CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pelanggan Restoran Hotpot Tersedak 'Dihidangkan' Video Aksi Panas, Sabotaj Ke?

8-1-2019 02:41 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4804| Komen: 9|Original author: Oleh: LilRose

Description: Sebelum ini, media melaporkan IKEA di Hong Kong tidak sengaja memaparkan video porno di skrin besar pintu masuk.
Sebelum ini, media melaporkan IKEA di Hong Kong tidak sengaja memaparkan video porno di skrin besar pintu masuk.


Terbaru, Shanghaiist melaporkan pelanggan di sebuah restoran di China yang sedang menikmati hidangan pada malam Sabtu dikejutkan dengan kejadian tidak disangka-sangka apabila skrin besar yang sedang memainkan iklan promosi restoran itu tiba-tiba memaparkan video lucah.



Kejadian itu berlaku di restoran Haidilao, sebuah rangkaian restoran periuk panas (hotpot) di bandar Wuhan yang terkenal dengan khidmat pelanggannya yang sangat bagus.

Seorang pelayan yang menyedari kejadian segera mematikan suisnya, namun salah seorang pelanggan sempat mengambil gambar kejadian memalukan itu.


Dengan kuasa viral, imej tidak senonoh itu menjadi tular di media sosial tempatan, Weibo dan mencatatkan lebih 370 juta tontonan.

Keesokannya, pihak restoran memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan mereka telah melaporkan kejadian kepada polis. Bagaimana video itu 'termain sendiri'? Pihak restoran juga tiada jawapannya.

Namun, netizen membuat spekulasi bahawa terdapat pelanggan yang tidak bertanggungjawab telah memainkan video itu menggunakan sambungan Bluetooth di telefon pintar mereka.


Kredit foto: Shanghaiist

Oh, ia bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku kepada Haidilao. Tahun lalu, restoran itu menjadi tajuk berita utama apabila meraih hampir satu bilion dolar di bursa saham Hong Kong.

Tidak lama kemudian, muncul tajuk utama mengenai seorang wanita yang mendakwa menemui tuala wanita di dalam hidangan di situ.

Haidilao ditubuhkan pada 1994 oleh bekas pekerja kilang dan telah berkembang di China dengan lebih 190 cawangan. Malah, ia turut melebarkan sayapnya di seluruh dunia ke bandar-bandar seperti Los Angeles, Singapura, Seoul, dan Tokyo. 

Lebih menarik, pelanggan yang menunggu meja di Haidilao ditawarkan rawatan kuku dan urutan percuma! Jadi, memang tidak hairanlah mereka dikatakan memiliki khidmat pelanggan terbaik! 

Adakah kes ini bertujuan mensabotaj imej Haidilao? - CARI
7

Bagus
6

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 8-1-2019 03:41 PM
potong selera kalau mcm ni punye vid tertengok
Quote Victorioussss 8-1-2019 03:45 PM
Sedakbe         
Quote buapakperut 8-1-2019 06:50 PM
ni bukan sabotaj. ni pelaris
Quote kroit92 8-1-2019 06:53 PM
sabotaj kut

aku masa zaman matrik, penah pegi makan kat satu restoran baru bukak
semua dalam tu pekerja Indonesia. masa tu baru 18, berdikari tengok dunia
dapat nasi goreng, tengah makan, waiter tu pegi bantai pasang lagu dangdut goyang-goyang separuh bogel   oh my, my innocent eyes

the first and the last aku makan situ. habis makan keluar sumpah seranah sakit hati
cukup sebulan lingkup
Quote ultraline 8-1-2019 11:16 PM
ni kes sabatoj .. bahaya lani smart tv..nasib ak nye tv model lama
Quote juliahanif 8-1-2019 11:31 PM
ultraline: ni kes sabatoj .. bahaya lani smart tv..nasib ak nye tv model lama


Ye betul..smart tv ni u blh je cast,stream. Just download apps model smart tv tu.
Quote twinbeeboo 9-1-2019 02:32 PM
MEmang boleh sabotaj pun. Tu lah bahayanya smart tv kalau tak di set kan betul betul
Quote mieymiey 9-1-2019 03:50 PM
Mesti rasa awkward kan lepastu
Quote DollahRepek 9-1-2019 04:55 PM
Dulu gi lepak dekat kedai makan tokey bukak rancangan wrestling. Tapi sekarang nie dah tukar pulak bukak citer wrestling atas katil.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055215 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top