CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ganjilnya! Gwyneth Paltrow Ajak Bekas Suami Berbulan Madu Dengan Suami Baru

15-1-2019 12:03 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7746| Komen: 23|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Bukan sesuatu yang luar biasa jika pasangan bercerai dan berkahwin baru masih mengekalkan persahabatan demi anak-anak.
Bukan sesuatu yang luar biasa jika pasangan bercerai dan berkahwin baru masih mengekalkan persahabatan demi anak-anak. 

Tetapi, mungkin tidak ada yang dapat menandingi kemesraan pelakon Gwyneth Paltrow, 46, dan bekas suaminya, penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin, 41. 



Kredit foto: People

Menurut Gwyneth dalam temu ramah Live with Kelly and Ryan yang ditayangkan Rabu lalu, beliau telah membawa bekas suaminya, Chris Martin ketika berbulan madu dengan suami barunya, pengarah Brad Falchuk, baru-baru ini.


Kredit foto: Carian Google

Mengulas lebih lanjut, Gwyneth berkata, oleh kerana anak-anaknya dengan Martin dan anak-anak Falchuk dengan bekas isterinya turut serta, beliau merasakan tidak ada salahnya bekas suaminya itu dibawa bersama kerana ianya bertujuan untuk menggembirakan anak-anak mereka.


Kredit foto: Carian Google

"Ini bulan madu gaya moden," kata Paltrow tersenyum. 

Pelakon yang pernah memenangi Oscar itu sememangnya mempunyai hubungan mesra dengan bekas suaminya dari dulu lagi sejak bercerai pada 2016.


Kredit Foto: People

Paltrow berkata, kini beliau sudah menganggap Chris Martin sebagai abangnya dan tidak menyesal membawanya bersama ketika berbulan madu. 

"Kami dapati, ianya mengurangkan kesedihan kepada anak-anak kerana mereka sentiasa mahu ibu bapa duduk semeja ketika makan. Jadi, kami meneruskan tradisi itu," tambahnya.



Kredit foto: People

Paltrow berkahwin dengan Falchuk, seorang pengarah televisyen pada September lepas. Sebelumnya, Paltrow dan Chris Martin mempunyai dua orang anak iaitu Apple, 14, dan Moses, 12.

Sesuatu yang ganjil bagi kita, tetapi nampaknya, ia membawa kebaikan kepada keluarga ini. Bagaimana dengan anda? Mampukah serapat dan semesra ini jika ditakdirkan berpisah dengan pasangan? - CARI
11

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 15-1-2019 12:50 PM
Dia masih sayang ex husband tu
Quote nadie90 15-1-2019 01:45 PM
Yg ni trlebih sempoi sgt
Quote Sang_Pencinta 15-1-2019 01:54 PM
Sempoi sangat, nasib suami baru dia memahami
Quote kakyungpilah85 15-1-2019 01:56 PM
bagus la dah bercerai xde gaduh2..berbaik demi anak2 kan...
Quote alesandra 15-1-2019 02:11 PM
idak la aku tau pompuan ni remarried
Quote nisako 15-1-2019 02:22 PM
wow sanggup bw ex eh......
Quote mieymiey 15-1-2019 03:53 PM
Tak pepasal bekas laki yang muda 5 tahun dianggap sebagai abang
Quote Victorioussss 15-1-2019 11:25 PM
Sama bilik? Wow 3some yach!
Quote dani-rox 16-1-2019 02:33 AM
lelaki yg ko ada anak2 bersama dianggap abang? gelinya.
Quote chicozinn 16-1-2019 11:09 AM
soh jela bekas bini laki baru kau tu kawen ngan chris..tapi takut tertaut cinta kembali je padahal jumpa sebab alasan nk spend time ngan anak2
Quote r_innalif 16-1-2019 02:09 PM
Dah lama Kate Beckinsale buat cmni.. ex husband baik dgn dia dn hband baru dia. Selalu holiday sama.
Quote babydoll 16-1-2019 03:00 PM
bagus betul. tapi Brad pun bawak ex wife & anak2 dia, adil la kalau Gwyneth nak angkut ex husband & anak2 dia jgk. one big family holiday. hahah!
Quote Orix 16-1-2019 08:17 PM
see. ummah kokesen. cer ummah meleis buat cmni
Quote Orix 16-1-2019 08:20 PM
anyway iols still rasa deyols cerai sebab Gwyneth yg wat hal sbb Chris ckp dia depression setahun lepas bercerai...........  Gwyneth pulak aman2 jah dpt jantan baru..... Chris ni I suka gilaaaaaaa kalau dia kawen ngn Jennifer Lawrence.... tp x lama pun hubungan diorg... Kalo Chris ni kapel ngn TayTay pn iols restu... sama2 creative dalam music n songwriting ............ Iols harap sgat one day TayTay akan collab duet dgan Coldplay mcm Beyonce n Rihanna
Quote epalsearch 17-1-2019 04:02 PM
Orix replied at 16-1-2019 08:20 PM
anyway iols still rasa deyols cerai sebab Gwyneth yg wat hal sbb Chris ckp dia depression setahun le ...

sampai skrg ai ols masih tak dpt terima cm dgn dakota johnson
Quote Orix 17-1-2019 04:07 PM
epalsearch replied at 17-1-2019 04:02 PM
sampai skrg ai ols masih tak dpt terima cm dgn dakota johnson

Sama lah... sebab dakota tu di mata iols dh mcm pornstar pulekk

Iols harap CM jumpa someone yg better dari GP nnt..........
Quote epalsearch 17-1-2019 04:07 PM
Orix replied at 17-1-2019 04:07 PM
Sama lah... sebab dakota tu di mata iols dh mcm pornstar pulekk

Iols harap CM jumpa so ...

khennnnnnn
Quote missDollie 18-1-2019 12:20 PM
Akak nak tunggu gambar fasha, nora, jejai, nedim dengan aidil holiday sesame..
Quote meiya_loya 18-1-2019 04:39 PM
Aik, Amboiii gwynet, dulu masa Chris couple dgn Jenifer lawrence, ko yg jeles melampau sampai xnak bg anak diorg rapat dgn jenifer. ni hang dah kawen baru, sibuk plak suruh chris join hang honeymoon. Jenis pompuan psycho ke ape?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.067558 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top