CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enggan Bayar Bil Rias Kuku, Pelanggan Lenyek Pekerja Salon Hingga Mati

3-1-2019 10:31 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4779| Komen: 23|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Polis Los Angeles sedang memburu seorang wanita yang melanggar mati seorang pekerja salon rias kuku dengan sebuah kereta curi kerana enggan membayar bil sebanyak USD35 (RM145).
Polis Los Angeles sedang memburu seorang wanita yang melanggar mati seorang pekerja salon rias kuku dengan sebuah kereta curi kerana enggan membayar bil sebanyak USD35 (RM145).


 
Kredit foto: NewsBeezer

Sumber polis memberitahu CBS News bahawa Nhu Annie Ngoc Q. Nguyen, 51, seorang ibu dengan tiga anak perempuan cuba menahan pelanggan itu daripada meninggalkan salon kerana kad kreditnya ditolak. Kerana geram, pelanggan itu memandu keretanya dan melenyek mati Nguyen sehingga beberapa meter daripada kedai tersebut.

 
Kredit foto: Buzzfeed


Nguyen mati disebabkan kecederaan serius. Polis mengelaskan kes ini sebagai pembunuhan dan identiti suspek masih lagi belum dikenal pasti. Siasatan polis turut mendapati kereta yang digunakan oleh suspek ditinggalkan di sebuah apartmen usang. Kereta tersebut juga dikatakan kereta sewa yang dilaporkan hilang baru-baru ini.   

 
Kredit foto: Buzzfeed

Menurut beberapa saksi, pelanggan wanita tersebut memberitahu Nguyen beliau mahu mengambil duit di keretanya selepas kad kreditnya ditolak. Selepas ditahan, wanita itu cuba melarikan diri dan dihalang oleh Nguyen. 

Bagaimanapun, tiba-tiba dia menghalakan keretanya ke arah Nguyen dan melenyeknya sehingga beberapa meter daripada kawasan kedai.

Rakan-rakan Nguyen kini memulakan sebuah laman GoFundMe untuk mengutip derma bagi keluarganya. 

"Beliau seorang yang rajin, bekerja keras, 12-14 jam sehari, 7 jam seminggu untuk perbelanjaan tiga anak gadisnya di universiti. Tetapi, nasibnya berakhir dengan malang," kata salah seorang sahabatnya.

Semoga pembunuh itu dapat ditangkap dan diberi hukuman sewajarnya. - CARI
11

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
14

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 3-1-2019 10:34 AM

Mati yang sia sia.

PAdahal bukan banyak mana pun. Boleh jer ambil no plate dan report polis.
Quote Sang_Pencinta 3-1-2019 10:37 AM
DARSITA replied at 3-1-2019 10:34 AM
Mati yang sia sia.

PAdahal bukan banyak mana pun. Boleh jer ambil no plate dan report polis.

Kan? Kejar macam tu sekali

Aku selalu ingatkan anak buah yg kerja part time 7-E kalau ada orang merompak kau kasi je semua duit

Tak payah melawan, mati sia2
Quote miszclassique 3-1-2019 11:04 AM
Dia pun tak sangka orang tu nak langgar dia macam tu sekali..mana boleh salahkan mangsa
iols paham je kenapa dia nk mintak jugak duit tu. Dah dia buat kerja penat2 pastu orang tak bayar, kalau tu kedai bapak dia ok la kot..ni tak pasal2 gaji pulak kena potong nanti bila customer tak bayar..
Mungkin value duit tu besar pada dia
Quote lavakru 3-1-2019 11:05 AM
DARSITA replied at 3-1-2019 10:34 AM
Mati yang sia sia.

PAdahal bukan banyak mana pun. Boleh jer ambil no plate dan report polis.

sia sia lagi hidup kau, bagi rasuah rm100, mati masuk neraka


Quote Artemesiaa 3-1-2019 11:10 AM
Moga pelaku segera tertangkap
Quote DARSITA 3-1-2019 11:13 AM
miszclassique replied at 2-1-2019 07:04 PM
Dia pun tak sangka orang tu nak langgar dia macam tu sekali..mana boleh salahkan mangsa
iols paham  ...



Itu kedai dia & her boy friend lah.

Dia pergi berpaut pada kereta orang tu siapa suruh?


Quote minguk 3-1-2019 11:18 AM
demi usd35, nyawa tergadai.
tkziah
Quote miszclassique 3-1-2019 01:14 PM
DARSITA replied at 3-1-2019 11:13 AM
Itu kedai dia & her boy friend lah.

Dia pergi berpaut pada kereta orang tu siapa suruh?

Ada video ke dia berpaut?
Ohh tu kedai dia la ea..tak tulis kat berita atas tu..ingatkan pekerja je sebab tulis pekerja
Quote kasibiman 3-1-2019 01:36 PM
Dah tentu nigger punya keje.
Quote Orix 3-1-2019 01:38 PM
Beliau seorang yang rajin, bekerja keras, 12-14 jam sehari, 7 jam seminggu


7 jam seminggu ? wartawan cari mabok ketom ka
Quote DARSITA 3-1-2019 01:40 PM
kasibiman replied at 2-1-2019 09:36 PM
Dah tentu nigger punya keje.



Nope. White.


Quote zorrro_03 3-1-2019 02:34 PM
DARSITA replied at 3-1-2019 10:34 AM
Mati yang sia sia.

PAdahal bukan banyak mana pun. Boleh jer ambil no plate dan report polis.

mungkin arwah anggap penjenayah tidak akan sanggup lakukan kejam pada tahap tersebut.
Quote moonbug 3-1-2019 02:36 PM
Kesiannya susah-susah cari makan. Dah tak nak bayar ko bunuh pulak orang tu
Quote mieymiey 3-1-2019 02:37 PM
Semoga kematian mendiang terbela.
Sila tangkap pompuan gila tu.
Quote kasibiman 3-1-2019 02:46 PM
DARSITA replied at 3-1-2019 01:40 PM
Nope. White.

Sites? Redneck punya keje? Wow.

Mmg donia dah nak kiamat....
Quote gigahertz 3-1-2019 06:09 PM
zorrro_03 replied at 3-1-2019 06:34 AM
mungkin arwah anggap penjenayah tidak akan sanggup lakukan kejam pada tahap tersebut.

aku tak boleh baca berita2 gini.kalau aku keje kat kedai salon.nanti org dtg rebonding aku mati
Quote zorrro_03 3-1-2019 09:31 PM
gigahertz replied at 3-1-2019 06:09 PM
aku tak boleh baca berita2 gini.kalau aku keje kat kedai salon.nanti org dtg rebonding aku mati

Sebab tu kita hidup seharian kena prepare for worst  bertindak cepat dan selamat kan keadaan
Quote leylapple 4-1-2019 03:29 PM
minguk replied at 3-1-2019 11:18 AM
demi usd35, nyawa tergadai.
tkziah

sesetgh org ingat, ala.... sikit jer..tak berbaloi nak mati demi duit tak sampai ribu2..

but mungkin duit tu ssh dia nak dapat?dan mungkin jugak itu harga servis yang paling mahal kat salon dia?

kalau dia tak dapatkan duit tu, mungkin gaji kena tolak double?
Quote Foxey 4-1-2019 03:40 PM
pelanggan tu pun, kalau taknak bayar usd35 tu, jangan la sampai melenyek orang tu dengan kete. orang dah rendered service, of course dia expected to be paid. tapi ye lah, mana dia nak tau dia kejar tu, dia pulak kene lenyek.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.300546 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top