kalau kat Western, org nerd jer pakai braces dgn spec bulat. Ker suka jadi nerd? Ntahlah. Tak faham trend bebudak zaman skarang.
Quote zafira 28-12-2018 11:19 AM
baru jumpa sorang budak ni baru pakai braces... kenal lah juga... tanya dia kenapa pakai braces... dia tak jawab... nak kata muda tak juga... dah tua bangka... aku pun heran.. ini tak lain tak bukan mesti ikut trend... gigi dia sedia ada tak ada cacat cela... elok tersusun... lagi mau pakai braces... tak paham betul... tanya gak dia berapa buat... dia kata RM200... alahai sayangnya.. dibuatnya berkarat dalam mulut...tak ke naya  
Quote pyropura 28-12-2018 11:26 AM
See, Dr Amalina yg dihencap seluruh Msia dulu sebagai pelacur tu jugak yg mendedahkan kebenaran dan menyelamatkan ummah. Lobai2 isele buat apa? Heboh dek Icerd dan maki keling jah

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.189651 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top