CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sibuk Kata Family Mart Tidak Halal, Yang Ponteng Kerja Tu Halal Ke?

16-1-2019 11:33 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8310| Komen: 21|Original author: Oleh: Azza

Description: Berikutan laporan yang menyatakan kedai serbaguna dari Jepun, Family Mart tidak mendapat pengesahan halal, ramai netizen kini mula was-was untuk menikmati makanan yang terdapat di situ. Walaupun pada ...



Berikutan laporan yang menyatakan kedai serbaguna dari Jepun, Family Mart tidak mendapat pengesahan halal, ramai netizen kini mula was-was untuk menikmati makanan yang terdapat di situ.

Walaupun pada awalnya ramai rakyat Malaysia berebut-rebut untuk membeli Oden, sushi, onigiri, aiskrim, coklat dan lain-lain yang didatangkan khas dari negara matahari terbit itu, kini isu halal menjadi permasalahannya.

Bagaimanapun, netizen ini memberi pendapat bernas iaitu mengaitkan status halal haram dengan kehidupan seharian kita. Tulisnya, orang kita terlalu sibuk menghukum benda yang belum tentu sahih tetapi perkara haram pula dipandang sebelah mata.


Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Twitter

Netizen yang bersetuju dengan pendapat tersebut turut menambah perangai orang kita yang sebenarnya tidak membantu langsung seperti datang ke kedai dengan alasan menyokong tetapi minta diskaun. Selain itu suka sangat komplen mengalahkan pakar dan juga banyak kesalahan yang tidak disedari atau sengaja tidak mahu sedar.



Kredit foto: Carian Internet

Bagi mereka yang yakin pula menyatakan ia satu perkara yang bagus kerana mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan makanan tersebut.


Kredit foto: Carian Internet

Namun begitu, bagi segelintir netizen, pandangan tersebut tidak harus diangkat sebagai pegangan kerana status halal kedai dan juga halal ketika bekerja perlu seiring bersama. Jadi, adalah kurang bijak memberi pendapat yang menyamaratakan semua perkara.





Lagi pula kedai, warung dan restoran Melayu sendiri pun sebenarnya ada lagi yang tidak mendapatkan pengesahah halal walaupun berbelas tahun dibuka. Jadi, pengguna perlu bijak menapis. Sementelah Family Mart dikategorikan dalam kedai serbaneka yang tidak memungkinkan mendapat sijil Halal kerana turut menjual alkohol.


Anda pula bagaimana? Dah berapa banyak Oden di makan? - CARI 
8

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 16-1-2019 11:58 AM
ummah malays acah-acah urban tak habis-habis nak salahkan penjawat awam..

Quote Artemesiaa 16-1-2019 11:59 AM
Ada benarnya apa yang diutarakan oleh saudara Ikwan tu.  Kebanyakan ramai hanya fokus bab kehalalan makanan yang dijual je tetapi bab lain ramai yang terlepas pandang
Quote Beribear 16-1-2019 12:05 PM
Alahh benda udonn tu lebih kurang yong tau fu kat pasar malam kan.. Kalau iolss tak penah makan udon ni tp yong tau fu tu dulu iolss suka tp dah lama stop sbb ada kenalan i dia aunty india.. Dia penah keje kat tempat pembuatan brg2 yong tau fu ni.. Owner tempat tu cina. Dia ckp sape yg jual yong tau fu mmg akan ambil dekat tempat dia keje tu.. So start dari tu mmg i tak makan termasuk la fish ball dgn fish cake tu
Quote EvieWanKenobi 16-1-2019 12:09 PM
so oden Family Mart halal ke tak?
Quote pokaibanktokyo 16-1-2019 12:15 PM
Lupa makan ubat lagi ke bang ?
Quote intan_smsb 16-1-2019 12:23 PM
buat sendiri je la kt rmh oden tu
Quote kaklong32 16-1-2019 12:34 PM
bila family mart nak bukak kat melaka
Quote Rogue98 16-1-2019 01:31 PM
Bab makan ni susah nak cakap tapi kalau ada rasa was2 tu tak payah lah makan dan yang penting pulak jgn kondem orang lain yg makan. Kita tak leh expect setiap makanan tu selain babi dan sewaktu nye ada tanda halal JAKIM.

