CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Pengsan Beberapa Kali Tengok 3 Mayat Anak

31-12-2018 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23964| Komen: 314

Description: Ibu tiga beradik yang maut lemas dipukul ombak besar di Pantai Sura Tengah, semalam, dilaporkan pengsan beberapa kali sebaik melihat mayat ketiga-tiga anaknya diusung anggota polis.
Ibu tiga beradik yang maut lemas dipukul ombak besar di Pantai Sura Tengah, semalam, dilaporkan pengsan beberapa kali sebaik melihat mayat ketiga-tiga anaknya diusung anggota polis.




Berita Harian melaporkan, ibu bapa mangsa, Zawawi Wahab, 42, dan Nur Syahida Abdullah, 36, hadir di Bilik Forensik, Hospital Dungun bagi menunggu proses bedah ketiga-tiga mangsa.



Menurut laporan, mayat Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 7.48 pagi tadi, lima kilometer (km) dari tempat kejadian, manakala Nurain Salsabila Zawawi, 6, ditemui kira-kira 1km dari darat jam 9.40 pagi.


Sementara itu, Nurain Fatma, 10, ditemui penduduk kampung jam 11.03 pagi kira-kira 5 km dari lokasi kejadian, kata Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah.


Foto: BH Online/NSTP

“Semua mayat tiga beradik itu dibawa ke Bilik Forensik, Hospital Dungun, untuk siasatan lanjut.

“Sebaik selesai proses bedah siasat, semua jenazah berkenaan akan dibawa pulang ke Kampung nenek mangsa di Rantau Panjang, Kelantan, untuk dikebumikan,” katanya.


Foto: Utusan

Terdahulu, tiga beradik terbabit yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dikatakan mengikuti ibu saudara mereka ke Dungun untuk bercuti sebelum dilaporkan dikhuatiri lemas selepas dipukul ombak besar kira-kira jam 4.45 petang, semalam. - CARI
10

Bagus
6

Marah
13

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 30-12-2018 11:04 PM
Ni mesti main kat pantai surut tu..  Bahaye jalan kaki sampai ke tengah nu..  
Quote batmana 30-12-2018 11:09 PM
apa punya mak sedara lar
mak sedara ni umo 17 tahun ke apa?
tarak otak,

jagala btul2, amanah tu
nyawa budak2

harap penjarakan mak sedara tu aja, pasal cuai
Quote Remyda 30-12-2018 11:17 PM
Jabatan meteorologi sudah memberi amaran

Apesal ramai sangat bebal.
Sekaligus hilang serentak
Hmm
Quote Decaffeinated 30-12-2018 11:21 PM
batmana replied at 30-12-2018 11:09 PM
apa punya mak sedara lar
mak sedara ni umo 17 tahun ke apa?
tarak otak,

aku salah kan mak bapak budak tu.

boleh pulak dia lepas 3 orang anak untuk orang jaga. Mak sedara tu memang tak kan boleh handle all three, simple. Budak2 bila nampak air boleh lupa dunia. Dorang tau tak ni musim apa?

Btw, they already paid a price. Nak hempuk pun tak guna.


Quote jazaa100 30-12-2018 11:29 PM
3orang sekali.....

Harap selamat lah.....
Quote Shayang 30-12-2018 11:34 PM
Pantai area situ tu walau lawa tapi tak sesuai mandi bahaya. Berkelah bolehlah tengok keindahan pantai tapi jangan sesekali main air, dah banyak kali kejadian gini berlaku area situ.
Quote kbyne 30-12-2018 11:46 PM
hotel,resort ,patut sediakan safety equipment,cth lifejacket utk swimming...atleast bila main air takla risau sangat...
Quote matkpop 31-12-2018 12:06 AM
kesian nya. 3 sekali tu. hilang sorang pun dah perit apa lagi banyak macam ni. takziah
Quote cmf_premierleag 31-12-2018 12:08 AM
Decaffeinated replied at 30-12-2018 11:21 PM
aku salah kan mak bapak budak tu.

boleh pulak dia lepas 3 orang anak untuk orang jaga. Mak seda ...

khueen
sah2 la skang musim monsoon bagai
jadahnya nk lepak kat pantai bagai
bingai punya parents
Quote stania83 31-12-2018 12:10 AM
dari berita mcm lepak tepi pantai, sekali ombak besar kaut semua,,
Quote anarina 31-12-2018 12:24 AM
Baca ayat last, 9pm pun belum ada hasil, very unlikely selamat, parents boleh redha jelah, dah la nak buka sek
Quote cap_ayam 31-12-2018 12:32 AM
Allahuakbar. Besar betul dugaan keluarga ni.
Quote b_n_c 31-12-2018 12:35 AM
Decaffeinated replied at 30-12-2018 11:21 PM
aku salah kan mak bapak budak tu.

boleh pulak dia lepas 3 orang anak untuk orang jaga. Mak seda ...

ni la sebab nya aku gayat nak lepas anak kt org lain even atuk n nenek...
kalau jadi apa2 kita yg akan ralat sendiri..
Quote mrseller 31-12-2018 12:37 AM
Anak anak nak main air pastikan anak2 depan mata. Jangan harap ke orang atau main henpon.
Quote faraway1 31-12-2018 12:46 AM
sorang jaga 3, ingat senang, kalau sorang lari ke kiri sorang ke kanan...
menyerit pun tak guna... so tak kira gossip apa, memang me tak harap orang
walaupun adik sendiri jaga anak... anak sendiri jaga sendirilah... ialah buat camni..
tipulah kalau tak berdetik di hati salahkan mak saudara tu sebab tak jaga anak bebetul.
Quote kuzaime 31-12-2018 01:06 AM
Ya Allah, besar betul dugaan utk mak ayahnya
Kdg anak2 bila kita x bagi ikut mak/bapak saudara sndiri, dorang mesti nangis2 nak ikut jugak, lagi2 ada sepupu lain ikut sekali.
Quote Potpouri 31-12-2018 01:26 AM
Edited by Potpouri at 31-12-2018 01:29 AM
faraway1 replied at 31-12-2018 12:46 AM
sorang jaga 3, ingat senang, kalau sorang lari ke kiri sorang ke kanan...
menyerit pun tak guna...  ...


Betul.. mana mampu nak jaga budak ramai2.. semua mcm2 ragam.. tapi bila tak nak tinggal anak kt kampung or bg anak ikut sedara nanti ada la mulut2 mengata. Aku selalu lantakkan je org nak kata apa..

Ni pun musim banjir kat kampung.. Sibukla orang2 kampung tanya taknak balik ke main bah? Dalam hati aku, bodoh apa nya nk main air lopak tu. Ntah apa2 tah.. nasib tak baik hanyut dalam banjir terus
Quote bungarose 31-12-2018 01:31 AM
Simpati pada parents mangsa2.....hilang 3 anak sekaligus
ituler serba salah nak tinggalkan anak2 pada sesiapa pun...... at least bila malam tu .....anak2 ader depan mata
Quote scorpionkiki 31-12-2018 02:02 AM
Blh jd gila mak.bapak lepas ni...tengok brg brg anak...dgn sekolah nak buka ni..

Lihat semua komen(314)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.289248 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top