CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Wah! Bintang-Bintang Korea Yang Bakal Tamat Khidmat Tentera Tahun Ini

11-1-2019 12:09 PM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 9834| Komen: 27|Original author: Oleh: The Queen

Description: Pasti peminat menantikan kemunculan semula bintang korea ini setelah lama menghilang.

Di Korea, semua lelaki diwajibkan menyertai program khidmat tentera sekali seumur hidup. Memang ada yang mendapat pengecualian ,tetapi mereka masih perlu berkhidmat untuk kerajaan seperti khidmat komuniti/masyarakat.

Program Khidmat Tentera di negara tersebut mengambil masa selama 2 tahun! Bayangkan artis yang anda sayangi tidak dapat muncul di kaca televisyen selama 2 tahun dan mereka terpaksa menghentikan semua aktiviti seni mereka serta menanggung risiko akan 'dilupakan' oleh peminat mereka. 

Bagi peminat setia artis ini, pasti sudah tidak sabar menantikan artis-artis ini menamatkan perkhidmatan mereka dalam khidmat tentera. 

Jom kita lihat senarai antara bintang sensasi korea yang bakal menamatkan khidmat tentera pada tahun 2019!


1. JOO WON

Kredit foto : www.soompi.com
Siapa tak kenal aktor berbakat ini kan? Dia merupakan artis terawal yang akan menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2019 dan dijangka keluar pada 5 Februari. Pastinya ramai penerbit drama akan berebut untuk tandatangan kontrak drama dengannya selepas ini!


2. BEENZINO


Bintang Rap Beenzino juga bakal keluar pada Februari ini. Segala perkembangannya sentiasa di'update' oleh teman wanitanya di Instagram. Peminatnya pasti tak sabar menantikan kemunculannya kembali di arena muzik Korea!


3. IM SIWAN

Kredit foto : www.soompi.com
Anggota kumpulan penyanyi ZE:A ini juga merupakan seorang pelakon. Mula dikenali menerusi lakonannya dalam drama The Moon Embracing The Sun. Dia juga bergandingan bersama Yoona SNSD dalam drama 'The King Loves' sejurus sebelum mula berkhidmat. Dia dijangka tamat perkhidmatannya pada 27 Mac 2019!


4. LEE MIN HO

Kredit foto : www.soompi.com
Siapa tak kenal aktor kacak dan berbakat ini kan? Mula terkenal melalui lakonannya dalam drama bersiri 'BOYS OVER FLOWER', Lee Min Ho menjadi kegilaan para wanita. Disebabkan dia pernah kemalangan kereta dan terpaksa dimasukkan besi pada kakinya, dia telah bertugas sebagai pekerja khidmat awam di Pejabat Daerah Gangnam. Kini dia sedang berkhidmat di Pusat Kebajikan Masyarakat di Kejiranan Suseo. Aktor ini bakal tamat berkhidmat pada 25 April! 


5. JI CHANG WOOK

Kredit foto : www.soompi.com
Kemunculannya dalam drama 'Healer' telah melonjakkan namanya dalam industri lakonan Korea.Dia terkenal dengan lakonan aksi yang memukau penonton. Dia juga berkebolehan dalam nyanyian kerana mempunyai suara yang merdu dan telah terlibat dalam pelbagai teater muzikal selama ini. Dengan bakatnya itu, dia kini menyertai Muzikal Ketenteraan di Akademi Tentera Shinheung bersama Kang Ha Neul dan Seunggyu. Beliau dijangka kembali ke arena seni pada 27 April! 

6. Taecyeon 2PM

Kredit foto : www.soompi.com
Penyanyi kumpulan 2pm dan juga pelakon ini bakal menemui anda kembali kerana dia bakal menamatkan perkhidmatannya pada 16 Mei. Diadijangka akan meneruskan aktiviti lakonannya sementara menunggu ahli-ahli 2PM yang lain menamatkan khidmat tentera. 

7. KANG HA NEUL

Kredit foto : www.soompi.com
Dia merupakan pelakon yang sangat berbakat menerusi pelbagai drama dan turut bersama Ji Chang Wook menyertai Muzikal ketenteraan. Dia akan tamat berkhidmat pada 23 Mei.


