CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Stres Dengan Kewangan, UMNO Jadikan Pusat Latihan ILMU Sebagai Resort

28-12-2018 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3793| Komen: 13

Description: UMNO bakal membuka Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) kepada orang awam untuk dijadikan sebagai tempat penginapan komersial sama ada untuk bercuti atau aktiviti membina semangat dan mengukuhkan ...
UMNO bakal membuka Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) kepada orang awam untuk dijadikan sebagai tempat penginapan komersial sama ada untuk bercuti atau aktiviti membina semangat dan mengukuhkan pasukan sebelum akhir Mac 2019.



Foto: Astro AWANI

Menurut The Malaysian Insight seperti dipetik Astro AWANI, langkah itu ekoran masalah kewangan dihadapi UMNO selepas kehilangan kuasa.

Difahamkan, pusat latihan UMNO di Janda Baik itu kini di bawah pengurusan Putrade Property Management Sdn Bhd (Putrade) yang turut menguruskan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Menara Dato Onn yang menempatkan ibu pejabat parti.

“Kami baru ambil alih, mungkin pengubahsuaian semula ambil masa beberapa bulan sebelum boleh dibuka kepada umum. Kita jangkakan siap pada Mac nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Putrade, Shamsul Kamar Ahmad seperti dipetik daripada The Malaysian Insight.



Foto: Foursquare

ILMU sebelum ini menjadi tempat eksklusif parti itu bagi tujuan pengkaderan dan latihan perang saraf UMNO serta program tertutup berkaitan parti akan dibuka kepada orang ramai sebagai resort.

“Selama ini UMNO menguruskan sendiri ILMU. Sekarang Putrade ambil alih untuk diuruskan secara komersial. Cadangan untuk dijadikan resort dan pusat latihan sesuai untuk diadakan mesyuarat, persidangan dan hari keluarga.

“Di sini sesuai kerana ada pelbagai jenis bilik seperti rumah tiga bilik, bilik-bilik dan bilik asrama. Budak sekolah atau pelajar universiti juga boleh datang untuk ambil bahagian dalam aktiviti seperti bina semangat,” tambahnya. - CARI
11

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 28-12-2018 05:25 PM
baguslah.pandai lah korang nak survive
Quote LostStar 28-12-2018 10:19 PM
Ok, Teringin nak masok duduk situ.. dlu kalau hantaq fail ke bos.. kt lobi jah. Huhu..
Quote LautBiru52 29-12-2018 09:35 AM
Janda baik lokasi menarik sesuai untuk tenangkan fikiran. Dekat dengan air terjun tak?
Quote roy3 29-12-2018 09:43 AM
Kursus berdemo haritu katne
Quote onexox97 29-12-2018 10:24 AM
Ada swimming pool tak,kalu ada nak pergi
Satu bilik berapa satu malam
Quote Malaysia.Doom 29-12-2018 11:14 AM
roy3 replied at 29-12-2018 09:43 AM
Kursus berdemo haritu katne

Dekat situ la kot...last pakai Oktober lepas...pakai untuk latihan demo jalanan le tu.
Quote cHimo 29-12-2018 11:24 AM
Sampai macam tuh sekali... tahap kritikal dah tuh
Quote Victorioussss 29-12-2018 02:10 PM
ILMU stands for?

institut latihan macai umngok ke..sis tanya
Quote Tlalu 29-12-2018 02:14 PM
semoga berjaya.dan maintenance kewanagn dgn molek ....jgn asyik retreat jer lol.....
Quote jofizo 29-12-2018 03:06 PM
Billionaire dlm umno pakat2 la tong2 sorg  0.1% harta korg utk perjuangan parti. Time senang korg laut,  time susah matikan diri...
Quote MarryPottet 29-12-2018 11:47 PM
cer siasat cemana cara umngok dapat tanah tu. jeng!...jeng!....jeng!
Quote precious_chicas 30-12-2018 06:36 PM
Institut Latihan Memperkasa Ummah? Bukan ke Inst Lati Memperkasa UMNO?
Quote Tapayana 31-12-2018 11:44 AM
jadi sah2 la selama ni umno opret guna duit dr kerajaan?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.065562 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top