CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Giveaway iPhone Tu Sebenarnya Menipu, Ramai BBNU Terpedaya

3-1-2019 11:07 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3910| Komen: 6|Original author: Oleh: Azza

Description: Kredit foto:Telefon pintar iPhone memang 'berhantu'. Bukan 'hantu' yang mistik tetapi lebih kepada kuasa membuatkan ramai individu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gajet mewah ini.Terbah ...



Telefon pintar iPhone memang 'berhantu'. Bukan 'hantu' yang mistik tetapi lebih kepada kuasa membuatkan ramai individu sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gajet mewah ini.

Terbaharu wujud trend di laman media sosial, terutamanya Twitter supaya mewar-warkan sebuah akaun yang dikatakan mahu memberi iPhone secara percuma kepada individu yang bertuah. Dengan mensasarkan remaja bawah 20 tahun (BBNU), akaun yang bernama Chanzynash (namanya menyamai Insta Famous) berjaya mendapatkan jumlah pengikut yang ramai tidak sampai dua bulan.

Modus operandinya mungkin sekadar suka-suka mahu menambahkan pengikut, namun ada juga mengatakan ramai yang percaya dengan akaun tersebut sehingga sanggup membeli iPhone dengan harga murah!


Kredit foto: Twitter

"Dah 2019 ni, kalau masih ada yang percaya nak bagi iPhone free, maknanya kau memang bodoh, bengap dan tolol."

Bagi netizen yang waras, mereka menganggap itu adalah penipuan 'scammer' semata-mata untuk popular di media sosial. Malahan maklumat yang diberikan juga salah kerana telefon yang diwar-warkan salah 'spec' iaitu iPhone 8plus 128gb, sedangkan iPhone tidak mempunyai kategori tersebut.

Kredit foto: Carian Internet

Melihat pada komen dan 'retweet', ramai mangsa mengharapkan agar mendapat iPhone dengan pelbagai alasan seperti belum pernah menggunakannya, mahu menghadiahkan kepada kakak dan sebagainya. Apabila mereka mengulang kicau status tersebut, ia membuatkan lebih ramai yang turut mengulang kicau hingga akaun tersebut mencapai pengikut sehingga 10,000 orang dalam masa dua bulan.


Ada individu yang menggunakan nama hampir sama dengan Chazynash  - IG


Sementelah pula akaun tersebut menggunakan nama Chanzynasz iaitu hampir serupa dengan Insta Famous mungkin membuatkan ramai percaya itu adalah Chazy Nash yang sebenar. Ramai yang termakan perangkap ini, namun tidak kepada mereka yang faham permainan 'scammer' ini.




Ramai terpedaya apabila melihat iklan mengenai telefon murah. Apatah lagi kononnya ada yang bermurah hati mahu memberikannya secara percuma. Maka berlumba-lumba golongan ini mengulang kicau dengan harapan agar dipilih sebagai pemenang bertuah. Walhal, ini adalah strategi pemasaran mereka atau pun mereka memang 'scammer' yang sekadar berselindung di sebalik nama 'giveaway'.

'Scammer' seperti ini semakin berleluasa dengan bantuan netizen yang tidak menyedari penipuan mereka sebaliknya mempromosikan lagi akaun tipu mereka. Kebanyakan penipu ini akan menukar nama mereka setelah mencapai impiannya. Jadi, sampai bila kita harus biarkan 'scammer' menipu anak bangsa kita? - CARI 
19

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 3-1-2019 11:22 AM
hospital gomen pun kena bayar singgit dua..ada lagi yg percaya org nak bg hp free..iphone lak tu..
Quote umbut 3-1-2019 11:44 AM
Budak2 muda memang kemaruk.. dah tua nanti insaf ye kalau hutang keliling pinggang
Quote EvieWanKenobi 3-1-2019 12:26 PM
mana ada benda free dalam dunia..
Quote pearl.silver 3-1-2019 12:57 PM
Chazynash tu sapa tiba2 dpt berlakon tv
Siap dgn bini sekali bw berlakon tp xreti gitu..
Quote Putriputeh 3-1-2019 08:48 PM
nak free aje
Quote PU-ndan 5-1-2019 08:42 AM
beria2 warn org lain pasal so-called scammer.  bukannya kena bayar duir pun follow akaun twitter org.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057991 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top