CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dicerai Suami, Wanita Culik Bayi Baru Lahir Di Hospital

8-1-2019 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2705| Komen: 13

Description: Seorang wanita terdesak mendapatkan zuriat hingga sanggup menculik bayi baru lahir di sebuah hospital.
Seorang wanita terdesak mendapatkan zuriat hingga sanggup menculik bayi baru lahir di sebuah hospital.



Memetik Mirror, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita merayau-rayau di koridor hospital sebelum menculik seorang bayi apabila ibunya sedang tidur.

Sebaik kakitangan hospital menyedari bayi berkenaan tiada di dalam katilnya, mereka segera memaklumkannya kepada polis.



Difahamkan, wanita dan bayi itu ditemui pada hari sama sebelum polis menahan suspek.

Menurut media tempatan, wanita dari Hetian, China itu dikatakan berdepan masalah memiliki zuriat selepas beberapa kali keguguran dan khuatir suami akan menceraikannya.

Menerusi rakaman CCTV pada 26 Disember itu, suspek dilihat berkeliaran di koridor wad bersalin sebelum meninggalkan premis berkenaan bersama seorang wanita yang mengendong bayi terbabit dalam bungkusan selimut.



Hasil pemeriksaan rakaman CCTV, polis berjaya mengesan suspek pada hari sama, lapor portal Pear.



"Kami mengenal pasti identiti mangsa berdasarkan rakaman CCTV hospital. Wanita itu dilihat sedang merayau-rayau di sekitar koridor hospital dan memasuki beberapa wad berbeza.

"Sebaik mendapati salah seorang pesakit yang baru melahirkan sedang tidur, suspek mengambil bayinya dan meninggalkan premis," kata jurucakap polis.



Polis kemudian mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang mereka naiki dan meminta pemandunya memberhentikan kereta serta-merta.

Polis juga meminta pemandu untuk menahan penumpangnya sehingga pihak berkuasa tiba di lokasi.

Menurut suspek, dia terpaksa melakukan jenayah itu kerana diugut akan diceraikan suami kerana tidak boleh memiliki zuriat.


Kredit foto: The Sun

Difahamkan, bayi berkenaan sudah dikembalikan kepada ibu bapanya. - CARI
8

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 8-1-2019 12:39 PM
Pelik pelik je China ni. Mau meroyan mak baby tu tengok anak dia hilang.
Quote VirginLady 8-1-2019 01:15 PM
kesiannya..stress pompuan tu

ntah2 si laki tu sperm tak berkualiti..ciss
Quote RatuDunia94 8-1-2019 02:26 PM
Yg bagusnya negara China ni byk CCTV..
Quote selyusi 8-1-2019 02:29 PM
RatuDunia94 replied at 8-1-2019 02:26 PM
Yg bagusnya negara China ni byk CCTV..

And then rakyat mereka jadi bahan ujikaji experiment
Quote umbut 8-1-2019 02:38 PM
RatuDunia94 replied at 8-1-2019 02:26 PM
Yg bagusnya negara China ni byk CCTV..

Kan... kat mana2 ceruk dpt tangkap gambar..
Quote RatuDunia94 8-1-2019 02:39 PM
selyusi replied at 8-1-2019 02:29 PM
And then rakyat mereka jadi bahan ujikaji experiment

Maksudnya..
Quote Burong_Hantuk 8-1-2019 02:39 PM
tahniah polis..moga penculik dihukum penjara selama 45 tahun
Quote susukambingbest 8-1-2019 02:45 PM
Bbrapa taun dlu ada kes pmpuan mlayu yg culik bayi dr hspital. Dia pkai pkaian mcm org baru pas brsalin n ntah cmana leh trlepas kluar bwk bayi yg diculik tu dr hspital. Dpt tgkap lps 2,3 hari kot. Laki bini nmpk muka baik2 jer. Katanya, suami pompuan tu xtrgamak nk report sbb bini dia kmatian anak/gugur bbrapa kli n nak sgt2 ank smpai sggup culik bby. Xtau apa ksudahan kes tu.
Quote moonbug 8-1-2019 02:47 PM
Nasib baik ada cctv
Quote VioletsAre_Blue 8-1-2019 04:26 PM
Cctv bersepah macam game yakuza series.. Kau tak boleh lari kalau cari pasal
Quote miewan15 9-1-2019 10:41 AM
Macam2 ja skrg ni
Quote onexox97 9-1-2019 10:53 AM
Bagi jela laki kawen lain supaya dapat anak
Quote wallame 30-1-2019 07:40 PM
Kesiannnye kat dia...{:cryrun

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.057468 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top