Kadang orang Melayu ni over yg melampau...contoh dulu McD teruk kena boikot walaupun disahkan halal oleh JAKIM sampai pecah tingkap kedai n kereta yg ada logo McD di kerja kan.
Padahal nun kat Mekah sana depan masjidilharam dgn selamba n releks nye ada kedai McD....{:smile

Apa2 pun jgn lupa baca Bismillah sebelum  makan
Quote makton 16-1-2019 02:19 PM
dia tak mohon cert, tak bermaksud dia tak halal..
Quote fushimi 16-1-2019 02:53 PM
Rogue98 replied at 16-1-2019 01:31 PM
Bab makan ni susah nak cakap tapi kalau ada rasa was2 tu tak payah lah makan dan yang penting pulak  ...

biasa la tu sis malay sembang bab halal haram neh

sembang je lebih

sama cam kes mcd sembang sampai vavik pun leh terbang

hujung hujung iols gak huntung sebab leh makan ayam mcd aman aman jah sebab takde orang beli
Quote giyomi 16-1-2019 05:52 PM
kat opis i pon ada 2 minah ni, kekonon very islamik, ni tak bole tu tak bole, tp selalu lambat , mc dn yg paling tak bole terima, sorg tu solat pon idok dan sorg lagi tu gi solat, tp sebelum solat membawang, pas solat tenyek muka tebal2 sambil membawang
Quote kucingTomey 16-1-2019 06:01 PM
so kampung sgt org melayu nak g mart2 ni..nak mentedarah je pon.....mulut bau belacan...mart konon....ptuihhh
Quote Lagubestbest 16-1-2019 09:01 PM
Alah sembang kencang je semua halal haram bagai ni. Menteri beri 'duit minyak' semua pakat amek jugak.
Quote mialunar 16-1-2019 10:18 PM
Kalo bende betul ape salahnya di nyatakan .. terpulang la orang yang mengetahuinya nak ikut atau tidak .. kalau nak tunggu x de kesalahan pada diri sendiri baru layak menegur .. ingat la sikit kite ni manusia ... x lari dari buat kesalahan

   Zaman sekarang ni pantang tegur .. mula la kate ala pegang tgn gf haram tapi bla2... itu ego namanya..perbaiki la diri

     Ingatla kalo dah tau sesuatu tetapi diamkan sahaja .. ade bahagian dosa untuk kita

    Maafla kalo salah pandangan
Quote ninnakarinna 16-1-2019 10:26 PM
Makanan bawa masuk malaysia, dijual secara terbuka

Makanan proses di premis seliaan jabatan/ negeri

Penyembelihan binatang ternakan utk jualan komersil negara

Ni bukan keja aku. Ni bukan keja orang awam.

Kita ada agong yg tadbir hal2 pentadbiran islam seluruh negara dan negeri. Kita ada menteri bahagian ni. Kita ada pegawai jakim. Siapa keja hal2 islam ni jgn sedap2 duk dlm ekon masuk gaji bln2 je. Korang pegang halal haram satu malaysia tau.

Kat akhirat sok aku petik nama korang je.
Quote knnk 16-1-2019 10:30 PM
giyomi replied at 16-1-2019 05:52 PM
kat opis i pon ada 2 minah ni, kekonon very islamik, ni tak bole tu tak bole, tp selalu lambat , mc  ...

Hahaha I pernah jumpa orang macam ni waktu praktikal.
Cakap pasal Islam dan mengutuk orang lain pungpang. Padahal hang tu lagi nauzubillah dari orang yang dikutuk tu.
Nasib baik praktikal kejap ja, malas I nak hadap orang macam tu. Kosser
Quote EncikRhoma 17-1-2019 08:25 AM
orang bagitau je pasal takde cert halal tu. Nak makan atau tak terpulang kau la. Takkan nak bagitau pun tak boleh
Quote missinpiece 20-1-2019 07:43 AM
Ade sorg yg iols kenal ni solat jarang tinggal, soal makanan halal haram mmg ditapis kaw2 tapi seiring ngn aktiviti tunjuk  *tuut* kat fesbuk
Quote missinpiece 20-1-2019 07:47 AM
Rata2 yg menegur zaman ni bukannya utk kebaikan bersama sgt pun lebih kpd dengki busuk hati n batak like je. Kalau betul2 prihatin boleh guna pendekatan lebih halus. Lainla kalau pihak yg ditegur tu muka tembok cam queen kepam

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.071728 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top