CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cara Penyimpanan Ubat Kanak-Kanak Yang Betul. Dah Tau Ke Belum?

7-1-2019 01:10 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 3248| Komen: 4|Original author: Oleh: Monolog

Description: Kebiasaanya ubat yang diberi kepada kanak-kanak adalah dalam bentuk cecair.Bagaimanakah cara anda menyimpan ubat-ubat ini?Adakah caranya betul?kredit foto : googleMemetik sumber dari doktorbudak.com b ...
Kebiasaannya ubat yang diberi kepada kanak-kanak adalah dalam bentuk cecair. Bagaimanakah cara anda menyimpan ubat-ubat ini?Adakah caranya betul?

Kredit foto : google
Memetik sumber dari doktorbudak.com berikut adalah panduan berguna untuk dikongsikan berkenaan cara penyimpanan ubat-ubat kanak-kanak dengan betul.


1. Label
Arahan penyimpanan yang disyorkan boleh dibaca pada label yang terdapat pada botol.
Kadangkala ada ubat ubat-ubat khas telah dinyatakan cara penyimpanannya pada label yang terdapat pada botol ubat.



2. Persekitaran
Suhu memainkan peranan penting dalam cara penyimpanan ubat, supaya ia tidak dicemari oleh mikroorganisma dan menyebabkan keberkesanan ubat hilang.Ubat cecair biasanya perlu disimpan ditempat yang sejuk,kering dan dilindungi daripada cahaya matahari.

Umumnya ia tidak boleh terdedah pada suhu yang ekstrem dan kelembapan yang tinggi.Seperti yang kita lihat dikaca televisyen dalam cerita barat, penyimpan ubat di dalam almari di dalam bilik air adalah tidak digalakkan sama sekali kerana keadaannya yang lembap.Begitu juga jika ubat cecair disimpan di dalam kereta, kerana keadaan suhunya panas.

Kredit foto :google
3. Jenis Ubat Cecair

Terdapat dua kategori ubat dan cara penyimpanan yang berbeza.

Ubat cecair dengan pengawet

Ianya mengandungi pengawet dan perlu disimpan pada suhu bilik kecuali ubat khas yang perlu dirujuk pada label botol.Ubat cecair yang mengandungi pengawet yang telah dibuka tidak seharusnya disimpan melebihi 3 bulan atau melampui tarikh luput ( ia bergantung tarikh yang mana lebih dahulu ).Manakala ubat yang belum dibuka boleh disimpan sehingga tarikh luput  sekiranya ia disimpan di tempat yang betul.

Ubat cecair tanpa pengawet atau serbuk

Bagi ubat cecair jenis ini ,bacalah nasihat pada label untuk mengetahui tempoh penyimpanan. Sekiranya pada label tiada dinyatakan tempoh penyimpanan,jangan simpan ubat ini lebih daripada dua minggu . Penting ubat ini disimpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan keberkesanannya.Ubat antibiotik yang dibancuh sendiri ( rekonstitut sendiri )adalah contoh ubat tanpa pengawet.

4. Warna dan bau ubat

Walaupun ubat tersebut belum sampai tarikh luputnya, sekiranya ada perubahan pada warna dan bau anda disarankan supaya tidak menggunakannya.

5. Botol ubat dari klinik

Kebiasannya botol ubat cecair yang diperolehi daripada klinik tidak mempunyai arahan penstoran dan mengandungi cairan ubat berpengawet.Oleh kerana tiada label dan tarikh luput, ia seharusnya hanya boleh disimpan tidak lebih daripada 3 bulan dari tarikh anda menerima ubat tersebut.

6. Bekas asal

Ubat perlu disimpan didalam bekas asalnya, penukaran atau pemindahan ubat ke dalam bekas lain adalah tidak digalakkan. Ia bagi mengelakkan terutama kanak-kanak tersalah sangka terhadap ubat tersebut. (khuatir disangkakan makanan atau sejenis minuman ).Sesetengah ubat seperti antibiotik sangat sensitif mengenai bekas penyimpanan ubat kerana faktor cahaya.

7. Lokasi

Harus dipastikan lokasi ubat yang disimpan perlu jauh daripada kanak-kanak.
Sebaiknya ia diletakkan di paras yang tinggi dan tidak boleh dicapai serta jauh dari penglihatan anak-anak kecil.

Oleh itu kesimpulannnya jangan sayang membuang ubat sekiranya telah luput atau tercemar ya. Sebab ubat yang dimakan akan jadi sia-sia kerana tidak berkesan pun.Paling penting jauh capaian daripada kanak-kanak. -CARI
9

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-1-2019 01:14 PM
Tips berguna
Quote madammind 7-1-2019 04:15 PM
info berguna
Quote jpbstarlife 7-1-2019 05:54 PM
tq for sharing... sgt membantu sbab byk ubat anak kat rmh..
Quote ninu 22-3-2019 03:17 PM
ouhh...tips berguna..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.053871 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top