CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lama Katak Ini Cari Jodoh, Akhirnya Ketemu Juga...

17-1-2019 03:31 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 6210| Komen: 36|Original author: Oleh: Archaiv

Description: Sumber imej: Robin Moore, Global Widlife ConservationLama Katak Ini Cari Jodoh, Akhirnya Ketemu Juga...Entahlah macam mana nak tulis pendahuluan ni, kita dah lama bujang. Tak apalah, kita ucap tahniah ...

Sumber imej: Robin Moore, Global Widlife Conservation

Entahlah macam mana nak tulis pendahuluan ni, kita dah lama bujang. Tak apalah, kita ucap tahniah pada katak ini dan pasangannya ya! Spesies katak Sehuencas yang Dinamakan Romeo ini  telah ketemu jodohnya, Juliet. Romeo merupakan satu-satunya spesies katak ini yang ditemui masih hidup dalam dunia. Kisahnya, Romeo pernah terselamat daripada kebakaran habitat asalnya di Bolivia. Selama sepuluh tahun, dia satu-satunya spesies katak Bolivia yang ditemui oleh para konservatif dan saintis.


Kasihan, selama berada dalam jagaan konservatif, Romeo selalu menyanyikan lagu cintanya keseorangan. Namun, para saintis sungguh terinspirasi kerana Romeo bersabar dalam kelangsungan hidupnya. Spesies Sehuencas atau sebutannya say-when-cuss merupakan salah satu spesies yang mungkin pupus. Faktanya, 40 peratus spesies katak akan pupus dan 1/3 spesies katak dalam kategori terancam. 



Akhirnya, para saintis berjaya menemui 5 ekor katak air Sehuencas di pelosok hutan Bolivia. mereka berjaya menyelamatkan 3 ekor jantan dan 2 betina. Walaupun demikian, para saintis masih berasa ragu tentang kecukupan tersebut untuk menjamin populasi spesies katak ini. Seekor katak betina yang aktif mereka pasangkan dengan Romeo, dan dinamakan Juliet.




"[Juliet] dia kuat, perenang pantas. Dia kelihatan baik dan sihat." Kata Teresa Camacho Badani, ketua herpetologi di muzium dan saintis yang menemui katak-katak itu. 

Sebelum itu, para saintis telah giat membuat kempen pungutan derma sebagai tajaan  penjelajahan di hutan Bolivia bagi mencari dan menyelamatkan spesies ini. 

Romeo dan Juliet sedang dijaga rapi dalam simpanan konservatif. Mereka masih mencuba memasangkan kedua-dua katak ini. Namun langkah berhati-hati haruslah diambil kerana kesihatan katak. Lagipun, Romeo ni pemalulah. Adakah cinta mereka berputik dalam sebuah tangki peliharaan? Sweet tak cerita ni? 

Asalkan ending tak sama macam Romeo and Juliet, spesies mereka boleh membiak. Ehm... ehm... Katak dah jumpa jodoh, kita yang asyik berdoa saja kena step-up our game. Ikhtiar! - CARI 


10

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SuriNate 17-1-2019 03:45 PM
Hahahah ini sangatlah comel...buat penghibur petang
Quote moonbug 17-1-2019 04:12 PM
Setiap makhluk kan dicipta berpasangan, tahniah Romeo dah jumpa Juliet
Quote awanearisu 17-1-2019 05:23 PM
Terhibur baca kisah romeo dan juliet ini. Seperti plot filem Rio. Ternyata kisah realiti di mana di dunia ini setiap masa ada sahaja spesis haiwan yang semakin menghampiri kepupusan.
Quote epis 17-1-2019 05:27 PM
Breed dgn spesies lain x blh eh? Sian die sesorg..
Quote Artemesiaa 17-1-2019 05:53 PM
Syukurlah bertemu juga jodohnya
Quote rantaikendoq 17-1-2019 05:59 PM
KATAK NI ANTARA PERTAPAAN DALAM HUTAN ADALAH
NGANGAN MULUT SELAMA 40 HARI MENUNGU AIR HUJAN TURUN
HEBAT KESABARAN KATAK
KALAH MELAYU GEREJA MURTAD YG XDE HALA TUJU AKIDAH DAN MATLAMAT AKHIRAT YANG JELAS
Quote Archaiv 17-1-2019 06:28 PM
SuriNate replied at 17-1-2019 03:45 PM
Hahahah ini sangatlah comel...buat penghibur petang