8. KIM SOO HYUN

Kredit foto : www.soompi.com
Pastinya bintang yang satu ini dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Aktor kacak yang bakal memasuki usia 30-an ini bakal menemui anda pada 1 Julai!


9. JUNG YONG HWA

Kredit foto : www.soompi.com
Jung Yong Hwa bersama semua ahli CN Blue sedang berkhidmat dalam program khidmat tentera. Dia merupakan ahli yang paling awal akan kembali menemui anda pada 3 November 2019.

Wah! Pasti anda sudah tidak sabar menanti kemunculan mereka di kaca televisyen kan? -CARI
8

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 11-1-2019 01:38 PM
Rasa mcm baru je kang ha neul masuk..haha
Yg lee min ho plak rasa mcm dh lama sgt masuk..
Quote alien88 11-1-2019 02:50 PM
Taecyeon~~ lama lagi la nk tggu semua member 2PM hbs military..
Junho & Chansung masuk pon belum
Quote Artemesiaa 11-1-2019 03:31 PM
Meriah balik ler dengan kdrama baru nanti
Quote honeystar_11 11-1-2019 07:10 PM
Kim Soo Hyun, 2PM Taec Yeon & Ji Chang Wook
Quote nadie90 11-1-2019 10:49 PM
Depa2 ni la penyeri k-drama....lps depa msuk askar byk pelakon2 bru buat kemunculan...hrp lps kluar nnt depa dpt projek drama bru yg bgus2....
Quote Sazida 13-1-2019 10:18 AM
Aku tgk muka semua sepesen je. Mcm mana korang bezakan ek?
Quote kisahkeaku 13-1-2019 11:46 AM
Sazida replied at 13-1-2019 10:18 AM
Aku tgk muka semua sepesen je. Mcm mana korang bezakan ek?

samelah kita.kohkohkoh...iols smpi skrg cuma cam lee min hoo,gong yoo,member kump bigbang dgn rain je
retis baru skrg mmg x kenal.
Quote CikNano 13-1-2019 12:57 PM
ohhh JI CHANG WOOK...my boy crush
Quote Sazida 13-1-2019 03:32 PM
kisahkeaku replied at 13-1-2019 11:46 AM
samelah kita.kohkohkoh...iols smpi skrg cuma cam lee min hoo,gong yoo,member kump bigbang dgn rain ...

tau xpe. Iols cuma kenal gary,kwangsoo yg runningman tu. Dua tu je lahh yg iols boleh catat dlm kepala rupa bentuk dorang. Kalau hero tamil yes iols kenal satu2.huhuhu
Quote nishikido 13-1-2019 07:25 PM
Yg penting kwanghee i dah keluar..rasa sunyi variety show korea bila he xde..btw,masih setia menunggu gd oppa keluar
Quote Orix 13-1-2019 08:29 PM
Ha Neul n Yong Hwa
Quote akumak 15-1-2019 07:39 PM
Edited by akumak at 15-1-2019 07:41 PM

oh my ha neul... crush sgt dgn Wang Wook (Prince Wook) dalam scarlet heart

Quote GigaMom 3-3-2019 05:13 PM
Antara program yg bagus utk jantan2 sedar jantina memasing
Ni dh lama xd khabar plkn
Makin banyak pulak transgender membiak


Quote bezita60 8-3-2019 11:46 AM
Serupa je semua..
Quote aciklola 21-3-2019 12:58 PM
nishikido replied at 13-1-2019 07:25 PM
Yg penting kwanghee i dah keluar..rasa sunyi variety show korea bila he xde..btw,masih setia menungg ...

kenapa dengan kwanghee hahahahahaha

aku ingat dia tu takde peminat tau
Quote tikusmontok 26-3-2019 10:00 AM
bila lah msia nak buat khidmat Negara mcm ni. plkn tu tak jadi apa pun.
Quote Choc-chip 27-3-2019 11:01 PM
Im Siwan dah tamat... Hope dia buat comeback drama best...
Quote ottokei 27-3-2019 11:43 PM
Sazida replied at 13-1-2019 10:18 AM
Aku tgk muka semua sepesen je. Mcm mana korang bezakan ek?

Kena tengok dengan mata hati sis. Lain sesangat
Quote ottokei 27-3-2019 11:45 PM
Wookie saranghae

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.062816 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top