CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Belasah, Anak Jual Harta Bapa Kerana Tak Diberi Duit

11-1-2019 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2073| Komen: 7

Description: Bukan sahaja tergamak memukul bapa sendiri, malah seorang lelaki menjual kesemua barang dimiliki mangsa berusia 58 tahun itu.
Bukan sahaja tergamak memukul bapa sendiri, malah seorang lelaki menjual kesemua barang dimiliki mangsa berusia 58 tahun itu.

Lapor Sinar Harian, kejadian berlaku di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi pada Isnin lalu di mana suspek berusia 21 tahun itu dikatakan memukul bapanya selepas mangsa enggan memberikan wang kepadanya.



Gambar Hiasan

Sumber berkata, abang suspek berusia 25 tahun yang bekerja di Pasir Puteh, Kelantan bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian oleh sepupu mereka.

"Dia (abang suspek) diberitahu bahawa adiknya sedang mengamuk dan mengugut ayah mereka kerana enggan memberi wang diminta.

"Suspek turut memukul mangsa serta menjual kesemua barang yang ada di dalam rumah," katanya.

Sebaik abang suspek tiba di rumah, mangsa mengadu sakit di bahagian bahu kiri akibat dipukul.

"Bimbang keselamatan ahli keluarganya pada masa akan datang selain risaukan kejadian sama berulang, abang suspek mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sasakim 11-1-2019 10:21 AM
sebab dadah ke??
Quote arasham 11-1-2019 10:28 AM
Sasakim replied at 11-1-2019 10:21 AM
sebab dadah ke??

Tidak syak lagi
Quote nisako 11-1-2019 11:52 AM
report polis bg masuk jail baru padan muka……...
Quote Artemesiaa 11-1-2019 12:18 PM
Disebabkan dadah je yang berani lakukan semua ni
Quote kaseh80 11-1-2019 12:21 PM
Report kat polis biar masuk jel dah besar menyusahkan mak bapak
Quote Sasakim 11-1-2019 12:34 PM
arasham replied at 11-1-2019 10:28 AM
Tidak syak lagi

melayu - dadah haihhhh hurmmmm
Quote prettyuglybabe 11-1-2019 12:37 PM
manjakan lagi anak jantan serupa soltan..
hujung-hujung jadi taik dadah..
bukannya nak menyenangkan mak bapak..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.067041 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top