Terima kasih baca. Hehe..
Quote Archaiv 17-1-2019 06:28 PM
rantaikendoq replied at 17-1-2019 05:59 PM
KATAK NI ANTARA PERTAPAAN DALAM HUTAN ADALAH
NGANGAN MULUT SELAMA 40 HARI MENUNGU AIR HUJAN TURUN
...

Terima kasih baca. Hehe..
Quote Archaiv 17-1-2019 06:31 PM
Edited by Archaiv at 18-1-2019 10:52 AM
epis replied at 17-1-2019 05:27 PM
Breed dgn spesies lain x blh eh? Sian die sesorg..


Biasanya,  saintis and konservatif amat berhati-hati dalam menjamin kemandirian spesies. Dulu mereka pernah cuba pasangkan Joe si kura-kura Galapagos dengan sub spesies lain.  Tapi gagal. Biasanya jika buntu,  mereka akan buat juga. Terima kasih baca.
Quote Archaiv 17-1-2019 07:03 PM
Artemesiaa replied at 17-1-2019 05:53 PM
Syukurlah bertemu juga jodohnya

Terima kasih baca...Hehe
Quote Archaiv 17-1-2019 07:04 PM
awanearisu replied at 17-1-2019 05:23 PM
Terhibur baca kisah romeo dan juliet ini. Seperti plot filem Rio. Ternyata kisah realiti di mana di  ...

Terima kasih baca. Hehe
Quote Archaiv 17-1-2019 07:05 PM
moonbug replied at 17-1-2019 04:12 PM
Setiap makhluk kan dicipta berpasangan, tahniah Romeo dah jumpa Juliet

Terima Kasih baca.. hehe
Quote onexox97 17-1-2019 11:07 PM
Katak pun dah bertemu jodoh
Mana jodoh i ni
Quote Archaiv 17-1-2019 11:47 PM
onexox97 replied at 17-1-2019 11:07 PM
Katak pun dah bertemu jodoh
Mana jodoh i ni

tak apa, kita layan sama-sama saja lagu Afghan "Jodoh pasti bertemu" ya... hehehehe
Quote onexox97 17-1-2019 11:48 PM
Archaiv replied at 17-1-2019 11:47 PM
tak apa, kita layan sama-sama saja lagu Afghan "Jodoh pasti bertemu" ya... hehehehe

Layan lagu je mana nak ketemu jodohnya hahahaha
Quote kay781 17-1-2019 11:49 PM
Tahniah..comel sangat!

Penantian 10 tahun berbaloi..sedang I masih lagi sendiri haha
Quote Archaiv 17-1-2019 11:59 PM
kay781 replied at 17-1-2019 11:49 PM
Tahniah..comel sangat!

Penantian 10 tahun berbaloi..sedang I masih lagi sendiri haha

hah! apa yang kita perlukan cuma beberapa orang saintis tolong carikan kita pasangan, kan?
hehehehe
Quote kay781 18-1-2019 12:08 AM
Archaiv replied at 17-1-2019 11:59 PM
hah! apa yang kita perlukan cuma beberapa orang saintis tolong carikan kita pasangan, kan?
hehehe ...

Ahaha.. Lelaki masih ramai yang bujang la U

Cuma yang rare tu payah sikit la nak dapat
Quote gideoncross 18-1-2019 01:50 AM
kay781 replied at 17-1-2019 11:49 PM
Tahniah..comel sangat!

Penantian 10 tahun berbaloi..sedang I masih lagi sendiri haha

Skrg ni sya tgh brknalan dgn crush lpas krja sma2. X thu lh brtahan smpai bila tpi hrp2 smpai bila2 lh.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.093771 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top