CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bayi Rambut Lebat Yang Viral Ditawar Jadi Model Pantene!

14-1-2019 11:08 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4306| Komen: 16|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Seorang bayi dengan rambut yang lebat dan panjang mungkin menyebabkan Rapunzel berasa cemburu kerana dia kini ditawarkan menjadi model syampu Pantene!
Seorang bayi dengan rambut yang lebat dan panjang mungkin menyebabkan Rapunzel berasa cemburu kerana dia kini ditawarkan menjadi model syampu Pantene!

Chanco, 1, kini akan menjadi duta produk rambut sebaris model Pantene lain seperti artis antarabangsa Selena Gomez, Ellie Goulding dan Priyanka Chopra. Hebat, dik!


Kredit foto: Carian Google

Chanco menjadi popular selepas Instagram ibunya menampilkan gambar-gambar bayi itu dengan rambut cantik menjadi tular di seluruh dunia. 

Dikatakan, iklan yang menampilkan Chanco bakal menjalani penggambaran di Jepun dan akan ditayangkan ke seluruh dunia. 


"Saya sangat terkejut dengan respon orang ramai, tetapi bangga mendengar pujian daripada netizen dari seluruh dunia," kata Mari Kano, ibu Chanco kepada majalah People.


Kredit foto: Instagram

Bagaimanapun, perlantikan Chanco sebagai model syampu rambut pada usia muda mendapat tanggapan yang berbelah bagi. Ramai pengguna Twitter bersetuju dan menggunakan tanda pagar #hairgoals sebagai tanda sokongan. 

Namun, dalam masa sama ada juga yang berpendapat menjadi model di usia bayi adalah tidak berpatutan.



Kredit foto: Pantene

Menurut Yoshiaki Okuraa dari syarikat pengeluar Pantene, mereka menghubungi ibu Chanco kerana tertarik dengan personaliti dan gaya bayi itu, sepadan dengan imej wanita yang mereka sokong.

"Kami rasa, rambut cantik Chanco mempunyai daya kekuatan untuk membawa pengguna kami maju ke hadapan. Kami juga tertarik dengan imej positif ibu Chanco dalam gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram," katanya. 



Kredit foto: Carian Google

Antara teknik yang digunakan ibu Chanco untuk mendapat rambut cantik sedemikian adalah menggunakan pengering rambut. 

Pasti produk Pantene akan menjadi semakin laris dengan khidmat Chanco! - CARI
11

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 14-1-2019 11:19 AM
Misleading iklan dia. Pasni acik kepam pn percaya beli pantene gosok kt kepala anak time mandi walhal bkn untuk bayi

Iols smpai s{:unluckykg pakai carey junior atau johnson&johnson xpedihkan mata
Quote cmf_premierleag 14-1-2019 11:24 AM
mcm rambut rosmah jah
Quote kaklong32 14-1-2019 11:25 AM
comel nyaaa hoii
lebat btol rambut eh
Quote GigaMom 14-1-2019 11:26 AM
Alolo comelny bayi berambut lebat
Quote AbukRokok 14-1-2019 11:31 AM
so adakah nti beli shapu tu..rambut akanlebat mcm bayi tu?
Quote EvieWanKenobi 14-1-2019 11:34 AM
syampu untuk kanak2 atau dewasa?
Quote pai.kacang 14-1-2019 11:48 AM
omaigad.. cute gile
Quote Artemesiaa 14-1-2019 12:25 PM
Lebatnya rambut tak heran kenapa dipanggil jadi model iklan syampu
Quote chinta89 14-1-2019 12:31 PM
kalau dia keluarkan produk rambut utk bayi, its oklah.

tp ni iklan utk produk rambut org dewasa? ke mmg ada utk rambut baby?
Quote niena90 14-1-2019 12:43 PM
Padahal budak ni setitik Pantene pun dia x pakai. Camne nak jadi model Pantene? Rambut dia lebat sejak dari lahir kot
Quote Sang_Pencinta 14-1-2019 12:45 PM
Memang misleading

Tapi korang rasa artis2 top yg jadi model tu betul2 ke guna produk yg diorang jadi model?
Quote missDollie 14-1-2019 12:46 PM
Macam keras je rambut chanko ni
Quote intan_smsb 14-1-2019 02:15 PM
omaigoddd dek rambot kau
Quote Sazida 15-1-2019 12:27 AM
Iols xleh pakai pantene ni. Kalau pakai terus berkerak kulit kepala jd kuping2 tu. Sama lah dengan syampu lain. Now stay dgn shampoo diane je. Ok sgt2.
Quote itams 15-1-2019 09:26 AM
mak chanco ni fanatik cerita Trolls nihh
Quote puanbintang 24-1-2019 03:25 PM
terkejut nengok rambutnya..lebat betoi nih

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.064755 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top